Kosmo Online - Stailo
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Stailo |
Ikon tiga wanita dan ibu bergaya Posted: Ikon tiga wanita dan ibu bergayaSusunan AHMAD ISYAFIQ MAD DESA PADA usia yang menginjak 40 tahun, tiga wanita ini berjaya mengimbangi kerjaya, keluarga dan mengejar impian mereka. Mempunyai suami yang tampan dambaan setiap wanita, ketiga-tiga idola wanita sedunia ini ligat di pentas masing-masing dan begelar selebriti kelas pertama di Hollywood. Ikuti rentetan cerita tiga figura, Angelina Jolie, Jennifer Lopez dan Victoria Beckham. Bagaikan sebuah cerita dongeng, seorang wanita yang dahulunya hidup penuh keke- liruan mengenai orientasi seks peliknya, kini bergelar ibu kepada enam permata yang berusia lima hingga 12 tahun. Terkenal di seluruh dunia dengan imej bibirnya yang montok lagi seksi, Angelina Jolie Voight yang lebih dikenali sebagai Angelina Jolie merupakan ikon ibu Hollywood. Pasangan kepada Brad Pitt Stunt itu mengakui, sehingga kini beliau masih tidak mempercayai bahawa dirinya merupakan seorang ibu kepada enam anak dan mampu hidup se- bagai sebuah keluarga yang bahagia. "Saya tidak pernah terfikir bahawa suatu hari nanti akan mempunyai mahupun seorang anak, apatah lagi enam anak," selo- rohnya. "Sehingga hari ini saya terasa bagaikan sedang bermimpi adakah ini benar-benar kehidupan saya atau sekadar cerita dongeng dengan pengakhiran yang gembira," ujar Angelina. Memetik kenyataan majalah popular Elle, kelebihan Angelina terletak pada wajahnya yang fotogenik menyebabkan wajahnya itu menjadi dambaan setiap wanita. WALAUPUN bersantai, Jennifer tetap menjaga penampilannya. "Kami tidak perlu mekap yang terlalu tebal sepanjang menjalankan penggambaran bersama Angelina kerana dia sudah memiliki segala-galanya. "Tulang pipinya itu merupakan hadiah istimewa daripada Tuhan menyebabkan setiap sisi foto Angelina hidup tanpa sebarang kecacatan. Setiap wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk memilik struktur seperti Angelina," menurut majalah itu. Peraga Lensa kamera sentiasa menanti kelibat pelakon kelas A di Hollywood ini pada majlis anugerah. Busana yang diperagakan sentiasa menjadi bualan pengkritik fesyen. Bariskan apa sahaja busana, ia pasti melekap cantik pada susuk tubuh Angelina. Warna yang sering menjadi pilihannya ialah hitam, krim pastel dan merah. "Sebelum memperagakan apa jua busana, perkataan pertama yang selalu bermain di minda saya adalah keselesaan. Saya percaya sekiranya saya selesa, pakaian itu akan kelihatan cantik dan mewah," ujar ibu kepada enam cahaya mata berusia antara lima hingga 12 tahun itu. Rejim senaman Angelina pula gabungan antara yoga dan pilates yang boleh dilakukan di rumah. Bagaimanapun, dia berseloroh senaman yang memenatkan adalah menjaga kesemua anaknya. Terbaharu, beliau dalam rangka promosi filem Maleficent yang bakal mengeluarkan barisan baju kanak-kanak di francais Disney seluruh dunia. Kali pertama bekerjasama dengan pereka Sienna Miller, Miller menyifatkan Angelina sebagai ibu yang penyayang. "Percaya ataupun tidak, setiap rekaan kami adalah busana comel diinspirasikan oleh Vivienne Jolie-Pitt yang kini berusia lima tahun. "Ia juga merupakan kali pertama Jolie berkolaborasi dengan saya dan mereka pakaian kanak-kanak," katanya Dalam pada itu, siapa yang tidak mengenali pelantun lagu Lets Get Loud dendangan Jeniffer Lopez tatkala lincah beraksi di atas pentas. Bakal menginjak usia 45 tahun pada 24 Julai tahun ini, ramai yang menyifatkan tubuh badannya umpama gadis berusia 18 tahun. Pemegang gelaran Wanita Tercantik Dunia oleh majalah People ini pernah 'berang' tatkala kecantikannya itu dipertikai. SENTIASA sibuk dengan kerjaya, namun Victoria tetap tidak melupakan tanggungjawab terhadap anak-anaknya. "Saya membelanjakan banyak wang untuk memiliki setiap inci kecantikan saya pada hari ini. Ia tidak datang bergolek dan saya tidak ditaja mana-mana rawatan khusus spa kecantikan. "Ia adalah rejim yang ketat termasuk senaman dan penjagaan wajah dan rawatan kecantikan untuk memastikan dalaman dan luaran saya sihat," ujar pemilik nama sebenar Jennifer Lynn Lopez ini. Seperti ibu yang lain, pengalaman bergelar ibu adalah paling manis dalam hidupnya. Namun, untuk mengembalikan keremajaan kulit selepas bersalin merupakan mimpi ngeri Jennifer. Katanya, mahu sahaja dia mengingatkan dua anaknya iaitu, Emme Maribel Muniz dan Maximillian David Muniz, enam tahun, mengenai pengorbanan seorang ibu. "Jika dikenang tempoh enam tahun lalu, saat yang manis adalah ketika mereka bergerak dalam perut saya dan setiap hari saya berbicara dengan mereka. "Bagaimanapun, ia pengorbanan yang amat besar selepas melahirkan mereka dan mahu kembali kepada bentuk asal merupakan tekanan yang amat hebat," kata- nya. Tambahnya, kekurangan masa untuk ke gimnasium membuatkan beliau terpaksa mengupah jurulatih senaman yoga melibat- kan senaman sehingga empat jam dengan pengambilan kuantiti makanan yang sedi- kit. Aktif sebagai pelakon, penyanyi dan penulis lirik, Jennifer amat rapat dengan beberapa jurusolek dan pereka Holly- wood. Mereka merupakan rujukan utama sebelum Jennifer menghadiri sebarang anugerah berprestij Hollywood. Antara sahabat karib Jennifer ialah Roberto Cavalli yang memberitahu, rakan karibnya itu amat peka dalam berfesyen dan tema dalam setiap majlis anugerah. "Sebagai pereka fesyen, saya menyifatkan Jennifer merupakan selebriti yang mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Bukan sahaja tatkala melalui permaidani merah, malah di siri jelajah konsertnya. "Setiap busana harus bertepatan dengan kehendaknya tetapi, Jennifer sangat terbuka dengan kritikan pereka fesyen dan itu membuatkan kami dihargai serta diikitiraf," katanya. Scott Barnes merupakan jurusolek yang sering bersama dengan Jennifer bukan sahaja tatkala bertugas malah beriadah bersama. Warna Dedahnya sesuai dengan genre muzik Jennifer iaitu pop, salsa dan bachata, pemilihan warna keemasan, kuning, hitam dan coklat muda sangat bertepatan dengan kulitnya. "Jennifer bukan sahaja mempunyai badan seksi, malah memerlukan wajah yang seksi. Solekan dengan warna keemasan dan kuning mampu melahirkan imej penuh ghairah itu," katanya. Gincu bibir dengan rona lembut merah, merah jambu dan coklat amat bersesuaian dengan Jennifer yang mempunyai ketinggian 170 sentimeter dengan berat 56 kilogram. DIGELAR gadis liar Hollywood, Angelina membuktikan tranformasi seorang ibu membuatkannya semakin matang. Barnes memberitahu, tumpuan pada wajah Jennifer terletak pada sepasang mata- nya yang galak. Malah, beberapa teknik rahsia dilakukan bagi menaikkan lagi baha- gian mata terutama kening Jennifer. "Sebelum mewarnakan kening dengan celak warna coklat, Jennifer akan menyapu sedikit wax rambut yang dicampur dengan pembayang mata. Kemudian kening tersebut disempurnakan dengan sapuan nipis maskara hitam. Itu cerita Jennifer, bagaimana pula kisah Victo- ria Beckham? Apa lagi yang diimpikan seorang wanita selain mempunyai seorang suami bergelar pemain bola sepak terkenal dunia, selebriti dan model serta individu berpengaruh di Britain. Mula dikenali sebagai Posh ketika bersama kumpulan wanita Spice Girls, kini Victoria merupakan ikon wanita Eropah terutama dalam fesyen. Dengan jumlah pendapatan sebanyak 54 juta pound sterling (RM24 bilion) setahun, dia mempunyai barisan koleksi jenama busananya sendiri daripada aksesori hingga ke busana. Isteri kepada David Beckham yang kini berusia 40 tahun itu merupakan pencetus kepada potongan rambut boop dalam kalangan wanita. Berbicara mengenai kehidupannya bergelar isteri dan ibu kepada empat cahaya mata, Brooklyn Joseph, 14; Romeo James, 12; Cruz David, 9; dan Harper Seven, 3, beliau bahagia anak-anaknya semakin membesar. Celoteh pemilik nama sebenar Victoria Caroline Beckham itu, beliau tidak pernah memasak di dapur, sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada David. "Ya, saya tidak pernah memasak dan tugas itu dilakukan David. Saya yakin dia semakin pandai beraksi di dapur seperti mana dalam perlawanan bola sepak," selo- rohnya. Penampilan Dalam satu temu bual, Beckham mendedahkan, beliau sangat obses dan cinta- kan kaca mata hitam kerana ia adalah pelengkap gaya. "Saya memerlukannya di mana sahaja saya berada. Ketika meluangkan masa bersama keluarga, beli-belah, bersantai bersama rakan-rakan, kaca mata hitam adalah rakan paling baik saya. "Ia sesuai digayakan dalam apa jua acara menyebabkan saya sangat cintakan kaca mata hitam," beritahunya yang memiliki ruang khas menyimpan kaca mata hitam terdiri daripada rekaan klasik daripada jenama mewah Gucci dan Louis Vuit- ton. Seorang wanita yang amat teliti mengenai penampilan, dia juga menentang sebarang rekaan busana yang menggunakan bulu haiwan sebagai hiasan. Dalam satu temu ramah dengan majalah Russian Vouge, Beckham memberitahu pendiriannya itu. "Untuk mendapatkan fabrik yang elok dan hiasan fesyen yang tampak mewah tidak seharusnya menggunakan haiwan sebagai mangsa kehendak kita. "Kita mempunyai pelbagai cara lain untuk menghasilkan busana yang mewah tanpa membunuh haiwan yang tidak bersalah ini. Penderaan terhadap haiwan harus dihentikan," tegasnya. | ||||
Posted: Cantuman 19 jenamaOleh ALIF ABU BAKAR
GABUNGAN 19 perusahaan butik tempatan di bawah bumbung jenama Mia Rania International (Mia Rania) berjaya membariskan produk-produk berteras ciri Islamik yang unik dan menawan. Dibangunkan pada September tahun lalu, Mia Rania kini telah merangka beberapa projek pakaian mengikut tema istimewa sepanjang tahun ini. Pada majlis pelancaran konsortium pakaian terbesar di Malaysia itu yang berlangsung di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Kuala Lumpur baru-baru ini, beberapa projek baharu mereka dipersembahkan buat pertama kali kepada umum. Antara yang menggamit pandangan ialah koleksi Jejubah di bawah projek Alpha. Penggunaan perincian sederhana dan motif moden menciptakan kesegaran kepada busana Muslim tetapi pada masa yang sama menjaga panduan potongan bagi memelihara aurat. Menggalas imej trendy, moden dan urban, rekaan Mia Rania juga disesuaikan mengikut musim tertentu. Misalnya, jubah lelaki daripada projek Bravo cuba mengetengahkan elemen sporty khusus buat pencinta sukan bola sepak.
"Bulan depan kita akan dilanda demam Piala Dunia. Kesempatan ini kami gunakan dengan mengeluarkan jubah untuk kaum Adam yang sarat simbol pasukan-pasukan bola sepak gergasi antarabangsa. "Tujuan kami adalah bagi menggalakkan lelaki, terutamanya anak-anak muda mengenakan jubah ke masjid untuk solat isyak berjemaah. "Kemudian mereka boleh terus ke kedai mamak untuk menonton perlawanan bola sepak tanpa perlu menukar pakaian," jelas Ketua Pegawai Eksekutif Mia Rania, Rostam Mustaffa ketika ditemui media baru-baru ini. Difahamkan, terdapat lebih 100 produk termasuk telekung, abaya, baju kurung dan selendang ditawarkan di setiap premis Mia Rania. Material yang digunakan juga bervariasi daripada kapas Jepun sehingga satin. Kumpulan harganya pula dipecahkan mengikut produk premium yang dijual pada harga RM500 ke atas dan produk biasa serendah RM100. Memandangkan setiap helaian Mia Rania direka, dihasil dan dikeluarkan sendiri, kualiti dan kuantiti barangan mereka mampu dikawal secara teliti. | ||||
Posted: 16 kunci gaya ibu hamil
MEMBELI pakaian hamil semasa anda mengandung boleh menjadi pengalaman yang amat mengujakan dan dikenang sepanjang hayat. Berikut saya titipkan panduan berpakaian dengan penuh keyakinan dan gaya semasa hamil. 1)Untuk tiga bulan pertama kehamilan, kebanyakan pakaian yang anda miliki dalam almari masih boleh dipakai, kecuali pakaian yang terlalu ketat. Apabila anda mula memerlukan pakaian yang lebih besar saiznya, untuk lebih jimat anda disarankan membeli pakaian baharu apabila anda betul-betul memerlukannya. 2)Sebelum anda mahu membeli pakaian hamil, pastikan anda membuat sedikit kajian tentang butik-butik atau gedung-gedung pakaian yang menawarkan koleksi pakaian tersebut. Ini adalah untuk memudah dan menjimatkan masa anda ketika mahu membeli-belah nanti. 3)Apabila memilih untuk menggayakan pakaian ketika hamil, pastikan anda tidak memilih rekaan pakaian membosankan. Tidak perlu cuba sembunyikan perut anda yang semakin membesar dengan memakai pakaian seperti khemah atau sweater yang saiznya terlalu besar. Anda seharusnya memilih pakaian hamil yang stailo dan dapat menyerlahkan lagi aura keibuan anda. Bergayalah dengan penuh keyakinan serta rasa bangga atas anugerah Tuhan. 4)Elakkan daripada membeli pakaian hamil yang tidak selesa untuk dipakai seperti terlalu ketat, menyebabkan kulit gatal dan sebagainya. Pakaian hamil yang tidak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan dan emosi anda. 5)Jika anda mempunyai suami yang potongan badannya besar daripada anda, pertimbangkan untuk meminjam kemeja kepunyaan mereka. Sememangnya kemeja lelaki (button-up shirt) cukup bergaya, selesa dan sesuai dipakai oleh ibu-ibu hamil. 6)Fabrik yang paling sesuai untuk rekaan pakaian ibu hamil ialah jersi kapas dan likra. Fabrik ini boleh meregang, sekali gus boleh dipakai sepanjang peringkat kehamilan anda.
7)Kadangkala semasa hamil saiz tapak kaki menjadi besar sedikit, oleh itu dapatkan kasut yang lebih selesa dan tidak bertumit tinggi. Paling penting anda tidak perlu untuk membongkok ketika mahu menyarungkannya. Pastikan kasut anda dapat meyokong berat badan yang semakin bertambah. Elakkan kasut dengan tumit yang terlalu tinggi kerana ia boleh memudaratkan kesihatan. Keselesaan adalah kunci utama dalam pemilihan kasut yang anggun digayakan ketika anda hamil. 8)Pemilihan pakaian dalam yang betul juga penting dan perlu diambil kira ketika melalui peringkat-peringkat hamil. Sila dapatkan baju dalam dan seluar dalam yang paling selesa untuk dipakai. 9)Belilah pakaian yang mudah disuai padan. Dapatkan pakaian dalam rona hitam, perang, kelabu, khaki, putih, denim, rona neutral serta rona yang anda selalu pakai. Untuk kelainan, gabungkan pakaian anda bersama helaian bercorak atau berona terang. 10)Apabila memilih pakaian, cuba berikan tumpuan kepada bahagian tubuh badan yang menjadi kegemaran anda. Contohnya, jika anda mempunyai lengan yang cantik, mungkin anda boleh pilih baju (top) dengan potongan cap-sleeved, jika memiliki leher yang menarik pula, anda boleh pilih baju dengan tebuk leher yang menarik serta mampu memberi fokus pada leher dan wajah. 11)Konsep lapisan (layering) - baju (blaus, stretchy tank top, baju-T), seluar, skirt, kardigan dan blazer adalah kumpulan pakaian paling mudah untuk disuai padan. Konsep ini juga sesuai dan mudah bagi mereka yang mempunyai suhu badan yang kadangkala berubah-ubah. 12)Kemeja dan gaun potongan A atau empire cukup bergaya dan sentiasa menjadi pilihan kerana potongannya yang tidak melekat pada bahagian perut. 13)Dapatkan kemeja atau blaus ceria dengan perincian seperti ropol dan reka corak flora dalam warna-warna feminin. Pilih kemeja yang labuh daripada biasa pada bahagian hadapan supaya anda mendapat ruang yang cukup bagi menutup perut yang semakin membesar. 14)Anda bebas bereksperimentasi dengan skaf dan aksesori bagi menambah seri pada pakaian hamil anda. Skaf dalam warna dan reka corak yang ceria mampu menaikkan aura hebat pemakainya. Aksesori yang menarik juga boleh menjadikan penampilan yang biasa menjadi luar biasa. 15)Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, belilah pakaian yang sememangnya direka khas untuk tujuan tersebut. Ia sopan, praktikal, selesa dan memudahkan anda apabila tiba masa menyusukan bayi anda. 16)Bagi wanita hamil profesional pula, tema keseluruhan pakaian yang perlu diaplikasikan ketika di tempat kerja adalah sopan, mempunyai kelas tersendiri, anggun dan sedikit konservatif. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Stailo To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |