Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: 'Tsunami' baharu hoki negaraOleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH
KALAU tiada angin, masakan pokok bergoyang. Mungkin bidalan kata tersebut sesuai dikaitkan dengan isu baharu dunia hoki tanah air apabila Muhammad Dhaarma Raj Abdullah mengakui beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih skuad hoki senior negara. Perkhabaran itu jelas memberikan impak kepada skuad hoki negara yang bakal beraksi pada Piala Dunia Hoki 2014 di The Hague, Belanda, 31 Mei ini. Apa yang pasti, kehilangan Dhaarma Raj akan memberikan tamparan hebat kepada Persekutuan Hoki Malaysia (MHC) untuk mencari pengganti yang sesuai dalam tempoh terdekat ini. Enggan menjelaskan punca sebenar, Dhaarma Raj menyifatkan beliau seperti sudah 'tiada hati' untuk terus bersama skuad hoki negara. "Memang saya turun sesi latihan pagi ini (semalam) tetapi saya tidak berpuas hati. Saya masih fikir sama ada mahu meletakkan jawatan atau tidak (sebagai ketua jurulatih hoki negara). "Mungkin saya akan ambil masa selama satu atau dua hari sebelum membuat keputusan sama ada mahu meneruskan tugas atau menghantar surat kepada MHC. "Jika tiada kelibat saya pada sesi latihan esok (hari ini), mungkin ia sudah terjawab (keputusan untuk melepaskan jawatan)," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Dhaarma Raj menganggap bekas jurulatih, Paul Revington dan beberapa pengendali tempatan masih layak untuk mengemudi skuad negara pada kejohanan berprestij itu. "Jika saya tiada, saya percaya Revington masih boleh bawa (latih) pasukan atau jurulatih-jurulatih tempatan yang lain," ujarnya. Sebelum ini, Dhaarma Raj yang 'dinaikkan pangkat' daripada skuad remaja ke pasukan senior negara mengambil alih tugas daripada Revington yang melepaskan jawatan ekoran masalah kesihatan pada Januari lalu. Dalam tempoh lima bulan, Dhaarma Raj telah berjaya menyumbangkan kejayaan dengan muncul naib juara Piala Sultan Azlan Shah, Mac lalu dan tempat ketiga Cabaran Juara-Juara di Kuantan, Pahang baru-baru ini. | |
Sidka calon baharu dalam senarai FAM Posted: Sidka calon baharu dalam senarai FAMOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI SIDKA bakal tiba di ibu negara dalam masa terdekat untuk menghadiri temuduga dengan FAM. JAWATAN untuk ketua jurulatih skuad Harimau Malaya nampaknya mendapat perhatian yang agak luar biasa. Bukan setakat pakar tempatan, malah pakar asing dalam bola sepak pun dilihat berminat untuk mengisi jawatan tersebut. Selepas beberapa nama besar dikaitkan untuk mengisi jawatan tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut menerima permohonan daripada bekas pengendali Iraq, Wolfgang Sidka dan badan induk bola sepak negara itu kini sedang menunggu kedatangannya ke ibu negara untuk perbincangan lanjut. Sebelum ini, bekas pemain Real Madrid dan Barcelona, Luis Milla bersama jurulatih Mozambique, Gern Engels antara calon yang berminat untuk melatih skuad Harimau Malaya. Kini, bekas pemain Werder Breman, Sidka yang berasal dari Jerman dan pernah melatih skuad kebangsaan Iraq dan Bahrain, juga mahu bersaing dengan Milla dan Engels dalam usaha mendapatkan kerusi panas Harimau Malaya tersebut. Bagaimanapun, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin menegaskan, pihaknya masih dalam proses penilaian terakhir sebelum nama jurulatih baharu diumumkan pada Jun nanti. "Memang benar, kita telah mengadakan perjumpaan (dengan Engles) semalam (kelmarin). Kami dalam proses temuduga dan FAM masih lagi mengenalpasti seorang dua lagi calon untuk sesi temuduga ini. "Sidka adalah calon terbaharu yang berminat dengan jawatan ini. Kami akan menunggu kedatangannya dalam tempoh terdekat. "Walaubagaimanapun, setiap nama calon ini selepas me lepasi saringan terakhir, akan dibentangkan dalam Me syuarat Exco FAM untuk mendapat kelulusan," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam. Kosmo! kelmarin melaporkan, Milla dan Engels, ma sing-masingnya telah menyatakan hasrat untuk melatih skuad kebangsaan. Selain mereka berdua, Rudi Voller (bekas pemain Jerman), Peter Reid (bekas jurulatih Thailand) dan Zdenek Zeman (bekas jurulatih AS Roma) juga dikatakan memasang impian untuk menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya. Begitupun, FAM masih tidak dapat melupakan episod 'luka' dalam misi memburu khidmat jurulatih asing selepas dikecewakan dengan permintaan Phillpe Troussier. Bekas jurulatih Jepun itu dikatakan menuntut permintaan yang tidak masuk akal sehingga mendorong FAM menutup rundingan dengannya pada Januari lalu. | |
Posted: Rashid curah ilmu bergunaOleh MOHD. IKHSAN FIRDAUS AZMI RASHID (kiri) membantu skuad negara menjulang Piala Thomas pada tahun 1992. SEMANGAT juang pemain menjadi kunci utama menjelang kempen Piala Thomas 2014 yang akan membuka tirai Ahad ini. Selepas membuktikannya ketika menjulang trofi Piala Thomas 1992, jurulatih perseorangan kebangsaan, Rashid Sidek turut berharap beliau dapat menerapkan semangat juang yang pernah dipamerkannya dalam skuad negara. Jelas Rashid, dengan berbekalkan semangat juang berpasukan yang tinggi, beliau percaya Malaysia mempunyai peluang untuk melakukan kejutan pada Piala Thomas 2014 yang akan berakhir pada 25 Mei ini. Rashid yang pernah menjulang nama negara di Kuala Lumpur pada 1992 berkata, semangat sepasukan yang dipamerkan pada ketika itu menjadi kunci utama kerana mereka juga tidak memiliki barisan pemain yang mantap. "Yang paling penting ialah tidak patah semangat walaupun kalah. Pada tahun 1992, kami pun tidaklah bagus sangat tetapi kami ada semangat, para pemain mahu memberikan aksi yang terbaik "Harapan yang diberikan rakyat Malaysia serta tekanan yang kami terima seharusnya dijadikan sebagai cabaran untuk kami tampil dengan lebih baik sebagai satu pasukan," kata Rashid ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. Skuad negara bakal berdepan tuan rumah, India untuk aksi pembukaan diikuti Jerman dan naib juara edisi 2012, Korea Selatan dalam peringkat Kumpulan C. Seramai 10 pemain skuad Piala Thomas negara yang terdiri daripada empat perseorangan dan enam beregu telah mengikuti latihan intensif yang berakhir di Stadium Juara semalam. Bagaimanapun, persiapan para pemain tidak terhenti sebaliknya mereka perlu menggunakan masa yang ada untuk menyesuaikan diri di venue kejohanan, Kompleks Sukan Siri Fort yang akan bermula Ahad ini. "Apabila sampai, kami akan menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang dan stadium di sana. "Tumpuan lebih kepada latihan ringan kerana apa yang saya harap tiada kecederaan berlaku," ujar Rashid. Pada aksi final Piala Thomas 1992, Malaysia selaku tuan rumah muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-2. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |