{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Toyota Wish dipercayai rempuh polis ditemui terbakar di Ara Kuda

Posted:

Toyota Wish dipercayai rempuh polis ditemui terbakar di Ara Kuda

Toyota Wish dipercayai rempuh polis ditemui terbakar di Ara Kuda

26/05/2014 10:29pm

TASEK GELUGOR - Sebuah kereta Toyota Wish dipercayai milik penyamun yang merempuh dua anggota polis di Batu 10 menghala Alor Pongsu, di Perak ditemui terbakar dalam kebun pisang di Ara Kuda di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kereta berwarna kelabu itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 5.30 petang.

"Kami mendapat maklumat daripada polis Kedah memaklumkan sebuah kereta yang dipercayai milik kumpulan penyamun terbabit masuk ke kawasan SPU dan pasukan polis di sini menjalankan Ops Tutup.

"Kira-Kira pukul 5.30 petang, polis dapat panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Wish sedang terbakar dalam sebuah kebun.

"Nombor pendaftaran kenderaan itu ditanggalkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, usaha mengesan pemilik kereta itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kami minta orang ramai atau saksi yang melihat bagaimana kereta itu berada di kawasan berkenaan dan terbakar supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 1 tengah hari tadi, seorang anggota polis maut manakala rakannya parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun di Batu 10 menghala Alor Pongsu, Perak.

Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dua anggota polis itu dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Wish dengan nombor pendaftaran WRV 5308 iaitu satu daripada dua kenderaan dinaiki penjenayah yang baru sahaja merompak sebuah van rokok. - Bernama

Pasukan STING PDRM rampas 16 kilogram heroin, tahan 25 suspek

Posted:

Pasukan STING PDRM rampas 16 kilogram heroin, tahan 25 suspek

Pasukan STING PDRM rampas 16 kilogram heroin, tahan 25 suspek

26/05/2014 9:18pm

JOHOR BAHRU - Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan satu sindiket rangkaian pengedaran dadah melibatkan rampasan 16 kilogram heroin di bandar raya ini malam tadi.

Menurut laman rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis turut memberkas 25 suspek.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu melalui laman Twitter rasmi beliau, turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan itu.

Difahamkan operasi itu, yang bermula 7.30 malam dan berakhir 12 tengah malam tadi, diadakan di beberapa lokasi sekitar bandar raya Johor Bahru.

Satu sidang akhbar berhubung kes itu akan dibuat oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada pukul tiga petang. - Bernama

Gores dan menang, lapan lelaki ditahan

Posted:

Gores dan menang, lapan lelaki ditahan

Gores dan menang, lapan lelaki ditahan

26/05/2014 9:15pm

KOTA BHARU - Polis menahan lapan lelaki disyaki terbabit dalam kegiatan sindiket penipuan gores dan menang yang semakin berleluasa sekitar bandar ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihaknya mengesan kegiatan sindiket itu sejak awal tahun ini.

"Setakat ini kita telah menahan 13 individu, termasuk lapan yang ditahan semalam. Suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 30-an dan kami dapati mereka menyasarkan pelanggan pusat beli-belah sebagai mangsa," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu hari ini.

Azham berkata, turut diterima aduan berhubung ugutan yang didakwa dilakukan anggota sindiket itu.

"Modus operandi mereka adalah menawarkan pelanggan satu kad untuk digores dan apabila digores, mangsa diminta ke pejabat mereka untuk menuntut hadiah yang dimenangi.

"Apabila tiba di pejabat, mangsa akan diminta membayar sejumlah wang bagi menebus hadiah terbabit," katanya sambil menambah kesemua suspek kini ditahan reman tiga hari mulai semalam untuk siasatan lanjut. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat