{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Rencana Utama

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Rencana Utama


Rajipah ratu di hati Rohani

Posted:

Rajipah ratu di hati Rohani

Rajipah ratu di hati Rohani

AIR matanya berlinangan setiap kali terkenang arwah ibunya, Rajipah Abdul Razak yang meninggal dunia pada tahun 2000 ketika berusia 65 tahun.

Hatinya makin sebak mengenangkan kemesraan arwah yang sering menjadi peneman sepanjang hidupnya.

"Semasa hayatnya, arwah sering menjadi teman setia saya tidak kira di mana saya berada sehingga ada orang menyebut ibu saya bagaikan setiausaha peribadi.

"Namun begitu, saya tidak kisah apa orang lain mahu cakap. Paling mustahak, ibu adalah permata hati saya yang tidak ternilai," kata Datuk Seri Rohani Abdul Karim yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Meskipun ibunya sudah tiada lagi, Rohani tidak sekali-kali dapat melupakan saat-saat istimewa bersama ibu.

Benarlah kata pepatah, syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Menurut Rohani, kasih sayang yang diberikan oleh ibu adalah sesuatu yang cukup berharga dan tidak ternilai sehingga akhir hayat seseorang anak.

"Pepatah ini membuktikan bahawa ibu merupakan seseorang yang cukup mulia dan saya percaya salah satu faktornya ialah kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu.

"Perlu diingatkan, tiada harta yang lebih berharga dan tinggi nilainya selain curahan kasih sayang seorang ibu memandangkan mereka tidak pernah membezakan anak-anaknya sama ada dalam saat duka dan suka," ujarnya dalam satu temu bual dengan Kosmo! di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diketuai Rohani menerusi inisiatif Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah mengadakan sambutan Hari Ibu sejak tahun 2002.

Inisiatif itu dilakukan sebagai usaha menghargai jasa ibu yang banyak berkorban demi kesejahteraan institusi kekeluargaan dan membangunkan negara.

Rohani yang merupakan Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak berkata, pengorbanan dan sokongan kaum ibu sama penting walaupun mereka tidak mengangkat senjata, tidak menjadi pemimpin atau tidak menjadi pentadbir negara.


DARI kanan: Rohani (kanan) bergambar bersama ahli keluarga iaitu arwah bapanya, Karim Abeng; ibunya, Rajipah Abdul Razak dan abangnya, Mohd. Saperi.


Pengorbanan

Katanya, susah payah dan pengorbanan mereka membina generasi cemerlang dalam dunia penuh cabaran memang wajar diberi pengiktirafan.

Rohani yang merupakan ibu kepada tiga orang anak iaitu Mohamad Sharil Redzuan Abdul Rauf, 33, Intan Nur Suraya, 30, dan Farah Nur Shahirah, 25, memberitahu, kejayaan terbesar bagi setiap ibu di dunia ini ialah kejayaan mendidik anak sehingga menjadi insan berguna dan cemerlang dalam kehidupan.

Katanya, ibu adalah insan pertama yang mencorak dan mendidik anak mereka sebelum dihantar ke sekolah.

"Ibu perlu mendidik anak mereka dengan didikan agama yang menekankan budi pekerti dan hormat-menghormati. Ini kerana, hubungan antara manusia sesama manusia perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.

"Secara peribadi, pengorbanan ibu cukup besar dan tiada tolok bandingan... bayangkan selama sembilan bulan ibu bersusah payah membawa kandungan ke hulu ke hilir dan pastinya pada saat melahirkan pewaris generasi, sakitnya tidak terperi," katanya.

Rohani berpendapat, kasih sayang seorang ibu mengatasi segala-galanya. Ia tidak dapat dinilai dengan emas dan perak atau dibayar dengan wang ringgit.

Jelasnya, pengorbanan dan kudrat seorang ibu lazimnya dicurah siang dan malam dan mereka hanya tahu memberi tanpa mengharapkan sebarang balasan.

"Kasih sayang yang mereka beri boleh dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya, pengorbanan mereka menguruskan rumah tangga seperti menjaga suami dan anak-anak.


SIKAP mudah mesra dan senang didekati rakyat menyerlahkan peribadi Rohani sebagai pemimpin.


"Biasanya ibu akan bangun awal menyediakan sarapan termasuk menyiapkan anak-anak ke sekolah.

"Mereka akan mencuci pakaian, memasak dan melakukan semua kerja rumah. Ibu juga memastikan semua kerja rumah selesai sebelum tidur," ujarnya.

Rohani memberitahu, kebijaksanaan seorang ibu menguruskan rumah tangga boleh memberi impak positif terhadap kesejahteraan dan keharmonian keluarga.

Jelasnya, bagi mewujudkan sebuah negara harmoni, ia perlu bermula dari rumah iaitu dibentuk daripada sebuah keluarga bahagia.

"Apabila keluarga bahagia, ia secara tidak langsung membentuk tingkah laku yang baik dalam kalangan ahli keluarga.

"Saya sifatkan peranan dan kasih sayang seorang ibu mampu melahirkan keluarga bahagia," katanya.

Terkilan

Berkongsi pandangan mengenai sikap masyarakat yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan dan mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua, Rohani nyata agak terkilan dengan sikap tersebut.

Menurutnya, perbuatan seumpama itu sangat tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi memandangkan ibu bapa yang menjaga dan membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.

"Benar kata orang, seorang ibu boleh menjaga seberapa ramai anak. Boleh diumpamakan, seorang ibu boleh jaga sehingga 10 orang anak dalam satu masa, tetapi sedihnya 10 orang anak tidak boleh menjaga seorang ibu.

"Anak-anak harus ingat, tiada ibu bapa tiadalah mereka. Mereka sepatutnya menghargai pengorbanan dan jasa ibu bapa. Walau sesibuk mana pun, anak-anak harus mencari jalan untuk menjaga ibu bapa," katanya.

Rohani berkata, apabila ibu bapa menginjak usia tua, anak-anak sepatutnya menjaga dan melindungi mereka.


KUCUPAN kasih sayang sebagai tanda rasa cinta kepada bonda diserlahkan oleh kedua-dua permata hati Rohani.


Walaupun di rumah orang tua mempunyai rakan-rakan dan terdapat pelbagai aktiviti yang menceriakan, tetapi kesemua itu tidak sama seperti bersama anak-anak yang mereka jaga dan belai dari kecil.

"Saya pasti jauh di sudut hati mereka, ada kesunyian dan kesedihan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ia hanya mampu diterjemahkan dengan air mata yang mengalir," katanya.

Rohani, 59, memenangi kerusi Parlimen Santubong sejak tahun 1990 sebelum menjadi Ahli Parlimen Batang Lupar, Sarawak. Beliau dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada Mei 2013.

Rohani menegaskan, tanpa ibu, tidak mungkin seseorang individu mencapai kejayaan apabila dewasa.

"Walau sehebat manapun ilmu kita, walau setinggi manapun kelulusan kita, walau siapa pun kita, apa gunanya tanpa restu ibu bapa.

"Jangan sesekali melupakan jasa mereka pada masa depan kerana tanpa mereka tidak mungkin kita mencapai apa yang dikecapi kini," katanya.

Rawatan pulih dara sebelum berkahwin

Posted:

Rawatan pulih dara sebelum berkahwin

Rawatan pulih dara sebelum berkahwin


ISU memiliki dara tetap menjadi kebimbangan wanita moden di Tunisia walaupun sebahagian besarnya mengamalkan seks sebelum nikah. - Gambar hiasan


BULAN April merupakan waktu yang menjadi pilihan bagi kebanyakan pasangan di Tunisia untuk mendirikan rumah tangga. Banyak persediaan yang perlu dilakukan selain majlis resepsi dan keperluan rumah.

Namun, persediaan terpenting bagi mereka ialah melakukan pembedahan bagi memulihkan dara. Bakal pengantin perempuan akan melakukan pembedahan itu untuk menempuhi saat malam pertama perkahwinan.

Ini kerana mereka bimbang tidak diterima suami setelah mengetahui tidak lagi suci kerana telah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Wanita yang telah hilang kesucian kerana kehidupan bebas dianggap sebagai golongan tidak bermoral dalam budaya masyarakat negara itu yang berpegang kepada ajaran Islam.

Kebahagiaan

Pakar Ginekologi (sakit puan), Dr. Faouzi Hajri memberitahu, wanita Tunisia memilih untuk melakukan pembedahan hymenoplasty atau hymenorrhaphy demi kebahagiaan suami.

Katanya, mereka juga tidak menyesal dengan pembedahan itu kerana apa yang penting adalah untuk meyakinkan suami mengenai kesucian diri setelah berkahwin.

"Golongan wanita berusia 18 hingga 45 tahun yang rata-ratanya bekerja mengamalkan seks bebas secara aktif," ujarnya.

Seorang wanita boleh melakukan pembedahan membina semula selaput dara mereka dengan mudah di negara Afrika Utara itu.

Pembedahan di hospital hanya mengambil masa selama 30 minit dengan kos $100 hingga $700 Euro (RM1,760 hingga RM3,070).

Mereka juga perlu menjalani rawatan selama seminggu selepas perkahwinan. Jahitan pembedahan masih kuat dalam tempoh tersebut.

Sementara itu, seorang bakal pengantin, Salima Mahadi, 32 mengaku dia telah melakukan pembedahan itu agar kehormatannya tidak dipersoalkan suami pada malam pertama perkahwinan.


PEMBEDAHAN memulihkan dara menjadi pilihan wanita Tunisia sebagai persediaan untuk berkahwin.


"Kehormatan wanita tidak boleh ditentukan dengan hanya mengambil kira kehilangan beberapa titis darah," ujar Salima.

Katanya, beliau kecewa apabila bekas teman lelakinya enggan berkahwin setelah mengetahui dia tidak lagi suci, sebaliknya mengambil kesempatan mengajaknya ke ranjang.

Pakar Bedah Hymenoplasty, Dr. Moncef Kamel pula memberitahu, tidak kurang 100 orang wanita tempatan datang ke kliniknya setiap tahun untuk melakukan pembedahan. Ada juga yang datang dari Libya dan Algeria.

Konservatif

Tunisia merupakan sebuah negara Arab yang paling lantang bersuara mengenai hak wanita sejak tahun 1950-an. Hak kesaksamaan jantina dalam perlembagaan kemudian dipinda dan diterima pakai bermula Januari lalu.

Perubahan demografi telah memberi tekanan kepada kebebasan individu. Hubungan seks luar nikah menjadi sesuatu yang biasa kepada lelaki dan wanita. Mereka juga memilih untuk lambat berkahwin.

Bagaimanapun, lelaki Tunisia masih mengamalkan sikap konservatif dan memilih wanita yang masih dara sebagai isteri. Faktor itu juga menyebabkan pembedahan pemulihan dara mendapat permintaan tinggi.

Ahli sosiologi, Tarek Belhadj Mohamed berkata, sikap lelaki negara itu mencerminkan sikap kepura-puraan dalam masyarakat Tunisia.

Jelasnya, masyarakat juga enggan mengiktiraf dan menerima perubahan tingkah laku sebahagian besar daripada penduduk di negara itu.

Beliau menganggarkan hampir 75 peratus daripada wanita yang ingin berkahwin menjalani pembedahan pemulihan dara.

Bagi Tarek, pembedahan memulihkan selaput dara sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap wanita.

"Cara hidup moden kini menjadi gaya muda-mudi di Tunisia. Bagi wanita moden, mereka turut mempersoalkan mengapa tidak boleh mengamalkan seks bebas seperti lelaki?

"Namun realitinya, masyarakat masih mengambil berat soal kesucian wanita," ujarnya penuh kekesalan. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat