Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Warga Myanmar ditemui mati di Kampung Banda Hilir
- Laluan masuk Mont Kiara dibuka tengah malam ini
- Lelaki didakwa bersubahat galak keganasan di Syria
Warga Myanmar ditemui mati di Kampung Banda Hilir Posted: Warga Myanmar ditemui mati di Kampung Banda Hilir23/05/2014 9:05pm MELAKA - Seorang pelayan lelaki warga Myanmar ditemui mati dipercayai ditikam rakan senegaranya di sebuah rumah di Kampung Banda Hilir di sini hari ini. Mangsa, Nay Myo Win, 25, ditemui tiga rakannya dalam keadaan bersandar di tepi sofa dengan kesan tikaman, dipercayai pisau, di bahagian dada pada kira-kira pukul 5.55 pagi. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Melaka, Superintendan P. R Gunarajan berkata sebelum itu, mangsa yang bekerja di sebuah pusat hiburan kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan dilaporkan bergaduh dengan seorang lagi rakan senegaranya berusia 30 tahun di luar premis pada pukul 5.20 pagi. Tambahnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, mangsa didapati dipukul rakannya yang juga pelayan di pusat hiburan sama dengan sebiji botol di bahagian belakang kepala sebelum terjatuh. "Kemudian berlaku pergelutan antara mereka sebelum dileraikan beberapa rakan sekerja lain yang berada di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama |
Laluan masuk Mont Kiara dibuka tengah malam ini Posted: Laluan masuk Mont Kiara dibuka tengah malam ini23/05/2014 8:49pm PELAN laluan masuk ke Mont Kiara yang akan dibuka kepada trafik tengah malam ini. - KOSMO! KUALA LUMPUR - Laluan masuk ke Mont Kiara akan dibuka kepada trafik bermula tengah malam ini. Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur (Sprint) dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengguna laluan itu dinasihatkan menggunakan lorong kanan sebaik melepasi gimnasium, True Fitness Centre di Desa Sri Hartamas dan mematuhi papan tanda untuk ke Mont Kiara. Laluan-laluan lain di lokasi sama dilaporkan tidak berubah. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi SPRINT di talian 03-74947333. - KOSMO! |
Lelaki didakwa bersubahat galak keganasan di Syria Posted: Lelaki didakwa bersubahat galak keganasan di Syria23/05/2014 6:55pm ANGGOTA polis membawa keluar tertuduh, Mohd. Khairil Mi (tengah) yang didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria, November lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Negeri Sembilan hari ini. - KOSMO!/KHAIRUL NAJIB PORT DICKSON - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat menggalakkan keganasan di Syria pada November tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Mohd. Khairil Mi, 27, didakwa menggalakkan keganasan untuk memajukan suatu ideologi dengan niat mengugut orang awam di Syria. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah inap desa di Jalan 1/12, Taman Intan Perdana di sini antara pukul 10 malam 1 Nov 2013 dan tiga petang 3 Nov 2013 mengikut Seksyen 130G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkod oleh Majistret M. Mageshwary yang menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendali Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Mohd. Khairil diwakili peguam Mohd. Radzlan Jalaludin dan Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |