Kosmo Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Pemotoran |
- BuraqLube tawarkan teknologi nano lindungi enjin
- Almera pakej Nismo hanya pada rupa
- Isuzu perkenal ELF serba baharu
BuraqLube tawarkan teknologi nano lindungi enjin Posted: BuraqLube tawarkan teknologi nano lindungi enjinOleh SHAWKATH AZDE dan AFIFI HAFIZ MOHD. NOR MOHD. FADHIL menjelaskan kelebihan teknologi nano dalam minyak enjin BuraqLube Premier Semi Synthetic di ibu negara baru-baru ini. SEJURUS sahaja anda menghidupkan enjin kenderaan, sebahagian besar komponen dalam unit rangkaian kuasa akan bergesel antara satu sama lain. Geseran yang berlaku ekoran pergerakan hampir setiap komponen itu mengakibatkan kehausan dan kerosakan pada enjin kenderaan. Kesen geseran akan mengundang beberapa masalah lain termasuk kehilangan kuasa sebenar sesebuah kenderaan dan berlakunya pembaziran penggunaan minyak petrol. Dua senario itu bakal membebankan pemilik kenderaan dengan tambahan kos perbelanjaan khususnya untuk ke bengkel bagi menggantikan komponen rosak seperti omboh, aci engkol dan galas utama (main bearing). Lazimnya, kesan geseran komponen enjin dikurangkan dengan adanya bendalir enjin. Terdapat pelbagai jenama minyak enjin sedia ada dalam pasaran domestik. BURAQLUBE Supply menganjurkan bengkel pengenalan produk bersama pengedar tempatan dalam usaha membolehkan pengetahuan produk disalurkan dengan tepat kepada para pengguna. Apa yang sering disalahertikan ialah minyak enjin jenama popular adalah terbaik untuk digunakan. Sebenarnya, semua minyak enjin adalah dirumus mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan antarabangsa bagi sesuatu minyak enjin iaitu American Petroleum Intitute (API). Perbezaan antara setiap produk itu bergantung pada umumnya kepada jenis minyak asas dan aditif yang digunakan dalam penghasilan sesuatu minyak pelincir. Dua hari lalu, BuraqLube Supply Sdn. Bhd. (BuraqLube Supply) tampil mengejutkan pasaran Malaysia dengan pelancaran minyak enjin terbaharu yang dicipta melalui teknologi tinggi bagi memastikan pengguna menikmati perlindungan enjin terbaik bagi kenderaan masing-masing. Dikenali sebagai BuraqLube Premier Semi Synthetic, minyak enjin keluaran anak syarikat IPTB Sdn. Bhd. itu dicipta berasaskan teknologi nano yang meletakkannya selangkah di hadapan beberapa produk bendalir enjin lain di Malaysia. BuraqLube Premier Semi Synthetic dengan teknologi nano memberi perlindungan yang lebih efisien apabila berlaku geseran jika dibandingkan dengan produk lain. BuraqLube Premier Semi Synthetic dengan kadar kelikatan 10w-40 dan tahap prestasi terkini SN/CF itu memudahkan pengguna menghidupkan enjin kenderaan pada awal pagi hari atau ketika cuaca dingin. Bukan itu sahaja, bendalir BuraqLube Premier Semi Synthetic juga mampu menyaluti setiap ruangan enjin yang terpencil untuk melancarkan operasi keseluruhan unit enjin. Pengurus Besar BuraqLube Supply, Mohd. Hamidi Abu Bakar berkata, kelebihan teknologi nano dalam BuraqLube Premier Semi Synthetic memberi manfaat penjimatan dengan meminimumkan kesan geseran komponen dalam enjin. Katanya, apabila geseran dikurangkan, ia juga akan mengurangkan kesan bunyi enjin yang adakalanya menjengkelkan pemilik kenderaan. Kedua-dua kelebihan itu akan membantu enjin beroperasi dengan lebih lancar dan efisien sekali gus menjimatkan penggunaan minyak petrol. KEGAGALAN menggunakan produk minyak enjin berkualiti pastinya mendatangkan masalah pada enjin dalam jangka masa panjang. "Manfaat lain yang dinikmati dengan penggunaan minyak enjin baharu ini ialah ia memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kadar kehausan komponen dan ini membantu mengurangkan kos perbelanjaan menyelenggara sesebuah kereta," katanya dalam satu temu bual khas di Kuala Lumpur baru-baru ini. Mengulas kelebihan BuraqLube Premier Semi Synthetic, Mohd. Hamidi berkata, apabila enjin petrol beroperasi dalam keadaan efisien, tindak balas seterusnya adalah ia membantu mengurangkan kadar pembebasan emisi yang memudaratkan hasil dari pembakaran, ke udara sekali gus membantu mengurangkan pencemaran udara. Pengurus Kanan BuraqLube Supply, Mohd. Fadhil Kamaruddin pula berkata, BuraqLube Premier Semi Synthetic merupakan minyak enjin semi sintetik pertama keluaran syarikat itu selepas dua tahun pembabitan dalam penghasilan rangkaian bendalir di peringkat domestik. Katanya, sebelum ini, BuraqLube Supply menawarkan rangkaian minyak enjin kereta jenis mineral dan produk bendalir motosikal dua lejang serta empat lejang bagi memenuhi keperluan penduduk luar bandar. BuraqLube Premier Semi Synthetic dikelaskan sebagai minyak enjin berkualiti tinggi dan ia memenuhi standard piawaian API (American Petroleum Institute). Anda boleh memiliki bendalir pek empat liter itu pada harga jualan RM98 sebotol. Bagi membolehkan orang ramai mendapatkan minyak pelincir BuraqLube Premier Semi Synthetic, BuraqLube Supply menggunakan sebanyak 200 buah stesen minyak BuraqOil sebagai platform pemasaran. Orang ramai juga boleh mendapatkan produk berkualiti itu daripada 500 buah bengkel yang terdapat di seluruh negara. Anda juga boleh mendapatkan BuraqLube Premier Semi Synthetic melalui pembelian secara dalam talian dengan mengunjungi laman web www.buraqlube.com.my. Kaedah ini memudahkan orang ramai mendapatkan minyak enjin BuraqLube walaupun di mana mereka berada. |
Almera pakej Nismo hanya pada rupa Posted: Almera pakej Nismo hanya pada rupaOleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR NISSAN Almera dengan pakej prestasi kelihatan lengkap. PADA Pameran Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) November lalu, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan Almera Nismo Performance Package. Susulan itu, penulis baru-baru ini dipelawa pihak ETCM untuk membuat pandu uji model Nissan Almera dengan Nismo Performance Package. Sekilas pandang, paras luaran Nissan Almera dengan pakej talaan Nismo ini nampak lebih garang berbanding Impul. Aerokit Nismo menggunakan kombinasi warna badan dan gelap di bahagian splitter di samping garisan merah. Penggunaan sistem suspensi Nismo berjaya merendahkan kereta ini sebanyak 30 milimeter di samping kelihatan lebih tegap dan stabil. Selain suspensi, sistem peredam Nismo juga menghasilkan bunyi yang sedikit garang namun ekzos yang sedikit bising itu ia tidak menjejaskan pemanduan. Bagi penulis bunyi ekzos agak baik dan memberi sedikit mod memandu sebuah sedan yang sudah diubah suai. Bahagian kabin Almera ini tiada beza dengan Almera standard varian tertinggi kecuali ditambah dengan sistem audio dengan paparan LCD. Bagi melakukan pandu uji kali ini, penulis memandu ke Alor Gajah, Melaka melalui lebuhraya Sungei Besi, Port Dickson dan melalui Kuala Linggi ke Alor Gajah. Tidak ada beza kuasa yang dihasilkan malah ia masih sama seperti Almera versi standard iaitu 101PS tetapi tork lebih cepat dengan menggunakan sistem peredam Nismo. Sistem peredam Nismo ini menyuntik sedikit keyakinan ketika memotong kenderaan. Pun begitu, RPM yang tinggi akhirnya menyebabkan penggunaan petrol meningkat. PAPAN pemuka Almera varian tertinggi ini tidak menerima sentuhan aksesori Nismo. Melalui jalan lama dari Port Dickson ke Kuala Linggi memberikan penulis merasai jalan berliku. Penggunaan suspensi Nismo ini memberikan pemanduan lebih stabil ketika melalui selekoh tajam. Namun itu banyak disokong tayar Continental Max Contact MC5 bersaiz 295/50R dengan rim bersaiz 16 inci. Namun ETCM menawarkan setiap barangan ini dijual secara 'ala-carte'. Ia bermaksud pemilik Nissan Almera boleh membeli aksesori ini secara pakej atau satu persatu mengikut kehendak pembeli. Tawaran ETCM ini sedikit sebanyak memberikan satu kebaikan kepada pembeli yang minat untuk modifikasi tanpa perlu menjejaskan waranti yang diberikan oleh pengeluar kenderaan. Menurut senarai harga yang dikeluarkan ETCM, harga aksesori boleh diperoleh dengan harga bermula RM1,600 hingga RM3,600. Penulis berpendapat, melabur sebanyak RM13,000 semata-mata untuk aksesori tanpa ada penambahan kuasa yang signifikan merupakan satu pelaburan kurang bijak. |
Isuzu perkenal ELF serba baharu Posted: Isuzu perkenal ELF serba baharuISUZU telah mengambil langkah ke hadapan dengan memperkenalkan trak komersil berikutan pengenalan keenam generasi N-Siri trak serba baharu yang dikenali sebagai ELF. SEBAHAGIAN daripada lapan model Isuzu ELF yang dilancarkan. PENGEDAR kenderaan komersial, Isuzu Malaysia Sdn. Bhd. (Isuzu) baru-baru ini melancarkan trak baharu yang mencapai standard keselamatan Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE). Dikenali sebagai Isuzu ELF, trak baharu itu menawarkan pelbagai ciri-ciri terbaik untuk pemilik dan pemandu terutamanya dari segi keselamatan. Sejarah model ELF bermula dengan pembangunan projek trak itu dengan menggunakan kod 700P. Pelbagai ujian mengikut kesesuaian cuaca dan situasi yang mencabar telah dilakukan. Di Jepun, Isuzu ELF sebelum ini pernah dinobatkan sebagai trak paling laris selama 12 tahun berturut-turut. Majlis pelancaran Isuzu ELF diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini. Antara model yang memasuki pasaran komersial tempatan ialah NQR75ULL dengan varian NQR PRO, NQR75UKL (NQR PRO), NPR75UKH (NPR 150), NPR75UHH (NPR 150), NPR71UKH (NPR PRO) dan NPR71UHH (NPR PRO) yang menggunakan enam tayar. Dua model lagi NLR85UEE dengan varian NLR 130 dan NLR55UEE (NPR PRO) menggunakan empat tayar. Varian NQR PRO, NPR 150 dan NLR 130 menggunakan model enjin baharu. NQR PRO dan NPR 150 menggunakan model enjin 4HK1-TC manakala NLR 130 menggunakan model enjin 4JJ1-TC. Tiga model yang diperkenalkan seperti NLR 4 roda yang datang dengan Kenderaan Berat Kasar (GVW) sebanyak 4.8 tan, NPR 6 roda yang mempunyai GVW 5 tan dan baru 6 roda model NQR yang datang dengan GVW sebanyak 8.5 tan. Varian NQR PRO dan NPR 150 Isuzu ELF itu dilengkapi enjin dengan kapasiti 5,193cc, menjana kuasa maksimum 150PS dan 404Nm tork. Isuzu mencipta ELF dengan tujuan untuk memberikan penjimatan bahan api yang optimum di samping itu kuasa dan tork yang dihasilkan untuk membantu pengendali trak ini mengerahkan kuasa dengan muatan yang dibawa. Selain enjin berprestasi tinggi Isuzu ELF menggunakan transmisi enam kelajuan Isuzu (MYY6S). Dalam usaha untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza pelanggan individu, terdapat tidak kurang daripada sembilan konfigurasi yang berlainan. Walaupun produk Isuzu mendapat kepercayaan dari segi ketahanan, kebolehpercayaan dan kecekapan, generasi terbaru ini tetap ditambah baik demi kepuasan pelanggan. Generasi keenam ELF menerima peningkatan yang ketara ke atas generasi sebelumnya di bahagian-bahagian yang sama bagi meningkatkan ciri-ciri seperti keselesaan dan ruang serta prestasi enjin dan keselamatan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia Kimitoshi Kurokawa, pihaknya percaya dengan ciri-ciri yang telah dipertingkatkan, kualiti yang sangat baik dan pelbagai muatan yang diperkenalkan dapat memberikan satu tambah nilai kepada pelanggan. "Isuzu ELF serba baru akan terus menguasai carta jualan dan kekal sebagai trak ringan pilihan di negara ini. "Dengan pengenalan Isuzu ELF baharu Isuzu Malaysia menjangkakan untuk terus menguasai 44 peratus daripada pasaran trak ringan tahun ini dengan jualan dijangka mencapai 6,500 unit untuk tahun ini," katanya. Tambahnya, Isuzu masih menjual model sedia ada N-Siri tetapi model berkenaan akan digantikan secara beransur-ansur oleh barisan model ELF. Harga yang ditawarkan bagi Isuzu ELF baharu ini bermula daripada RM96,035 hingga RM108,775. Model terbaharu Isuzu itu boleh didapati di semua pengedar Isuzu di seluruh negara. Untuk mencari maklumat tambahan berkaitan trak Isuzu boleh melayari laman web www.isuzu.net.my. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |