Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Ahmad Said terlepas hukuman
PUTRAJAYA - UMNO tidak akan mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ini kerana ketiga-tiga ADUN terbabit telah menyesali perbuatan masing-masing dan kembali menyertai parti itu semula. Katanya, kemelut politik di Terengganu telah selesai sepenuhnya dan beliau berharap semua pihak tidak lagi mensensasikan perkara tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sembilan ADUN Sarawak keluar parti Posted: Sembilan ADUN Sarawak keluar partiPETER (duduk kiri), Mawan (duduk tengah) dan Soon Koh (duduk kanan) bersama tujuh lagi ADUN yang menyertai parti baharu Teras di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, Kuching semalam. KUCHING - Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Tan Sri William Mawan Ikom dan bekas Penolong Setiausaha Agung, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh meninggalkan parti masing-masing untuk menyertai parti baharu, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras). Turut mengikut langkah mereka ialah Ahli Parlimen Baram, Anyie Ngau dan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada SPDP termasuk Datuk Sylvester Entri Muran, Datuk Peter Nansian Ngusie, Rosey Yunus dan Paulus Palu Gumbang. Tiga ADUN daripada SUPP juga mengikut jejak Soon Koh. Mereka ialah Dr. Jerip Susil, Ranum Mina dan Johnicol Rayong. Seorang ADUN pembangkang, George Lagong daripada Parti Pekerja Sarawak (SWP) juga menyertai Teras. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Sokong usahawan bumiputeraOleh SUHANA MD. YUSOP NAJIB (dua dari kiri) membelek komponen kenderaan ketika melawat pameran pada majlis perasmian penubuhan Kumpulan Usahawan PUNB dan Seminar Usahawan Automotif di Putrajaya semalam. PUTRAJAYA - Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah memperuntukkan sejumlah RM75 juta bagi tempoh 2014 hingga 2019 untuk terus menyokong para usahawan bumiputera dalam industri automotif. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan tersebut bagi menyokong industri automotif, terutamanya dalam aspek pembangunan teknologi, modal insan dan rantaian bekalan. "Sokongan kerajaan kepada para usahawan bumiputera akan dipergiatkan lagi menerusi kerjasama PUNB dengan pelbagai pihak. "Antara pihak terbabit termasuk Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Unit Perancang Ekonomi, Institut Automotif Malaysia dan agensi kerajaan lain dalam usaha untuk terus memacu perjalanan keusahawanan bumiputera di negara ini," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |