Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: City selangkah jadi juara
MANCHESTER - Pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini berkata, pasukan bimbingannya semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana England musim ini. Keyakinan Pellegrini itu hadir selepas kejayaan City menewaskan Aston Villa 4-0 di Stadium Etihad, awal pagi semalam. Kini, The Citizens hanya perlu mengutip satu mata untuk ditabal sebagai juara baharu liga ketika menentang West Ham United pada aksi terakhir di venue yang sama pada Ahad ini. Dalam aksi itu, Edin Dzeko meledak dua gol disusuli pemain gantian, Stevan Jovetic dan Yaya Toure masing-masing menjaringkan satu gol. "Sekarang, baru kita boleh bercakap mengenai (kejuaraan) liga kerana jika kami menang pada aksi akan datang (menentang West Ham), City akan menjadi juara. "Saya fikir ia akan menjadi satu aksi yang cukup penting kerana bukan sekadar gelaran liga tetapi cara memenangi liga musim ini dengan penuh bergaya. "Saya turut fikir bahawa kami memiliki gaya permainan tersendiri. "Malah, saya fikir bahawa City adalah salah satu pasukan yang cukup menarik. Kami telah menjaringkan banyak gol dan sentiasa menambah jaringan dalam perlawanan. "Pada pendapat saya, sikap itu sangat penting untuk memenangi kejuaraan liga pada musim ini. "Saya berharap kami dapat mengekalkan prestasi cemerlang ini ketika menentang West Ham dan saya sangat gembira kerana dapat membimbing kelab ini dengan persembahan menghiburkan," ujarnya. - AFP | |
Posted: Tingkatkan aspek keselamatanOleh KHAIRI MOHAMAD IMBAS... Pihak polis terpaksa campur tangan bagi mengawal keadaan di luar Stadium Tan Sri Datuk Hassan yunos di Larkin minggu lalu ekoran kekecohan penonton sebaik aksi separuh akhir pertama Piala FA antara Johor DT dengan Pahang berakhir. PERSATUAN Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) yang bakal menjadi tuan rumah untuk pusingan kedua separuh akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) pada 31 Mei ini perlu membuat kajian terperinci mengenai tahap keselamatan bagi mengelak hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, insiden kekecohan di Larkin pada 6 Mei lalu melibatkan perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Johor DT dan Pahang wajar dijadikan iktibar untuk menambah baik tahap keselamatan. Menurutnya, amaran daripada FAM untuk mengenakan tindakan tegas termasuk menghukum pasukan dengan beraksi dalam stadium kosong sekiranya insiden kekecohan melibatkan penyokong fanatik sehingga mengganggu kesejahteraan sesuatu perlawanan di negara ini perlu diberi perhatian serius oleh setiap pasukan. "Saya telah menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin (Mohd. Amin) dua hari lepas dan saya telah minta FAM mengambil langkah yang drastik dan tegas kerana banyak insiden yang melibatkan penyokong yang tidak dapat dikawal. "Saya difahamkan PBNP juga sedang mengkaji saranan daripada FAM. Mesti ada sesuatu tindakan daripada FAM yang tegas untuk mengawal situasi," katanya ketika menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Yayasan Pendidikan Titiwangsa di ibu negara semalam. Dalam pada itu, Khairy turut mengulangi pendiriannya untuk tidak menyokong usaha menaturalisasikan pemain atau atlet dari luar yang didakwa mampu meningkatkan mutu sukan di negara ini. "Saya tak sokong. Secara dasarnya kita tidak sokong naturalisasi pemain-pemain ataupun atlet kebangsaan," ujarnya ringkas. Isu naturalisasi kembali timbul apabila penyerang import Selangor, Paolo Rangel menerusi laman sosial Instagram melahirkan rasa gembira apabila namanya dikaitkan dengan Harimau Malaya malah, cukup berbangga sekiranya beliau dan keluarga diberikan status kewarnegaraan Malaysia. Bagaimanapun, beliau juga sedar bahawa isu naturalisasi cukup sensitif di negara ini kerana sesetengah pemerhati bola sepak tempatan menganggap proses berkenaan memperlihatkan bagaimana usaha pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi tidak begitu berjaya. | |
Posted: 'Isu ITC bukan salah kami'Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin tanpa berselindung mengakui kecewa selepas pihaknya dikatakan menjadi punca mengapa Kelantan gagal mendaftarkan penyerang baharu dari Ghana, Prince Tagoe. Hamidin memberitahu, dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif The Red Warriors Sdn. Bhd. (TRW), Kevin Ramalingam yang mengatakan kesilapan teknikal daripada FAM menyebabkan pemain tersebut gagal didaftarkan bersama skuad Kelantan. Kontrak Tagoe, 28, terpaksa dibatalkan selepas Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA) gagal mendapatkan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada kelab lamanya, Club Africain. Tambah Hamidin, mereka telah mengikuti prosedur biasa untuk mendapatkan ITC Tagoe dari bekas majikannya itu. "Saya menafikan FAM menjadi punca utama mengapa Kelantan gagal mendapatkan ITC untuk Tagoe. Kami sudah menghantar permohonan itu tetapi ia ditolak oleh kelab lamanya dan Persatuan Bola Sepak Tunisia. "Jadi, FAM tidak buat silap. Kami telah melakukan yang terbaik untuk membantu Kelantan tetapi malangnya, permohonan itu ditolak. "Kevin ada bertemu dengan saya hari ini (semalam) dan beliau telah meminta maaf mengenai kenyataan tersebut. "Saya berharap isu ini tidak perlu disensasikan oleh mana-mana pihak kerana sebagai badan persatuan induk di negara ini, FAM akan sedaya utama untuk menghulurkan bantuan dan kepentingan pasukan negara sendiri," katanya. Kosmo! semalam melaporkan, KAFA kempunan untuk menggunakan khidmat Tagoe bagi pusingan kedua Liga Super selepas gagal mendapatkan ITC pemain itu. Sebelum ini, Kevin mendakwa mereka boleh mendapat ITC sementara daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya FAM menangguhkan dulu kes itu dan tidak menerima penolakan permohonan daripada Tunisia FA. Jika masih gagal untuk mendapatkan ITC Tagoe, Kevin tidak menolak kemungkinan bahawa mereka terpaksa menamatkan kontrak Tagoe, 28, lebih awal selepas kemelut mendapatkan ITC itu timbul berikutan tuntutan gaji tertunggak pemain dengan Club Africain sejumlah hampir RM1 juta. Dalam perkembangan sama, Hamidin berkata, mereka sudah menerima permohonan KAFA untuk mendaftarkan semula pemain pertahanan Obinna Nwaneri yang ditamatkan pendaftaran pada tempoh perpindahan pemain kedua April lalu bagi mengisi tempat Tagoe. "Kelantan sudah membuat permohonan rasmi untuk mendaftarkan semula Obinna memandangkan pemain itu masih mempunyai ITC. Perkara ini akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh FAM dalam masa terdekat ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |