Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- USIM anjur projek kemasyarakatan di Alma
- Perjumpaan semula 50 bekas pelajar SKGS'59
- PBTM jalin kerjasama dengan Kosmo! untuk tabung pahlawan
USIM anjur projek kemasyarakatan di Alma Posted: USIM anjur projek kemasyarakatan di Alma
BERBAKTI. Seramai 91 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama dua pensyarah melawat Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma (SKPK Alma) di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. Penyelaras program, Nurul Husna Najinah Hussin berkata, lawatan itu merupakan projek kemasyarakatan anjuran pelajar tahun tiga Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat USIM. Menurut beliau, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program sehari itu ialah gotong-royong, melukis mural, kuiz dan permainan. Hadir sama pada program tersebut ialah Guru Besar SKPK Alma, Hassan Basri dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Wan Roha Wan Ibrahim. | |
Perjumpaan semula 50 bekas pelajar SKGS'59 Posted: Perjumpaan semula 50 bekas pelajar SKGS'59SEBAHAGIAN daripada bekas pelajar SKGS'59 bergambar bersama selepas majlis pertemuan semula di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur baru-baru ini. MERIAH. Seramai 50 orang bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Gombak Setia tahun 1959 (SKGS'59), Selangor mengadakan perjumpaan semula baru-baru ini. Pengerusi majlis, Saadiah Amiruddin berkata, majlis pertemuan yang julung-julung kali diadakan itu berlangsung di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur. "Majlis ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim sejak ada yang terpisah hampir 43 tahun," katanya. Ujarnya, pertemuan itu sebagai platform bagi mengumpulkan lebih ramai bekas penuntut SKGS yang lahir pada tahun 1959. | |
PBTM jalin kerjasama dengan Kosmo! untuk tabung pahlawan Posted: PBTM jalin kerjasama dengan Kosmo! untuk tabung pahlawanMOHD. ANWAR (tujuh dari kanan) bersama kepimpinan PBTM bergambar dengan staf Kosmo! termasuk Mohd. Nor (lima dari kiri) di pejabat Kosmo!, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin. LAWATAN. Seramai 20 anggota Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) mengadakan lawatan ke pejabat Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur kelmarin. Bendahari PBTM, Mejar (B) Abu Kassim Jadi berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dengan akhbar Kosmo! sempena pelancaran Tabung Pahlawan 2014. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadiri majlis pelancaran tersebut yang dijadualkan pada 8 Ogos ini. Turut hadir sempena lawatan itu ialah Presiden PBTM, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor. Sementara itu, Penolong Pengarang 1 Kosmo!, Mohd. Nor Ab. Samad memberi taklimat mengenai operasi akhbar Kosmo!. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |