{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Jenayah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Jenayah


Kaedah agihan perlu dikaji semula

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Mei - Operasi membanteras penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi yang disahkan berada di tahap serius tidak akan membantu menyelesaikan perbuatan jahat tersebut jika sistem pengagihan bahan bakar itu tidak dikaji semula.

Selain itu, kerajaan juga perlu mengwujudkan sebuah pasukan petugas khas menangani masalah tersebut untuk memastikan kegiatan penyelewengan dapat dihapuskan sama sekali melalui penguatkuasaan undang-undang.

Difahamkan, ketika ini kaedah pengagihan sedia ada terlalu longgar sehingga membolehkan sindiket mengambil kesempatan termasuk merasuah anggota agensi penguat kuasa dengan kadar 1 sen bagi setiap liter yang diseleweng.

Keadaan itulah yang memungkinkan daripada sejumlah 8.5 bilion liter diesel bersubsidi yang diguna pakai oleh kenderaan komersial 3.5 bilion liter telah disalahgunakan akibat aktiviti penyeludupan dan kegiatan mengaut untung keterlaluan termasuk melalui cara gelap. Statistik ini menunjukkan hanya 5 bilion liter digunakan secara betul atau dimanfaatkan.

Berdasarkan maklum balas yang diterima Utusan Malaysia beberapa langkah wajar dipertimbangkan oleh kerajaan untuk dilaksanakan iaitu:

Mewujudkan pasukan petugas khas yang diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Pasukan ini perlu dianggotai anggota agensi penguat kuasa daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Imigresen, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Kastam Diraja dan agensi yang relevan.

Peranan pasukan petugas ini bukan sahaja bertanggungjawab untuk membanteras penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi, sebaliknya apa juga barangan yang menerima subsidi daripada kerajaan.

Kewujudan pasukan petugas khas dijangka mampu membanteras habis-habisan sebarang perbuatan penyelewengan melibatkan barangan bersubsidi dan sekali gus mengelakkan amalan rasuah yang dilakukan oleh sesetengah agensi penguat kuasa.

Mewujudkan sistem pengagihan lebih telus dengan memastikan hanya warga Malaysia sahaja yang berhak menggunakan diesel bersubsidi. Ia melalui pendekatan menggunakan MyKad untuk mengisi bahan bakar tersebut. Bagaimanapun had tertentu perlu ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penyelewengan.

Mengehadkan tempoh penempatan seseorang pegawai dan anggota agensi penguat kuasa di sesuatu kawasan bagi mengelakkan mereka terjebak dengan gejala rasuah. Tempoh yang paling sesuai ialah di bawah tiga tahun.

Satu sumber memberitahu, sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi secara menyeluruh dan bukannya melalui operasi bermusim.

"Kita tidak boleh membiarkan penyelewengan itu berterusan kerana ia bukan sahaja tidak adil kepada kumpulan sasaran tetapi juga paling penting boleh membawa kesan buruk kepada ekonomi negara," katanya.

Segera hadapkan 'pengkhianat' ke mahkamah

Posted: 23 May 2014 12:03 PM PDT

KUALA LUMPUR 23 Mei - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengumumkan pembentukan Gagasan Anti Seleweng Subsidi (GASS) bagi membantu kerajaan memerangi penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi yang mengakibatkan negara mengalami kerugian puluhan juta ringgit.

Gabungan NGO itu yang antaranya terdiri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah dan Orang Muda Banteras Korupsi (Ombak) mengambil langkah berkenaan kerana mahu isu tersebut ditangani segera bagi mengelakkan lebih banyak kerugian kepada negara.

Mereka sepakat menggerakkan kekuatan ahli masing-masing di seluruh negara sebagai sukarelawan dan menyalurkan bukti kepada pihak berkuasa untuk bersama-sama membanteras penyelewengan bahan bakar itu.

Jurucakap kumpulan tersebut, Ruslan Kassim berkata, GASS komited membantu kerajaan supaya lebih proaktif dalam menangani isu penyelewengan berkenaan yang berleluasa sehingga peruntukan subsidi tidak sampai kepada golongan sasar.

"Kita sudah mengumpul senarai lebih 80 NGO daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai gabungan ini supaya mereka dapat menggerakkan ahli masing-masing dalam memantau dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

"Satu mesyuarat akan diadakan bersama NGO-NGO terlibat pada minggu depan untuk membentangkan gerak kerja dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan komitmen GASS membantu kerajaan mencapai matlamatnya," katanya dalam sidang akhbar mengenai pembentukan gabungan itu di sini hari ini.

Yang hadir sama, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah; Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong dan Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli.

Sementara itu, Ruslan berkata, GASS sangat kecewa dengan sikap sesetengah penjawat awam yang mendalangi kegiatan penyelewengan petrol dan diesel bersubsidi seperti didedahkan akhbar ini baru-baru ini.

Sehubungan itu tegasnya, gabungan berkenaan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyegerakan dan mengemukakan hasil siasatan kepada Jabatan Peguam Negara agar mereka yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan itu dapat diheret ke muka pengadilan.

"Penjawat awam yang terlibat adalah pengkhianat negara kerana membantu sindiket-sindiket haram bermaharajalela," katanya yang juga merupakan Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan.

Sementara itu, Azwanddin berkata, SPRM dicadangkan meletak anggotanya di dalam semua agensi penguat kuasa untuk membuat pemantauan berhubung salah laku jika mereka bersubahat dalam kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Dalam hal ini, katanya, suruhanjaya tersebut perlu bertindak secara lebih proaktif dalam menangani masalah berkenaan.

Lum Yong pula menyifatkan sudah tiba masanya kerajaan memikirkan dengan telus satu mekanisme dan formula bagi menghapuskan aktiviti tersebut secara lebih berkesan.

"Peruntukan subsidi adalah bagi membantu rakyat tetapi tidak sampai kepada golongan sasar dan disalahgunakan. Perkara tidak boleh dibiarkan berterusan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar