{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Suntikan vaksin buat si comel

Posted:

Suntikan vaksin buat si comel

Suntikan vaksin buat si comel

SUNTIKAN vaksin penting untuk mencegah si comel anda daripada terkena jangkitan penyakit. - Gambar hiasan


APAKAH langkah-langkah yang perlu dilakukan pada kucing yang masih kecil atau yang baru sahaja diambil sebagai teman di rumah?

Jawapannya ialah suntikan imunisasi. Suntikan imunisasi berperanan mengekalkan kesihatan kucing.

Salah satu fungsi paling penting imunisasi adalah untuk melindungi kucing daripada jangkitan virus, bakteria atau mana-mana mikrob dan parasit yang mengakibatkan penyakit berbahaya.

Suntikan vaksin dilakukan bagi menyediakan sistem ketahanan badan daripada pencerobohan organisma tertentu hingga menyebabkan penyakit.

Vaksin mengandungi antigen yang dasarnya dikenal pasti oleh sistem imunisasi seperti organisma dan mampu mencegah penyakit.

Apabila vaksin diperkenalkan menerusi kaedah suntikan atau beberapa cara lain, sistem ketahanan bertindak balas memberikan perlindungan.

Disebabkan itu, apabila kucing terdedah kepada organisma, sistem imunisasi akan menghalang jangkitan atau mengurangkan kadar serangan penyekit.

Meskipun tidak memberi perlindungan 100 peratus, sekurang-kurangnya suntikan tersebut akan mencegah jangkitan daripada berlaku walaupun berada di persekitaran penyebaran wabak.

Sementara itu, virus Rabies (penyakit berjangkit) pula sangat jarang berlaku tetapi ia jauh lebih berbahaya.

Virus ini bersifat universal. Dalam erti kata lain ia boleh menjangkiti semua benda hidup termasuk manusia.

Antara vaksin yang biasa digunakan di Malaysia adalah seperti berikut:

1Vaksin 4 dalam 1

Vaksin ini terdapat dalam dua jenis iaitu vaksin mati dan hidup.

* Vaksin mati: Mengandungi antigen yang sudah dibunuh dan sangat selamat digunakan walaupun kucing dalam keadaan agak lemah.

* Vaksin hidup: Mengandungi antigen yang aktif dan masih kuat serta mampu membiak, namun tidak menyebabkan jangkitan kecuali kucing lemah atau sedia ada jangkitan sebelum suntikan.


CARTA menunjukkan garis panduan mengenai suntikan vaksin bagi mencegah kucing daripada dijangkiti virus y mbawa maut.


Vaksin 4 dalam 1 melindungi kucing daripada empat serangan utama iaitu feline rhinotrachitis, feline panleukopenia, feline calicivirus dan bakteria chlamydia.

2Vaksin 5 dalam 1 Vaksin ini mengandungi partikel virus dalam virus atau bakteria yang lain.

Ia digunakan bagi menangkis serangan seperti feline rhinotrachitis, feline panleukopenia, feline calicivirus, bakteria chlamydia dan feline retrovirus.

3Rabisin Rabisin hanya perlu diberikan sekali sahaja bila usia kucing mencecah 14 hingga 16 minggu.

Pengulangan boleh dilakukan setiap tahun atau tiga tahun sekali.

4FeLVVaccineVaksin ini berfungsi menghasilkan ketahanan melawan feline leukemia sahaja.

5Vaksin feline infectious peritonitis (FIP)

Mempunyai fungsi sama seperti FeLVVaccine bagi melawan serangan feline coronavirus yang telah bermutasi (jangkitan peritonitis kucing).

Perlukah kucing saya disuntik dengan semua vaksin?

Kucing tidak perlu disuntik dengan semua vaksin.

Bagi kucing yang masih kurus walaupun diberi makanan mahal dan jenama terkenal, ia disebabkan kucing berkenaan tidak diberi ubat cacing.

Khasiat makanan yang sepatutnya menjadikan kucing itu sihat dan gemuk telah disedut oleh parasit-parasit yang ada pada kucing.

Parasit seperti kutu, hama, cacing dan sebagainya menumpang di luar dan dalam badan kucing. Sumber makanan parasit-parasit ini ialah darah yang disedut daripada haiwan belaan berkenaan.

Tanpa rutin nyah kutu dan nyah cacing yang betul, kucing mungkin dijangkiti penyakit berbahaya berpunca daripada parasit-parasit tersebut. Sebaik-baiknya, rujuklah veterinar yang bertauliah untuk khidmat nasihat dan mengetahui harga vaksinasi.

Silaturahim ahli Darul Fitrah

Posted:

Silaturahim ahli Darul Fitrah

Silaturahim ahli Darul Fitrah

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

ANTARA pengunjung yang menjayakan program Hari Terbuka yang berlangsung di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.


SUASANA di sebuah rumah teres setingkat di Jalan Burhanuddin Helmi 2, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur kelihatan meriah dengan kehadiran para tetamu.

Ada yang datang membawa keluarga, rakan-rakan dan tidak ketinggalan datang bersendirian semata-mata untuk menyertai program Hari Terbuka anjuran Persatuan Darul Fitrah Malaysia (Darul Fitrah).

Bagi Chong Kok Hoong, 26, dia mengetahui tentang program tersebut melalui poster yang dikirimkan melalui aplikasi WhatsApp oleh rakan-rakannya.

Dia yang sudah empat tahun memeluk Islam merasa terpanggil untuk menghadirinya sebagai tanda sokongan kepada penganjur selain merapatkan ukhuwah sesama ahli persatuan itu.

"Ini kali pertama saya datang ke majlis ilmu anjuran Darul Fitrah dan ia memberi banyak manfaat kepada mereka yang ingin mendalami tentang Islam.

"Saya harap lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muslim tampil untuk memperkatakan tentang keindahan Islam yang mungkin tidak difahami oleh masyarakat bukan Islam di luar sana," ujar Kok Hoong yang masih mengekalkan nama Cina meskipun sudah memeluk Islam pada usia 22 tahun.

Ditubuhkan secara rasmi pada 17 November 1990, matlamat Darul Fitrah adalah untuk memberi khidmat kebajikan secara menyeluruh khususnya kepada saudara baru.

Antaranya, melalui pendidikan, kaunseling dan dakwah dalam membina keimanan serta keyakinan yang mantap terhadap agama Islam menerusi pelbagai program serta aktiviti yang disusun rapi.

Kerjasama

Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Sharin Low Abdullah, 68, memberitahu, usaha dakwah sebenarnya memerlukan kerjasama daripada semua pihak.

"Disebabkan itu, inisiatif oleh Darul Fitrah ini merupakan satu perkara yang harus dipuji dan dicontohi ramai. Hakikatnya, dakwah bukan satu tugas yang mudah.

"Paling mustahak untuk kita adalah menerangkan salah faham yang sering berlaku dalam masyarakat Cina bahawa memeluk Islam bukan bermakna seseorang itu bertukar menjadi Melayu.

"Malah, orang Melayu sendiri perlu memahami konsep ini kerana sering tersalah tafsir sehingga menjadi satu konotasi negatif buat mereka yang tidak memahaminya," ungkap Sharin yang memeluk Islam sejak 47 tahun lalu.


PENGUNJUNG berpeluang membeli pakaian dan aksesori sekali gus menyumbang kepada kutipan dana bagi golongan memerlukan.


Berlangsung pada 11 Mei lalu bermula dari pukul 10 pagi hingga 4 petang, program Hari Terbuka Darul Fitrah itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik.

Ia termasuklah, sesi ceramah daripada panel jemputan merangkumi beberapa topik seperti How To Counsel Effectively, Health and Islamic Therapy, Talent - An Asset dan Know Your Shoes.

Salah seorang penceramah yang juga Kaunselor HR Capital Sdn. Bhd., Normaliza Mahadi, tampil dengan tajuk Will You Marry Me mengajak para hadirin berfikir tentang apa yang perlu dilakukan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup.

"Kita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehidupan yang dilalui. Kejayaan dalam hidup bukan terhad kepada kekayaan atau kemewahan yang dimiliki, tetapi ia berkaitan tentang apa yang kita fikirkan.

"Begitu juga dengan kebahagiaan, ia bukan apa yang kita ada tetapi apa yang kita fikir tentangnya. Justeru, kita harus sentiasa meletakkan diri dalam keadaan positif sepanjang masa dan jangan bercakap tentang orang yang kita tidak suka," tegasnya.

Normaliza menambah, ini kerana suara yang diucapkan oleh seseorang itu akan menjadi tenaga melingkungi kehidupan, maka sebaiknya ucapkan perkara-perkara yang baik sahaja.

Selain sesi ceramah, pengunjung juga berpeluang membeli pelbagai barangan menarik seperti pakaian, aksesori, buku dan perhiasan yang dijual oleh Darul Fitrah dalam usaha mengumpul dana untuk membantu golongan yang memerlukan.

Tetamu turut disajikan dengan aneka makanan menyelerakan termasuk sate, nasi lemak, mihun goreng, pencuci mulut, kuih-muih dan lai chee kang sebagai penghilang dahaga.

Dalam pada itu, wakil penganjur, Noorshin Ng Abdullah, 60, melahirkan rasa syukur kerana program itu berlangsung dengan jayanya.

"Alhamdulillah, moga majlis kecil ini mendapat pandangan di sisi Allah sebagai usaha dakwah kami untuk menyebarkan tentang kecantikan Islam," tuturnya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman www.facebook.com/pages/Persatuan-Darul-Fitrah-Malaysia.

Menjaga maslahah wanita

Posted:

Menjaga maslahah wanita

Menjaga maslahah wanita


IKATAN perkahwinan memberi hak kepada suami ke atas isterinya dan begitu juga tanggungjawab menyempurnakan keperluan si isteri.


KEBELAKANGAN ini kita banyak melihat perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia. Pelbagai komen telah dibuat mengenai undang-undang tersebut sama ada daripada persepsi positif mahupun negatif.

Apa yang boleh disimpulkan ialah masyarakat masih keliru dengan undang-undang hudud dan ada juga yang mengatakan bahawa hukuman ini akan mendiskriminasi wanita.

Jika kita melihat dari kaca mata Islam, tidak ada hukuman yang Allah jadikan akan merugikan wanita dan mana-mana pihak sekali pun, jika betul dari sudut pemahaman dan paling penting ialah dari aspek pelaksanaan hukuman tersebut.

Sejarah juga telah membuktikan bagaimana kedatangan Islam telah merubah persepsi masyarakat jahiliah terhadap wanita dan menyelamatkan mereka daripada pembunuhan hidup-hidup yang jika kita lihat dalam dunia hari ini masih berlaku dalam pelbagai bentuk.

Allah telah menurunkan ayat al-Quran melarang keras pembunuhan anak-anak perempuan bagi mengembalikan fitrah manusia yang saling memerlukan kepada kedua-duanya.

Pesanan terakhir Rasululullah SAW pada hujjatul wada, baginda menjadikan isu menjaga maslahah wanita sebagai agenda penting.

Antara petikan yang boleh diambil iktibar ialah Rasulullah SAW menyebut: "Wahai manusia, sebagai mana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

"Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya, mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina."

Teguran ini menunjukkan satu model kehidupan yang sepatutnya berlaku iaitu menguruskan hubungan suami-isteri demi mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.


POLISI mengehadkan zuriat di China menyebabkan bilangan anak perempuan mengecil.


Oleh sebab itu, telah disebut dalam ayat yang lain (al Jaathiyah: 18) bahawa Allah menjadikan syariat iaitu jalan dan petunjuk supaya manusia mengambil iktibar serta menguruskan kehidupan mengikut garis panduan tersebut.

Ayat tersebut menyebut: "Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah syariat itu dan janganlah Engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui."

Imam Syatibi menyebut bahawa keperluan untuk mengambil syariat Allah secara keseluruhannya adalah penting kerana manusia tidak akan tahu kebaikan sesuatu perkara melainkan Allah.

Malah, diperjelaskan dalam perkara yang paling hampir dengan kehidupan manusia seperti hubungan keluarga. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 231-232: "Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir edahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang ma'ruf (baik), atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma'ruf (pula).

Janganlah kamu rujuk mereka dengan maksud jahat untuk menzalimi mereka.

Barang siapa melakukan demikian, maka sungguh ia menzalimi dirinya sendiri. Janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah sebagai permainan.

Ingatlah, nikmat Allah kepadamu dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu iaitu al-Kitab (Quran) dan Hikmah (Sunah) untuk memberi pengajaran kepadamu.

Maka, bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawa Allah Maha mengetahui segala sesuatu.

"Dan apabila kamu menceraikan isteri-isteri (kamu), lalu habis masa edah mereka, maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin semula dengan (bekas) suami mereka, apabila mereka (lelaki dan perempuan itu) bersetuju sesama sendiri dengan cara yang baik (yang dibenarkan oleh syarak).

Demikianlah diberi ingatan dan pengajaran kepada sesiapa di antara kamu yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Demikian adalah lebih baik bagi kamu dan lebih suci dan (ingatlah), Allah mengetahui (akan apa jua yang baik untuk kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya."

Larangan menghapuskan pembunuhan anak-anak perempuan juga memperlihatkan hikmah yang sangat mendalam.


PENINDASAN dan kekerasan terhadap golongan wanita adalah dilarang dalam Islam.


Pada hari ini kita melihat apabila fitrah kejadian manusia diganggu dengan dasar-dasar tertentu seperti one child policy yang diamalkan di China, dengan mengehadkan bilangan anak telah menyebabkan berlaku kekurangan wanita kerana ibu bapa akan memberi keutamaan kepada anak lelaki untuk membantu keluarga apabila mereka sudah tua.

Keadaan ini akan mengganggu kitaran ekologi manusia terutama dalam sistem sokongan keluarga yang sekarang ini telah menjadi manusia.

Dalam kehidupan berkeluarga, ayat-ayat Allah amat jelas menekankan tentang perlunya rasa hormat-menghormati sehingga seorang suami tidak boleh menuduh isterinya berlaku curang tanpa bukti.

Surah al-Nur memberi pengajaran yang jelas tentang hal ini. Allah menyebut: ".. dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah Dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia daripada orang-orang yang benar."

Tuduhan ini tidak boleh diambil ringan kerana kesan daripada tuduhan tersebut boleh menyebabkan proses perceraian berlaku melalui li'an dan pihak-pihak tidak boleh berkahwin semula untuk selama-lamanya.

Kesan ini menunjukkan perbuatan membuat tuduhan walaupun belum pasti ada kebenarannya, boleh menyebabkan hubungan manusia terputus. Memetik kata-kata Imam Yusuf al-Qaradhawi mengenai sikap manusia terhadap syariat Allah ialah mempunyai syariat sahaja tidak membina ummah. Ia perlu kepada perubahan pemikiran dan penghayatan dengan menjadikan syariat perkara yang tinggi kedudukannya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat