{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Pesona

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Pesona


Jeriji besi bukan penghalang

Posted:

Jeriji besi bukan penghalang

Jeriji besi bukan penghalang

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

TATKALA sekumpulan banduan wanita mula menguntum senyuman sebaik melihat kehadiran anggota keluarga masing-masing, riak wajah Nancy (bukan nama sebenar) mulai berubah sayu.

Kelopak matanya digenangi air jernih yang kemudian laju menuruni pipinya. Menyedari dirinya diperhatikan, Nancy pantas menyeka air mata yang mengalir lantas ditukar dengan senyum hambar.

Redup wajahnya merenung rakan-rakan banduan yang gembira memeluk erat insan-insan tersayang sedikit terkesan di hati. Hadiah yang telah pun disediakan buat anak-anaknya di atas meja hanya dipandang sepi.

Bagaimanapun, kegundahan hati Nancy akhirnya terlerai jua apabila mendengar suara anak bongsunya yang berusia sembilan tahun memanggil namanya melalui mikrofon.

"Mommy, I love you mommy. Happy Mother's Day mommy," demikian ucapan tulus dari mulut seorang anak yang kehilangan kasih sayang seorang ibu sejak lapan tahun lalu yang dipisahkan oleh tirai besi.

Pelukan erat diiringi tangisan kegembiraan antara ibu dan anak ternyata meruntun banyak jiwa yang berada di pekarangan Penjara Wanita Kajang, Selangor sempena siaran langsung program Wanita Hari Ini (WHI) itu.

Episod istimewa menerusi segmen Mesej Dari Penjara itu diadakan sempena meraikan sambutan Hari Ibu sekali gus menunjukkan betapa murninya kasih sayang wanita bergelar ibu.

Menurut Nancy, seorang banduan dari Filipina yang dipenjara di bawah Seksyen 13 Akta Pemerdagangan Orang 2007, dia bersyukur kerana terpilih menyertai program itu yang memberi peluang untuk bertemu dengan empat orang anak yang amat dirindui.

"Sewaktu ditangkap bersama suami, anak bongsu saya baru berusia setahun. Saya hanya mampu menangis ketika itu apabila mengenangkan nasib anak-anak. Tetapi, saya sempat berpesan kepada abang dan kakak-kakaknya agar menjaga dia dengan baik," luah Nancy yang akan dibebaskan pada 14 Februari 2018.

Pada kesempatan itu, Nancy berpeluang memakaikan baju baharu dan menyuapkan makanan buat anaknya yang tidak dapat merasai curahan kasih seorang ibu lantaran kesilapan yang dilakukan.

Selain Nancy, seramai 11 banduan lagi dapat meraikan Hari Ibu bersama keluarga tercinta yang dipilih berdasarkan kriteria tertentu seperti menunjukkan disiplin yang baik.


KUCUPAN tulus dari seorang anak buat ibu tercinta menggamit kesayuan di hati pengunjung.


Berdebar

Bagi banduan yang mahu dikenali sebagai Karen, dia mengakui hatinya berdebar untuk berjumpa keluarganya meskipun sebelum ini setiap minggu ada di antara mereka datang melawat.

Ini kerana, pertemuan itu tidak melibatkan sebarang sentuhan, sebaliknya hanya mampu memandang wajah antara satu sama lain yang dipisahkan melalui cermin.

"Sudah empat tahun saya dipenjarakan dan ini kali pertama saya berpeluang memeluk ibu, adik-beradik dan ibu saudara yang hadir dalam program ini.

"Ia satu penghargaan yang amat besar bagi diri saya. Justeru, kepada masyarakat di luar sana, hargailah ibu bapa anda walau siapa pun mereka. Sebagai anak, mereka mungkin akan memarahi atau menasihati kita, tetapi semua itu pasti ada kepentingannya.

"Hormati mereka dan buatlah yang terbaik demi menggembirakan ibu bapa anda," ungkap Karen yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang kemudian ditukar kepada Seksyen 304 membunuh tanpa niat.

Apabila ditanya, apakah punca kesalahan yang dilakukan, Karen dengan berhemah memohon maaf kerana tidak mahu menceritakan perkara tersebut lantaran mahu melupakannya.

Bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, WHI merupakan program bual bicara yang memberi tumpuan terhadap topik-topik kaum Hawa. Ia merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen.

SEORANG banduan menghadiahkan sejambak bunga buat ibu tercinta yang menghadiri program segmen Mesej Dari Penjara ini.


Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Azizah Ariffin, Hasfizza Sabjahan, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita selepas 13 tahun program itu disiarkan.

Penerbit Eksekutif WHI, Siti Hatija Yusof memberitahu, pihaknya telah bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia sejak bulan Oktober 2013 untuk segmen Mesej dari Penjara.

Melalui segmen itu, beberapa banduan wanita dibawa ke studio dan berkongsi kisah secara langsung dengan penonton tentang bagaimana mereka terlibat dengan jenayah dan meluahkan kekesalan di atas perbuatan yang dilakukan.

Episod istimewa

"Sesungguhnya, episod istimewa seumpama ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam kalangan banduan agar mereka tidak rasa dipinggirkan.

"Jika orang lain berpeluang meraikan hari istimewa ini dengan memberikan pelbagai hadiah atau kad ucapan sempena Hari Ibu, banduan wanita di sini juga dapat menyempurnakan impian mereka.

"Kami berharap program ini dapat mencetuskan elemen-elemen kasih sayang untuk disemarakkan oleh golongan banduan bersama ibu mereka serta memberi kesedaran dan keinsafan kepada penonton tentang kepentingan dan keutuhan ibu pertiwi," jelas Siti Hatija.

Selain bertemu orang tersayang, penghuni-penghuni di Penjara Wanita Kajang turut mempamerkan bakat mereka menghiburkan tetamu yang hadir. Para banduan juga diraikan dalam upacara memotong kek bersama ibu masing-masing yang membangkitkan keriangan di hati.


AZIZAH menemu bual Zawawi mengenai pengorbanan seorang ibu dan tanggungjawab anak terhadap wanita yang melahirkan mereka ke dunia.


Tidak ketinggalan, pakar motivasi dan pendakwah bebas, Datuk Ustaz Mohd. Zawawi Yusoh turut dijemput bagi menyampaikan ceramah kepada banduan dan ahli keluarga mereka agar menginsafi diri di atas ujian yang menimpa.

Pada episod kali ini, ia dikendalikan oleh Hasfizza selaku penerbit dan pengacara siaran yang ditemani Azizah serta Hazrena.

Bagi mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, penonton boleh melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia. Selain itu, penonton yang terlepas menyaksikan program ini boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Resipi inovasi sajian kegemaran

Posted:

Resipi inovasi sajian kegemaran

Resipi inovasi sajian kegemaran

Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA


CEF FAKHRUL menunjukkan demonstrasi membuat bebola keju berhias kepada peserta sebelum cabaran dimulakan.


MASING-MASING menundukkan wajah kerana malu apabila pengacara terkenal, Nazrudin Habibur Rahman atau Naz ingin memilih peserta dalam kalangan rakan media untuk menyertai acara memasak.

Selepas bergelak ketawa melihat aksi rakan media yang saling menunjukkan rakan di sebelah, akhirnya enam daripada mereka bersetuju untuk menyarungkan apron kuning tertera nama syarikat dapur halal terbesar, Brahim's Airline Catering (BAC).

BAC merupakan pembekal sajian kepada 36 syarikat penerbangan antarabangsa termasuklah Air France, AirAsia X, Turkish Airline, Cathay Pacific, Lufthansa, China Airlines dan Japan Airlines.

Peserta kemudian dibahagikan kepada dua kumpulan yang mewakili dua cef profesional dari BAC, iaitu Chef Eksekutif Pastri Scott Belfield dan Chef Eksekutif Sous Fakhrul Aliff Arifin Mohari.

Kumpulan cef Scott akan menyediakan seri kaya lemon, manakala peserta dari kumpulan cef Fakhrul menyajikan sajian bebola keju berhias.

Sebelum bermula, kedua-dua chef terlebih dahulu membuat demonstrasi kepada peserta dan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan setiap sajian adalah 10 minit.

SEORANG pengamal media berjaya menghabiskan cabaran membuat bebola keju berhias dengan sempurna.


Setelah mencerap setiap arahan dan tip yang diberitahu cef dengan baik, para peserta kemudian mengambil tempat masing-masing dengan bahan-bahan telah tersusun rapi di atas meja.

Antara bahan-bahan untuk bebola keju berhias termasuklah bawang besar, lobak, krim keju Philadelphia, keju Mozarella dan kobis merah. Manakala seri kaya lemon menggunakan biskut McVities, jus lemon, krim putar dan krim keju Philadelphia.

Dengan kiraan satu, dua dan tiga, semua tangan mula 'berlari-lari' di atas meja dan menyediakan sajian mengikut langkah-langkah yang telah ditunjukkan.

Buku resepi

Acara menyeronokkan itu merupakan aktiviti selingan bagi majlis pelancaran buku Koleksi Resipi Mondelez, yang melibatkan usaha sama daripada barisan cef BAC.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BAC, Ainul Hasnizam Abu Hassan, pihaknya sangat berbesar hati kerana dipilih sebagai rakan niaga untuk penghasilan buku koleksi resepi Mondelez.

"Ini adalah satu bentuk penghargaan bagi kami kerana diberi kepercayaan oleh Mondelez dalam menghasilkan lebih 25 resipi menarik dalam buku koleksi mereka.

"Resipi-resipi ini merupakan cetusan ilham daripada cef eksekutif BAC, iaitu cef Scott dan cef Fakhrul," ujarnya di majlis perasmian tersebut di Kompleks Penerbangan Malaysia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur baru-baru ini.

CEF SCOTT memberikan sentuhan terakhir cara-cara membuat seri kaya lemon.


Tambahnya, kesemua resipi dalam buku tersebut menggunakan produk-produk daripada Mondelez sebagai bahan asas seperti krim keju Philadelphia, biskut Oreo dan Toblerone. Resipi-resipi itu juga merupakan sajian ringkas yang boleh disiapkan dalam masa yang singkat.

Antara jenama produk-produk lain di bawah Mondelez termasuklah Cadbury Dairy Milk, Tiger Biskuat, Jacob's, Chipsmore, Choclairs dan Twisties.

Dalam pada itu, Pengurus Jualan Mondelez Malaysia, Naveen Keswani berkata, pihak memilih BAC selepas melihat kejayaan-kejayaan diperoleh dan kepakaran bidang kulinari yang ada pada barisan cef.

"Kerjasama ini memberi peluang kepada pelanggan setia kami untuk menyelitkan makanan kegemaran mereka dalam sajian pencuci mulut menerusi fungsi dan teknik kulinari yang telah disediakan oleh cef Scott dan cef Fakhrul.

"Di Mondelez kami sentiasa mengambil berat tentang keinginan dan makanan kegemaran seisi rumah. Kami percaya dengan inovasi dan kefahaman ini dapat meraih kepercayaan lebih ramai pembeli di luar sana," katanya.

Terdahulu, rakan-rakan media turut diberi peluang menjadi barisan juri dengan merasai 10 jenis hidangan daripada cef Scott dan Fakhrul. Dengan perbezaan dua mata, sajian pencucui mulut oleh cef Scott dipilih sebagai hidangan kegemaran para media.

Menggantikan puasa lampau

Posted:

Menggantikan puasa lampau

Menggantikan puasa lampau

SOALAN: Assalamualaikum ustaz. Sekarang merupakan bulan Rejab dan tidak lama lagi Ramadan. Untuk makluman ustaz, sebelum ini saya sering menangguhkan qada puasa. Bagaimanakah caranya untuk saya mengqada puasa yang ditinggalkan tersebut? Apakah perlu bayar fidyah sahaja atau perlu juga puasa?

JAWAPAN: Waalaikumsalam. Terima kasih kerana sudi bertanyakan soalan dan tergerak hati untuk menggantikan puasa yang ditinggalkan dahulu. Alhamdulillah, semoga bulan puasa kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Puasa yang ditinggalkan pada masa lalu, tiada khilaf dalam kalangan ulama bahawa ia wajib diqada satu hari ditinggalkan diganti satu hari juga kecuali seseorang itu tidak mampu berpuasa, barulah digantikan dengan fidyah.

Perkara ini tidak ada khilaf dalam kalangan ulama kecuali puasa yang ditinggalkan itu telah melepasi tahun iaitu telah memasuki Ramadan baharu. Adakah diwajibkan qada puasa sahaja atau diwajibkan fidyah bersama puasa? Maka di sini ada dua pandangan ulama:

Pertama, menurut mazhab Imam Abu Hanifah, memadai qada dan mohon ampun. Tidak ada sebarang denda dalam bentuk fidyah sekalipun telah menjangkau tahun kerana tidak ada nas al-Quran mahupun sunah yang sahih menyebutnya.

Kedua, menurut jumhur ulama (mazhab Imam Malik, Syafie, dan Ahmad) puasa yang masih belum diganti sedangkan telah masuk Ramadan yang baharu, hendaklah dibayar fidyah dan qada puasa.

Bagi sehari puasa yang belum diganti, maka satu fidyah yang mesti dikeluarkan. Itu bagi orang yang sengaja melewat-lewatkan qada puasanya tanpa sebarang keuzuran hingga tiba Ramadan yang baharu.

Fidyah itu adalah sebagai kafarah ke atas kelalaiannya. Bagaimanapun, jika kerana keuzuran seperti terlantar di hospital selama 11 bulan dan tidak mampu berpuasa sepanjang tempoh sakit itu, tidaklah wajib ke atasnya membayar fidyah. Memadai dengan mengqada puasa.

Menurut pendapat mazhab Syafie, iaitu mazhab yang diikuti oleh majoriti umat Islam di Malaysia, jumlah fidyah bertambah dengan bertambahnya tahun yang dijangkaui.

Jika menjangkaui setahun, hanya satu fidyah yang perlu dikeluarkan bagi satu hari puasa yang belum diganti. Jika menjangkau tahun kedua, dua fidyah yang perlu dikeluarkan dan begitulah seterusnya.

Begitupun jumlah puasa yang perlu diqada tidak bertambah. Sebagai contoh, seorang individu ada puasa yang ditinggalnya 10 tahun lalu selama lima hari. Lalu hari ini baru hendak diqadanya. Maka jumlah hari puasa yang perlu diqada ialah lima juga. Fidyah pula bagi satu hari perlu dikeluarkan sembilan fidyah iaitu 45 fidyah (5 x 9).

Namun, menurut mazhab Imam Malik dan Ahmad, jumlah itu tidaklah bertambah. Hanya satu fidyah yang wajib dikeluarkan bagi satu hari puasa walaupun berbilang tahun dijangkaui.

Saya ingin menasihati seluruh umat Islam agar segera menggantikan puasa yang pernah ditinggalkan. Berusahalah semampu mungkin, semoga kita semua diberi kekuatan oleh Allah SWT. Wallahualam.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat