Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: TMJ diminta cakap berhemahOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
"BERCAKAP biar berhemah, nak tegur biar ada asasnya." Demikian tegas bekas Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad yang menganggap kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai tidak berhemah. Menurutnya, Presiden PBNJ itu perlu menggunakan pendekatan lebih lembut bila mengaitkan pemimpin-pemimpin tertinggi menjelang Kongres FAM ke-50 pada 25 Mei nanti. Ibrahim memberitahu, Tunku Ismail yang dikatakan bakal bertanding untuk jawatan Presiden FAM seharusnya mengambil langkah berbincang semeja dengan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah jika ada perkara berbangkit untuk diketengahkan. Beliau mengakui Tunku Ismail memiliki karakter untuk mengubah senario bola sepak Malaysia tetapi dalam masa yang sama, baginda seharusnya bertemu dahulu dengan Sultan Ahmad Shah tanpa membuat kenyataan sebaliknya. "Pemilihan pada Kongres FAM nanti melibatkan pelbagai jawatan adalah perkara biasa. Sudah tentu dalam mana-mana persatuan, mesti ada persaingan tetapi sampai satu peringkat dalam FAM yang melibatkan pihak istana, lebih baik kita mengeluarkan kenyataan lebih berhemah dalam apa-apa hal sekalipun. "Kalau FAM dipimpin oleh kerabat diraja, maka kita seharusnya menghormati antara satu sama lain. Jika kita tidak berbuat demikian, bagaimana rakyat mahu menghormati raja-raja? "Pendapat saya, elok perkara seperti ini dibincangkan dalam Kongres atau mana-mana mesyuarat FAM," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. Ibrahim ialah bekas Duta Besar Malaysia ke Filipina. Pada Isnin lalu, Tunku Ismail menyatakan baginda tidak berminat untuk terlibat dalam pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2014-2018 kerana baginda sudah dapat menjangkakan keputusan pemilihan dengan meramalkan jawatan Presiden FAM akan menjadi milik Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Sehari selepas itu, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah menegaskan tiada sandiwara wujud dalam pemilihan pucuk pimpinan FAM apabila baginda menyifatkan pemilihan tersebut adalah telus. Mengulas lanjut, Ibrahim percaya tiada sebarang 'permainan' politik berlaku dalam sistem pentadbiran badan induk bola sepak negara itu terutamanya ketika berlangsungnya pemilihan untuk jawatan-jawatan tertentu yang dipertandingkan. Jelas Ibrahim yang menjadi Setiausaha Agung FAM bagi penggal 2005-2007, proses pemilihan anggota tertinggi FAM diundi secara telus dan adil. "Setiap jawatan ditentukan menerusi undian ahli-ahli gabungan FAM. Mereka yang berkuasa untuk menentukan siapakah pemimpin tertinggi FAM untuk setiap penggal," katanya. | |
Posted: The Red Warriors kecewaOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI NAMPAK gayanya, hajat Kelantan untuk menggunakan khidmat penyerang baharu dari Ghana, Prince Tagoe tidak kesampaian. Persatuan Bola Sepak Kelatan (KAFA) terpaksa membatalkan perjanjian dengan pemain berusia 28 tahun itu kerana pemain terbabit gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC). Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd (TRW), Kevin Ramalingam mendedahkan, KAFA gagal mendapatkan ITC Tagoe yang didaftarkan pada jendela perpindahan pemain Liga Malaysia (Liga M) April lalu ekoran kesilapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguruskan kes perpindahan pemain itu dengan Persekutuan Bola Sepak Tunisia (Tunisia FA). "Tunisia FA menolak permohonan ITC kami kerana kelab lama Tagoe (Club Africain) tidak membayar tiga bulan gaji kepadanya. Sepatutnya kontrak Tagoe sudah terbatal serta-merta dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) sudah dimaklumkan mengenai kes ini. "Apabila Tunisia FA menolak permohonan ITC ini menerusi TMS (Sistem Pengurusan Perpindahan), FIFA masih mempunyai hak untuk mengeluarkan ITC sementara. "Namun masalah lain timbul apabila FAM menerima penolakan Tunisia itu lalu kes itu sudah tiada dalam TMS, sepatutnya FAM membiarkan kes itu ditangguhkan. "FIFA memaklumkan kepada kami bahawa kes itu sudah digugurkan jadi mereka tidak boleh mengeluarkan ITC sementara. "Oleh kerana FAM telah menerimaa penolakan daripada Tunisia FA, ia memberi kesan besar kepada kami," katanya ketika ditemui pemberita kelmarin. Kini, Kevin mengakui The Red Warriors terpaksa melupakan Tagoeselepas membatalkan kontrak pemain itu selepas gagal mendapatkan ITC. Jelasnya, KAFA kini mengharapkan FAM membenarkan mereka untuk mendaftarkan semula Obinha Nwaneri yang disingkir pada April lalu, bagi mengisi tempat Tagoe. Difahamkan, Tagoe yang sepatutnya menggantikan Mohamed Ghaddar pada pusingan kedua Liga M ini, menuntut bayaran gaji tertunggak yang dianggar hampir RM1 juta daripada Club Africain. "Ada klausa dalam kontraknya di mana kami boleh membatalkan kontrak jika tiada ITC tapi bukan itu yang kami mahu kerana Kelantan nak dia beraksi dengan pasukan ini," katanya. | |
Kelantan pamer watak sang juara Posted: Kelantan pamer watak sang juaraOleh ADHAM SHADAN FORKEY Doe (kiri) membuka jaringan Kelantan pada aksi menentang Felda United di Kota Bharu malam kelmarin. KEBANGKITAN dramatik yang dipamerkan oleh pasukan Kelantan pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala FA 2014 ketika menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin jelas membanggakan pengendali baharunya, George Boateng meskipun kedua-dua pasukan mencatatkan keputusan seri 3-3. Boateng mengakui semangat juang yang ditunjukkan oleh barisan pemain The Red Warriors (TRW) pada perlawanan sulung di bawah kendaliannya itu menyebabkan beliau yakin bahawa Kelantan selaku juara bertahan berpeluang untuk melangkah ke pentas final. Perlawanan kelmarin menyaksikan TRW yang pada mulanya ketinggalan 3-0 ke atas The Settlers berjaya mengejar kedudukan sehingga kedua-dua pasukan akhirnya terikat 3-3. "Saya bangga dengan pemain-pemain saya dan ia permulaan yang baik bagi saya sebagai jurulatih. Kita lihat beberapa minggu lagi dan kita mempunyai kemampuan untuk ke final. "Saya mempunyai keyakinan itu kerana saya telah melihat kelebihan serta kekurang kedua-dua pasukan dan kami akan berusaha memperbaikinya, namun pemain-pemain saya ternyata mempunyai semangat juang yang tinggi," katanya kepada pada sidang akhbar selepas perlawanan malam kelmarin. Bekas pemain antarabangsa Belanda itu menghambur pujian ke atas barisan pemainnya dan menyifatkan bukan mudah untuk bangkit setelah ketinggalan 3-0 dalam sesuatu perlawanan. "Sekali lagi pujian perlu diberi kepada mereka dalam meneruskan kebangkitan, mereka tidak menyerah kalah. "Saya pasti ketika ketinggalan 3-0 ramai yang sudah fikir Kelantan tiada harapan untuk mengejar, tetapi mereka terus bertahan dan masih berpeluang untuk menang. "Memandangkan ini perlawanan sulung saya, saya merasakan suatu yang hebat untuk melihat pemain-pemain saya tidak berputus asa. Ketinggalan 0-3 sememangnya akan menjadikan pasukan itu mudah patah semangat. Tetapi, kita bangkit dengan menunjukkan watak sebagai sang juara," katanya. Pada perlawanan malam kelmarin, The Settlers yang dikendalikan Irfan Bakti terlebih dahulu mencipta jaringan seawal minit ke-17 menerusi Edward Junior diikuti Indra Putra Mahyuddin (minit ke-24) dan Mohd. Khairul Ismail (minit ke-36). Kelantan bagaimanapun tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Francis Forkey Doe berjaya menyumbat masuk gol pertama pasukannya pada minit ke-41 diikuti Fakri Saarani (minit ke-42) sebelum memperoleh gol ketiga menerusi Wan Zaharul Nizam pada minit ke-51. Pun begitu, mengulas mengenai perlawanan keseluruhannya, Boeteng mengakui pasukannya bermain sangat lemah pada permulaan permainan dan kelemahan itu perlu diatasi segera. "Kita tidak boleh beraksi seperti itu, kita mesti mulakan permainan dengan lebih agresif. "Sekiranya kita mulakan permainan seperti mana kita bermain di penghujung babak pertama, kita tentu mampu meraih kemenangan," katanya. Bagaimanapun, kesalahan permulaan permainan yang rapuh itu tidak diletakkan sepenuhnya kepada pemain-pemainnya sebaliknya dipengaruh oleh taktikal yang dirancangnya di awal permainan sebelum beliau segera mengubah strategi atau formasi. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |