Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN Tengku Adnan Tengku Mansor menyerahkan sumbangan kepada Poh Sew Lin , salah seorang mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul, pada majlis penyampaian bantuan di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAKARIA IDRIS KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerajaan tidak menolak permohonan mana-mana individu berkelayakan untuk mendapatkan rumah bantuan khususnya Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota. Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebaliknya tawaran hanya dibuat berdasarkan kekosongan mengikut kawasan tertentu. Menurutnya, hasil semakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati kekosongan banyak terdapat di PPR Bukit Jalil. Mungkin ada yang ditawarkan PPR Bukit Jalil berasakan ia terlalu jauh dan tidak bersedia berpindah. Saya sudah ke sana. Lokasinya cukup strategik. Bas pengantara untuk ke stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil juga sudah disediakan. Malah stesen Transit Aliran Massa (MRT) juga dalam proses pembinaan berhampiran PPR berkenaan," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada 24 keluarga termasuk dua beradik bujang yang menjadi mangsa kebakaran di Kampung Kovil Hilir Sentul pada 3 Mei lalu. Mangsa yang terlibat menerima bantuan kewangan dan tawaran rumah baharu oleh DBKL. Yang hadir sama, timbalannya, Datuk Dr. Bala Loga Mohan Jaganathan, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz dan Ketua Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Roslan Hassan. Beliau berkata, selain peruntukan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga dan RM300 untuk dua beradik bujang itu, mangsa turut ditawarkan rumah di PPR Bukit Jalil. Manakala, dua beradik itu ditawarkan rumah di PA Negeri Sembilan. Tambah Tengku Adnan, kerajaan pusat sentiasa prihatin dan akan terus membantu rakyat yang menghadapi bencana tanpa mengira agaman, bangsa dan kaum. Kita tetap bantu mangsa di sini, walaupun mereka tinggal di atas tanah persendirian. Saya harap mereka bersabar dan jangan bimbang kerana kerajaan akan membantu meringankan beban mereka, termasuk proses pemindahan ke rumah-rumah yang disediakan," katanya. |
Kerja pembaikan paip pecah siap-MRT Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT KUALA LUMPUR 9 Mei - Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang menyebabkan penutupan di Jalan Bukit Bintang menghala ke pusat beli-belah Pavilion, di hadapan Ruang Pameran Audi dan Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak di antara persimpangan Jalan Conlay serta Jalan Imbi siap sepenuhnya pada hari ini. Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) memaklumkan, kerja-kerja pembaikan itu melibatkan lencongan paip ke tepi Jalan Bukit Bintang. Ia berikutan insiden yang berlaku pada Selasa lalu, mengakibatkan kejadian mendapan tanah di Jalan Bukit Bintang berdekatan persimpangan Jalan Imbi. Kejadian paip pecah ini adalah kali kedua. Selain pembaikan paip pecah, turut dilaksanakan kerja-kerja berkaitan pemindahan utiliti. Ini perlu dilakukan sebelum kerja-kerja pemadatan dan pengisian tanah serta pembaikan jalan dibuat," kata MRT Corp dalam kenyataan di sini. Tambah kenyataan itu, sehubungan itu penutupan Jalan Raja Chulan menghala ke Jalan Tun Razak dan Jalan Bukit Bintang menghala pusat beli-belah Pavilion akan dilanjutkan. |
Dua penjenayah pecah premis ditahan Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT KLANG 9 Mei - Polis menahan dua lelaki yang sedang memecah masuk sebuah premis di Jalan Batu Tiga Lama, Kapar di sini awal pagi ini. Ketika ditahan pada pukul 2.45 pagi, dua suspek berkenaan bersama dua lagi rakan mereka yang berusia 30-an sedang sibuk memunggah sebuah kontena berisi kamera litar tertutup (CCTV) dan mesin pencetak yang dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, terdahulu, pemilik premis berkenaan telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh seorang kenalannya melalui panggilan telefon. Beliau berkata, pemilik premis berkenaan bergegas ke tempat kejadian dan memaklumkan kejadian pecah masuk kepada pihak polis yang sedang mengadakan sekatan jalan raya ketika dalam perjalanan ke premis itu. Beberapa anggota polis bertugas telah mengikut pemilik premis ke tempat penyimpanan kontena tersebut. Ketika serbuan dibuat, dua suspek berjaya melarikan diri dan dua lagi ditahan. Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan turut mempunyai rekod jenayah lampau dan gerakan menahan dua lagi suspek sedang giat dijalankan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Kapar di sini hari ini. Tambah Mohd. Shukor, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 397 akta sama. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |