{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Kawal selia projek perumahan di Johor

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Abd. Latiff Bandi

JOHOR BAHRU 9 Mei - Lembaga Perumahan Johor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi bakal menjadi satu badan yang akan mengawal selia pembangunan perumahan yang dijalankan di negeri ini dalam pelbagai aspek.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, lembaga itu juga mampu menjadi penghubung agensi terlibat sekali gus memudahkan proses berkaitan pembangunan perumahan.

Menurutnya, menerusi lembaga itu juga segala perancangan pembangunan perumahan seperti rumah jenis apa yang akan dibina dapat dikawal selia, namun kebenaran merancang masih perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Maklumat terperinci mengenai lembaga itu kita kena tunggu selepas ia diluluskan," katanya selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perancangan Wilayah dan Bandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Amran Hamzah.

Lebih 150 peserta dari pelbagai negara antaranya Nigeria, Australia, India dan Indonesia menyertai seminar selama tiga hari yang akan membincangkan pelbagai topik berkaitan perancangan pembangunan yang berkesan.

Abd. Latiff menambah, usul mengenai penubuhan lembaga itu akan dibuat pada sidang dewan undangan negeri pada Jun ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, beliau berkata, permohonan perumahan mampu milik secara dalam talian menerusi laman web erumah.johor.gov.my mendapat sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan bulan lalu.

Tambahnya, lebih 6,000 penduduk di negeri ini sudah membuat permohonan menerusi laman web itu.

Sistem ini amat memudahkan orang ramai membuat permohonan selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan kerana ia membantu kita mengetahui jumlah keperluan rumah yang diperlukan rakyat," katanya.

Penoreh kesal diarah keluar dari rumah PPRT

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Mohd. Ali Abdul Wahab menunjukkan dokumen kebenaran pemilik tanah bagi membina rumah di atas tapak berkenaan sewaktu ditemui di rumah rakannya di Pekan Air Panas, Labis, semalam.

LABIS 9 Mei - Seorang penoreh getah di Pekan Air Panas kesal kerana diarahkan keluar dari rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang didiami oleh pemilik tanah sejak hampir dua tahun lalu.

Mohd. Ali Abdul Wahab, 42, berkata, permohonannya untuk mendapatkan sebuah rumah PPRT pada tahun 2010 telah diluluskan dan disebabkan tidak memiliki tapak, rumah tersebut dibina di atas tanah seorang penduduk kampung dengan kebenaran pemilik tanah tersebut.

Namun selepas dua tahun mendiami rumah tersebut, saya diarahkan oleh pemilik tanah tersebut untuk mengosongkan rumah tersebut dalam tempoh sebulan tanpa sebarang alasan.

Sejak keluar dari rumah tersebut hampir setahun lalu, saya terpaksa menumpang di rumah seorang rakan yang simpati dengan nasib malang yang menimpa kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pekan Air Panas di sini baru-baru ini.

Menurut Mohd. Ali, dia dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan hasil upah menoreh getah penduduk kampung, dia bukan sahaja tidak mampu untuk membayar sewa rumah malah turut mengalami kesulitan menanggung perbelanjaan persekolahan anaknya.

Dia berharap pihak berwajib dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya kerana dia bimbang dengan masa depan mereka sekiranya pemilik rumah yang ditumpangi berniat untuk menyewakan rumah tersebut nanti.

Mohd. Ali berkata, dia masih menyimpan semua dokumen berhubung kebenaran pemilik tanah kepadanya membina rumah di atas tanah tersebut dan mendakwa perkara tersebut diketahui semua pihak terlibat ketika itu.

Kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab membantu saya dengan meluluskan permohonan memiliki rumah PPRT, tetapi saya kesal hak kami sekeluarga untuk menduduki rumah tersebut dinafikan. Saya harap pihak berkaitan dapat menilai kembali kedudukan saya termasuk menimbangkan untuk membina sebuah rumah PPRT lain," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat