Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Johor lancar kempen Anti Sampah Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY JOHOR BAHRU 15 Mei - Usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga kebersihan akan dibuat secara berterusan oleh kerajaan negeri memandangkan kapasiti sampah yang terhasil bertambah setiap hari dan dijangka meningkat kepada 30,000 tan sisa pepejal menjelang 2020 di seluruh negara. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, program kempen Anti Sampah 2014 merupakan antara usaha tersebut dengan harapan masyarakat mengambil berat terhadap kebersihan alam sekeliling khususnya sisa pepejal. Kita harap akan dapat mendidik masyarakat menjaga kebersihan khususnya di persekitaran tempat tinggal mereka dan juga kawasan awam. Kita juga mahu mendidik mereka mengenai amalan kitar semula." Kesedaran masyarakat mengenai amalan ini masih berada pada tahap sederhana berikutan mereka masih mencampur-aduk semua jenis sampah tanpa mengasingkan benda yang boleh dikitar semula," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Anti Sampah 2014 di Jalan Wong Ah Fook di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Datuk Bandar Johor Bahru, Abd Rahman Mohamed Dewam dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Asri Amat. Sempena majlis itu, Abd. Latiff melancarkan pasukan penguatkuasa PPSPPA yang akan memantau kawasan yang disyaki menjadi tempat pembuangan sampah longgok yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Abd Latiff berkata, sampah yang tidak diasingkan akan menyebabkan berlaku kelewatan jadual kutipan sampah kerana kerja pengasingan sampah perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum diangkut ke dalam lori. Walaupun pihak PPSPPA sudah melaksanakan penjadualan sampah menerusi sistem 2+1, namun masyarakat masih gagal memanfaatkan sistem terbabit kerana tidak mengasingkan antara sampah boleh kitar semula, sampah biasa dan sampah pukal," katanya. Menyentuh mengenai sampah longgok, Abd Latiff berkata, perkara tersebut sering berlaku di kawasan taman perumahan dan industri namun kini merebak ke kawasan kampung khususnya di luar kawasan operasi dan seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT). |
Penerbangan terus Pontianak-JB Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT Oleh NURUL HUDA HASSAN Heny Kurniawan (duduk kiri) dan Safuan Basir (duduk kanan) menandatangani perjanjian kerjasama dan disaksikan oleh Tee Siew Kiong (tengah) dalam Majlis Pengumuman Penerbangan Sulung Xpress Air dari Pontianak, Indonesia ke Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/NURUL HUDA HASSAN JOHOR BAHRU 15 Mei - Usaha memperkenalkan laluan baharu dari Pontianak, Indonesia ke negeri ini menerusi syarikat Xpress Air Indonesia (Xpress Air) diyakini mampu merancakkan kemasukan pelancong asing terutama dari Indonesia ke Johor. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pemilihan Johor oleh syarikat penerbangan dari Indonesia itu mampu memberi impak hebat dalam memperkenalkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan. Menurutnya, pelbagai tawaran yang mampu diberikan negeri ini seperti pelancongan menerusi Legoland Malaysia, pemilihan institusi pendidikan selain pelan- congan perubatan menjadi daya tarikan pelancong asing ke negeri ini. Dianggarkan sebanyak 2.1 juta pelancong Indonesia berkunjung ke Johor tahun lepas dan kita sasarkan peningkatan sebanyak 10 hingga 20 peratus tahun ini sejajar dengan adanya penerbangan terus Pon- tianak-Johor Bahru. Kita akan terus memperhebatkan usaha mempromosi negeri ini dengan pelbagai tawaran menarik," kepada pemberita pada majlis pe- ngumuman penerbangan sulung Xpress Air dari Pontianak, Indonesia ke Johor Bahru di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Xpress Air, Heny Kurniawan; Pengarah Jabatan Pelancongan Johor, Dr. Badrul Hisham Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd., Safuan Basir. Siew Kiong berkata, kemasukan rakyat Indonesia ke negara ini kini bukan sahaja untuk mencari pekerjaan, malah mereka ada di kalangan mereka juga yang datang sebagai pelancong, ahli perniagaan dan juga penuntut di kolej-kolej swasta. Sehubungan itu katanya, pasaran Indonesia bakal menjadi antara tumpuan penting industri pelancongan negeri ini dengan kewujudan permintaan serta pengenalan penerbangan baharu dari semasa ke semasa ke Johor kebelakangan ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |