{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Kematian mengejut akibat parvovirus

Posted:

Kematian mengejut akibat parvovirus

Kematian mengejut akibat parvovirus

ANTIBODI yang dibekalkan susu ibu dapat melindungi anak-anak kucing daripada parvovirus.


PARVOVIRUS felin (FPV) merupakan sejenis virus yang boleh mengakibatkan jangkitan kronik dan membawa maut. Ia turut dikenali sebagai panleukopenia felin dan biasanya menyerang anak kucing.

Virus ini sangat degil malah mampu hidup dalam persekitaran untuk jangka masa panjang. Kucing yang tidak menerima vaksin sering diserang virus ini bahkan sangat mudah menjangkiti kucing lain jika berlaku penularan.

Kucing di luar kediaman yang tidak menerima suntikan vaksin akan mudah dijangkiti menerusi najis atau sentuhan terus dengan kucing yang dijangkiti.

Penghidap FPV akan menyebar atau mengeluarkan virus FPV melalui cecair dan lendiran daripada rongga atau najis haiwan tersebut.

Lazimnya, parvovirus menyerang anak kucing yang berusia antara empat minggu hingga 12 minggu dan ke atas. Apabila haiwan tersebut mula bercerai susu, antibodi yang dibekalkan menerusi susu ibu mula berkurangan, maka sistem ketahanan badan menjadi lemah dan terdedah kepada jangkitan terutama FPV.

Selain anak-anak kecil, kucing dewasa yang tidak menerima suntikan vaksin juga berisiko dijangkiti. Begitu juga kucing yang sudah divaksin, jika tidak dikemas kini, haiwan tersebut turut terdedah kepada jangkitan virus berbahaya ini.

Kadangkala penghidap parvovirus tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jelas, tetapi haiwan tersebut boleh mati mengejut.

Sekiranya terdapat sebarang simptom, lazimnya kucing tersebut akan menunjukkan tanda seperti muntah-muntah, suhu badan yang tidak stabil, dehidrasi dan dahaga yang melampau.

Lazimnya, kucing yang mengalami simptom ini akan berada di sekitar sumber air atau menangguk kepala ke dalam bekas air.

Selain itu, simptom lain ialah cirit-birit yang melampau iaitu cair bercampur lendir, berbau busuk, hanyir, demam, lemah dan tidak berdaya.


PARVOVIRUS amat berbahaya kepada kucing kerana boleh mengakibatkan kematian.


Sekiranya kucing yang dijangkiti itu sedang bunting, anak yang dilahirkan akan mengalami masalah saraf. Anak-anak kucing itu akan menunjukkan tanda-tanda ketidakseimbangan badan dan ada yang mati.

Jika kucing menunjukkan tanda-tanda serangan FPV, ia harus segera dirujuk kepada klinik veterinar.

Di klinik, doktor veterinar akan membuat diagnosis jangkitan dan ujian makmal melalui sampel najis. Jika positif, veterinar akan membekalkan ubat selain khidmat nasihat penjagaan dan pencegahan di rumah.

Bagaimanapun, FPV sebenarnya tiada ubat atau rawatan, namun jika kucing dibawa ke klinik dengan segera dan jangkitan masih di peringkat awal, maka doktor veterinar akan memberikan rawatan. Insya-Allah kucing tersebut boleh disembuhkan dengan jayanya.

Dalam pada itu, langkah-langkah pencegahan bagi mengelak serangan FPV ialah suntikan vaksin, penjagaan kebersihan rumah dan kawasan persekitaran serta sentiasa memastikan kucing berada di dalam rumah.

Jika anda seorang yang sering menyelamatkan kucing terbiar, pastikan anda menyediakan ruang kuarantin bagi memastikan haiwan tersebut tidak bergaul dengan kucing sedia ada.

Menu sihat roti pita

Posted:

Menu sihat roti pita

Menu sihat roti pita

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

RANDAL (kanan) dan Chef Zam menunjukkan produk roti pita terbaharu keluaran Mission Foods yang boleh didapati dalam variasi plain dan wholemeal.


MEMBAWA bekal ke tempat kerja merupakan satu inisiatif terbaik yang boleh dicuba dalam usaha untuk berjimat. Namun, tidak ramai yang mahu melakukannya kerana menganggap ia satu perkara yang remeh.

Ini kerana dalam kesibukan bersiap-siap ke pejabat, sudah pasti mereka mengelak untuk masuk ke dapur menyediakan bekalan.

Hakikatnya, situasi ini sering dihadapi oleh individu yang berkerjaya tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tetapi, bak kata pepatah 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih', begitulah yang boleh diumpamakan dalam membawa bekal ke pejabat.

Menyedari hakikat itu, Mission Foods, salah satu syarikat pengeluar roti terbesar dunia tampil memperkenalkan roti pita terbaharu mereka.

Bekal

Dengan satu gigitan, pengguna dapat merasai tekstur roti itu yang sangat lembut untuk dinikmati bersama variasi menu istimewa.

Sempena pelancaran roti pita Mission, selebriti kulinari tempatan, Chef Zamzani Abdul Wahab telah berkongsi beberapa idea untuk menyediakan menu makan tengah hari menggunakan roti tersebut.

Menurut beliau, dengan adanya roti pita Mission, pengguna boleh menyediakan pelbagai menu yang menarik, lazat dan berkhasiat untuk dibawa ke pejabat.

"Bagi ibu yang sibuk dengan kerjaya juga, mereka boleh menyiapkan bekalan untuk anak ke sekolah menggunakan roti pita Mission ini.

"Paling penting, kita perlu kreatif memilih bahan untuk dimuatkan dalam roti pita tersebut. Sebagai contoh, pilih bahan yang segar dan kaya dengan asid lemak Omega-3, sayur-sayuran dan kepingan buah-buahan," ujar beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Zam.

Pada demonstrasi itu, Chef Zam turut menunjukkan cara-cara menggunakan lebihan makanan seperti rendang ayam atau daging ke dalam roti pita yang hanya perlu ditambah dengan hirisan salad, timun dan tomato bagi menjadikan ia satu hidangan yang lengkap.


PEMILIHAN bahan-bahan yang segar dan berkhasiat memberi nilai tambah dalam pemakanan setiap individu.


Antara menu yang disediakan Chef Zam termasuklah sandwic pita Mission Coronation, ayam tikka, salmon salai dan avokado serta sandwic pita Mission tropikal tuna untuk kanak-kanak.

"Percayalah, dengan roti pita Mission, kreativiti yang boleh dicuba tiada kesudahan. Anda boleh membuat sandwic, snek atau kudapan yang sesuai dengan mood anda pada hari itu.

"Ciri-ciri versatil yang ada padanya menyebabkan ia sesuai dinikmati oleh pengguna daripada pelbagai peringkat usia," ujarnya.

Menurut penyelidikan yang dilaksanakan oleh Mission Foods, roti pita sangat digemari kerana ia rendah lemak, kaya dengan serat dan mudah dinikmati.

Menu sihat

Sementara itu, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Tenggara, Randal Tan Teow Ngak berkata, dengan pelancaran roti pita itu pihaknya berharap dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk makan makanan berkhasiat yang dibuat di rumah.

"Ia sangat mudah disediakan, bebas dari keadaan berserabut dan bagus untuk mereka yang mencari makanan terbaik untuk keluarga dan anak-anak.

"Kami telah menyenaraikan siri aktiviti seperti demonstrasi dan latihan menyediakan sampel menu yang akan berlangsung di lebih 80 pasar raya di Semenanjung Malaysia. Sepanjang siri jelajah itu, kami akan membawakan chef yang akan menunjukkan kepada khalayak cara-cara menyediakan roti pita," jelas beliau.

Dibakar dengan sempurna, roti pita Mission didatangkan dalam dua perisa iaitu plain dan wholemeal. Ia boleh didapati di semua pasar raya seluruh Malaysia pada harga RM6.39 untuk satu peket yang mengandungi lima keping roti.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mission Foods,

layari laman web www.missionfoods.com.au.

Mematuhi prosedur perkahwinan

Posted:

Mematuhi prosedur perkahwinan

Mematuhi prosedur perkahwinan


KEBANYAKAN kes yang dibawa ke mahkamah syariah ialah perkahwinan tanpa kebenaran isteri pertama. - Gambar hiasan


KITA sentiasa mendengar pasangan Islam yang berkahwin di negara jiran dan menghadapi masalah untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut apabila pulang ke Malaysia.

Ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti ketiadaan dokumen yang sempurna, sengaja tidak mendaftarkan dan juga perkahwinan poligami yang dilangsungkan tanpa pengetahuan isteri sedia ada.

Kegagalan ini juga akan mengundang banyak masalah seperti kemungkinan perkahwinan tersebut tidak sah, pendaftaran anak dan juga urusan lain yang memerlukan kepada status perkahwinan yang sah.

Contohnya urusan berkaitan dengan perceraian dan pewarisan jika berlaku kematian.

Sering menjadi mangsa dalam konflik ini ialah wanita kerana mereka tidak boleh sewenang-wenangnya menganggap hubungan perkahwinan tanpa dokumen yang sah sebagai tidak mempunyai apa-apa kesan.

Perundangan

Ini boleh diburukkan lagi jika wanita itu mempunyai anak hasil perkahwinan itu yang mungkin berstatus tidak sah taraf kerana ketiadaan identiti bapa.

Dari aspek perundangan, undang-undang yang sedia ada dilihat sebagai kurang berkesan dalam menangani masalah kahwin lari pasangan yang beragama Islam ke negara jiran.

Peruntukan undang-undang sedia ada juga bukan hanya memberi masalah dalam menentukan kesahihan pernikahan itu sendiri tetapi yang lebih menyedihkan ialah kesan jangka panjang terhadap pernikahan tersebut.

Kebanyakan perkahwinan yang dilangsungkan tanpa kebenaran mahkamah melibatkan perkahwinan poligami untuk mengelakkan daripada pengetahuan isteri pertama dan juga prosedur poligami yang ketat.

Pejabat-pejabat agama di luar negara tidak berpeluang untuk membuat siasatan yang terperinci seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang Islam di Malaysia.

Pernah berlaku satu kes membabitkan seorang lelaki yang telah berkahwin dengan isteri kedua dari negara jiran tetapi tidak mendaftarkannya. Beliau juga memperoleh beberapa orang anak hasil perkahwinan tersebut.

Ditakdirkan Allah, lelaki tersebut meninggal dunia. Semasa urusan pembahagian harta pusaka anak-anak dan isteri pertama mereka telah diberitahu mempunyai adik-beradik tiri di negara jiran.

Walaupun terkejut tetapi mereka tidak mahu berdosa dalam menafikan hak pusaka adik-beradik tiri yang baharu dikenali. Maka, mereka bersetuju berkongsi harta pusaka bapa walaupun dengan hati yang sangat sedih.

ANAK yang dilahirkan oleh pasangan yang berkahwin lari akan berdepan masalah pendaftaran kerana tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah. - Gambar hiasan


Iktibar

Kisah ini hanya salah satu masalah yang biasa timbul akibat daripada perkahwinan yang gagal didaftarkan.

Perkara yang selalunya juga menjadi masalah dalam membuat pengesahan perkahwinan yang dilangsungkan di negara jiran menggunakan khidmat wali hakim.

Perkahwinan ini biasanya disebabkan bapa tidak memberi persetujuan dengan alasan tidak bersetuju dengan calon pilihan anak perempuannya.

Pasangan tersebut akan melarikan diri ke negara jiran dengan fahaman mereka boleh mendaftarkan perkahwinan tersebut dengan mudah dan ia sah memandangkan jarak perkahwinan dari tempat tinggal wali lebih dua marhalah.

Dalam memastikan bahawa wali bapa tersebut boleh berpindah kepada wali hakim mestilah memenuhi kehendak hukum syarak.

Tafsiran yang sesuai seperti yang telah diputuskan dalam kes Husin lawan Saayah iaitu satu kes yang pernah diputuskan di Mahkamah Syariah di Kedah ialah dengan membuat penilaian sama ada penafian bapa ('udul al wali) adalah munasabah ataupun tidak.

Jika penafian tersebut munasabah, maka perkahwinan yang dilangsungkan tanpa persetujuan wali bapa adalah batal seperti larangan berkahwin dengan lelaki yang mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS atau pun lelaki yang tidak mempunyai pendapatan untuk menanggung sara hidup keluarga.

Jika sebaliknya, maka perkahwinan tersebut boleh diwalikan oleh wali hakim. Peruntukan dalam Seksyen 13 (b) Undang-Undang Keluarga Islam negeri menyatakan mahkamah boleh membenarkan perkahwinan wali hakim jika bapa tidak memberi kebenaran atas alasan yang tidak munasabah.

Jarak tempat tinggal yang melebihi dua marhalah hanya sesuai dalam konteks perkahwinan dilangsungkan di luar negara yang tidak memungkinkan pasangan untuk kembali dalam tempoh tertentu.

Seksyen 31 Undang-Undang Keluarga Islam memberi kebenaran kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan di luar negara untuk mendaftarkan perkahwinan sekembalinya ke Malaysia.

Disebabkan itu, amat penting setiap pihak yang ingin berkahwin mengetahui prosedur perkahwinan dan juga kesannya jika prosedur tersebut tidak dipatuhi.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar