{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Balak Rosewood buruan China

Posted:

Balak Rosewood buruan China

Balak Rosewood buruan China

SEBAIK sahaja orang tengah untuk pedagang-pedagang China datang dan menyuruh Yusuf Diallo memotong kayu dari ladang di Guinea-Bissau, lelaki ini mengetahui bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain. Askar-askar yang datang juga bertindak mengancam jiran-jirannya apabila 'kerja' itu ditolak.

Kini, pemandangan berpuluh-puluh tunggul kayu menjadi tanda kenangan. Ladang di luar rumahnya itu pernah menjadi hutan tropika yang paling subur. Namun, kepada pihak yang lain, apa yang penting ialah 300 batang balak telah disusun dan menunggu untuk dipindahkan.

"Saya telah diberitahu sama ada kerja itu diterima atau tidak, mereka tetap akan melunaskannya. Jadi saya bersetuju," kata Diallo.

China yang obses terhadap kayu balak spesies rosewood telah meningkatkan permintaan kayu di Afrika. Kayu keras itu digunakan untuk membuat perabot antik yang kemudiannya dieksport ke Amerika Utara dan Eropah. Perabot daripada kayu rosewood juga semakin popular dalam kelas pertengahan yang semakin berkembang di China.

Produk hutan dari Afrika itu menyumbang kepada kira-kira empat peratus daripada jumlah import kayu ke China.

Satu laporan telah dikeluarkan pada 8 Mei oleh Panel Kemajuan Afrika, yang dipengerusikan oleh bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan berkata, Afrika telah kehilangan kira-kira AS$17 bilion (RM54 bilion) setiap tahun kerana aktiviti pembalakan haram.

Menurut bekas pegawai perhutanan Guinea dan seorang pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), permintaan pembalakan haram di Guinea-Bissau semakin menjadi-jadi dengan dakwaan pihak tentera kanan dan ahli politik turut terlibat sama dalam aktiviti gelap itu.

Bagaimanapun, sumber pemberi maklumat itu enggan mendedahkan identiti pegawai Guinea yang terlibat.


PEKERJA dari Gambia dan Guinea mengangkat beban kayu untuk diletakkan di dalam bekas penghantaran.


Mereka memberitahu, pegawai swasta, kerajaan serta tentera biasanya akan mendapatkan lesen eksport dan membentuk perkongsian dengan orang tengah pihak China.

Kata sumber itu lagi, percubaan untuk mengesan nama syarikat di China dan Guinea Bissau yang terlibat dalam perdagangan haram itu juga gagal.

Seorang pegawai kanan perhutanan Guinea berkata, jabatannya tidak dapat mencegah pembalakan haram kerana wujud penglibatan dalam kalangan orang dalam kerajaan dan pegawai tentera yang berpengaruh.

"Undang-undang telah menggariskan hanya kayu yang telah dipotong dan diproses dibenarkan dieksport, tetapi arahan itu telah dicabuli apabila beribu-ribu balak telah dihantar ke China dalam bekas penghantaran," kata Timbalan Pengarah Perhutanan, Seiti Gassama.

Mengeksport balak tanpa memprosesnya di Guinea-Bissau bermakna pengeksport tidak perlu melabur dalam penggunaan jentera yang mahal.

Dalam pada itu, jurucakap bagi pihak tentera dan kerajaan enggan mengulas lanjut berkenaan isu tersebut.

Peralihan kuasa

Terdahulu, tanah bekas jajahan Portugis itu pun bermasalah selepas menjadi titik transit kokain dari Amerika Selatan ke Eropah dan kini semakin meruncing selepas rampasan kuasa oleh pihak tentera dua tahun lalu.

Peralihan kuasa kerajaan yang lemah kerana sibuk menguruskan pilihan raya Presiden meluaskan lagi peluang pembalakan haram.

Berdasarkan data yang dikumpulkan menerusi pihak kastam China dan angka oleh Global Timber, pengeksportan balak ke China dari Guinea-Bissau melonjak daripada 80 meter padu pada 2008 kepada lebih daripada 15,000 meter padu pada tahun lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Hua Chunying, enggan mengulas mengenai isu Guinea-Bissau, namun menegaskan bahawa China menentang aktiviti pembalakan haram.


KESIBUKAN pihak kerajaan menghadapi pilihan raya Presiden pada 18 Mei lalu merancakkan lagi aktiviti pembalakan haram.


"Kami sangat tegas dalam menentang aktiviti menebang balak dan pengeksportan secara haram ke China. Malah, kami menyokong strategi peraturan untuk sumber perhutanan yang memberi manfaat bersama serta menyumbang kepada pembangunan lestari," kata Hua di Beijing.

Wakil khas PBB di Guinea-Bissau, Jose Ramos-Horta berkata, kemelaratan aktiviti pembalakan haram adalah kesan daripada tindakan penyekatan penyeludupan kokain oleh Amerika Syarikat (AS).

Misi serbuan yang dilancarkan pada tahun lalu itu gagal menjerat dalang sebenar iaitu ketua tentera, Antonio Indjai.

Indjai terlepas daripada genggaman pihak Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah (DEA) AS kerana dia tidak ada bersama dengan warga Guinean yang lain ketika serbuan dilakukan.

Indjai dituduh terlibat dalam konspirasi penyeludupan dadah dan menyokong kumpulan pemberontak Colombia, Farc. Namun, jurucakap Indjai menafikan tuduhan itu pada tahun lepas.

"Penyeludupan dadah telah berkurang dengan ketara dan mereka yang terlibat kini mencari sumber pendapatan baru," jelas pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Ramos-Horta.

Tambahnya, pilihan raya Presiden pada 18 Mei lalu secara tidak langsung turut memberi makna bahawa terdapat beberapa ahli politik yang memerlukan dana.

Ramos-Horta berkata, beliau telah melakukan siasatan dalam perniagaan pembalakan dan melawat beberapa kawasan yang telah digondolkan.

"Enam bulan lalu, kawasan kosong bersebelahan pejabat Misi PBB di Bissau telah dipenuhi dengan ratusan balak dan kini semuanya telah dihantar," katanya.

Dari sudut lain pula, sebagai salah satu daripada negara-negara paling miskin dan bergelora di Afrika, tidak ada pentadbiran yang mampu menguatkuasakan undang-undang di Guinea-Bissau.

Dalam tempoh dua dekad lalu, Guinea-Bissau telah menyaksikan perang saudara, dua rampasan kuasa, cubaan rampasan kuasa dan pembunuhan seorang Presiden oleh tentera.

Sepanjang menjelang undian Presiden lalu, kedua-dua pihak utama yang dikecam menjalankan perniagaan pembalakan haram menafikan penglibatan mereka.

Di sebuah kampung di Sintchan Companhe, wilayah pantai Quinara selatan ibu negara, seorang lelaki dilihat membungkus balak ke dalam bekas penghantaran di dalam dua trak sambil dipantau penyelia berbangsa Cina.

Bagaimanapun, lelaki Cina itu yang dianggap sebagai bos oleh pekerja lain enggan mengulas lanjut mengenai lokasi penghantaran balak tersebut.

Gassama berkata, sebanyak 61 lesen balak baharu telah dikeluarkan pada tahun ini. Menurut satu dokumen dari Direktorat Hutan dan Fauna, sepanjang tahun 2012 hingga 2013, kira-kira 15 lesen telah diberikan.


SEORANG pekerja memotong kayu balak sebelum memuatkan ia ke dalam bekas penghantaran di Sintchan Companhe, Guinea.


Pemalsuan

Salah satu dokumen yang bertarikh Disember 2013 menunjukkan syarikat-syarikat China telah menjalinkan usaha sama dengan firma tempatan yang mendakwa menjalankan perniagaan memproses kayu. Apapun, itu hanyalah satu pemalsuan bagi tujuan mendapatkan lesen eksport.

Gabenor wilayah Quinara, Mamadou Aliu Camara berkata, rakan kongsi tempatan dan orang tengah pengusaha China telah menggunakan pelbagai cara untuk memintas pengharaman pengeksportan kayu mentah.

"Salah satu syarikat yang menggunakan lesen tersebut ialah sebuah syarikat papan lapis, Folbi. Syarikat itu tidak beroperasi selama lapan tahun dan kayu balak yang ditebang tidak diproses terlebih dahulu. "Mereka mengambil balak secara terus dari hutan dan muat naik ke atas kapal untuk dihantar ke China," katanya.

Folbi dan Socotram telah disenaraikan sebagai dua daripada lima syarikat tempatan subkontrak konsesi pembalakan dengan firma China. Kedua-dua firma tersebut yang telah menghentikan operasi pemprosesan kayu beberapa tahun lalu enggan memberikan komen.

Pada era kegemilangannya, Folbi mengaji 600 orang pekerja. Bagaimanapun, kilang yang pernah memproses papan lapis itu mengalami masalah dan kini terbiar menjadi sarang labah-labah dan debu.

Bekas jurutera mesin di Folbi, Quennce Tchantchalan, 42, kini berjalan-jalan di kawasan sekitar mencari sisa-sisa mesin yang tinggal bersama rakan-rakan lain. Pemilik Folbi memberitahunya dia telah menjalakan perniagaan dengan orang tengah China.

"Pemilik kilang ini mempunyai kontrak dengan China. Kadang-kadang mereka menyimpan kayu balak di kawasan ini sebelum menghantarnya ke China," kata Tchantchalan. - Reuters

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar