Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Kawasan pencarian dipetakan
KUALA LUMPUR - Selepas gagal mengesan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang melalui pencarian dari udara di permukaan dan di bawah air sejak 57 hari lalu, pencarian kini akan dipergiat di dasar Lautan Hindi termasuk memetakan kawasan pencarian. Timbalan Perdana Menteri Australia, Warren Truss berkata, pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini. "Ini perlu dilakukan untuk memahami dasar laut kawasan itu," katanya pada sidang akhbar bersama selepas mempengerusikan perbincangan tiga hala dengan pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Dua jam dianiaya suami gila Oleh MOHD. SHARKAWI LONDING
AMPANG JAYA – Seorang isteri tidak menduga suami yang diharap menjadi pelindung dirinya berubah sikap menjadi ganas dengan menyerang dan membelasahnya sehingga dia mengalami kecederaan parah di kepala, retak tulang pipi kiri dan patah jari kanan dalam kejadian di Pangsapuri Seri Nilam di sini Jumaat lalu. Dalam kejadian pukul 9 malam itu, si isteri yang berusia 25 tahun terpaksa menerima dua jahitan di kepala, tiga jahitan di pipi kiri dan tiga jahitan lagi di ibu jari kanan selepas menjadi mangsa serangan selama dua jam oleh suami sendiri. Bagaimanapun, dalam keadaan tidak bermaya mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri dengan berlari keluar dari rumah yang terletak di tingkat 10 sebelum diselamatkan anggota polis peronda yang kebetulan membuat rondaan cegah jenayah di kawasan itu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Fahami GST elak keliru, ditipu Posted: Fahami GST elak keliru, ditipuOleh MOHD. TURMADZI MADUN NAJIB (kiri) berucap pada Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana Putra, Putrajaya semalam. PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kakitangan kerajaan supaya meningkatkan penerangan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) agar rakyat tidak keliru dan terus ditipu oleh pihak berkepentingan. Perdana Menteri berkata, kerajaan telah membuat kajian begitu lama untuk mengadakan GST yang ternyata telah diterima di lebih 90 peratus negara di dunia kerana ia didapati adil kepada semua pihak. Menurut beliau, menjadi tanggungjawab kakitangan kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat bahawa tanpa GST, ada banyak pihak yang tidak membayar cukai atau membayar sedikit daripada sepatutnya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |