{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Sedia rintis projek tani inovasi

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (empat dari kiri) melawat ruang pameran MARDI selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Kupang di Kampung Pasir Gudang Baru, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU 11 Mei - Johor bersedia menjadi perintis kepada sebarang projek pertanian berinovasi yang ingin dijalankan kerajaan sekali gus menjadi negeri pertama menjayakan usaha yang digerakkan dalam bidang tersebut.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjalankan apa-apa program pertanian itu.

Menurutnya, kesediaan itu juga adalah bagi memastikan negeri ini mampu kekal sebagai pengeluar utama makanan negara di masa akan datang termasuk tidak boleh lari daripada memperkenal dan mengaplikasikan inovasi dalam pertanian.

Biarpun kita mengenai pembangunan Iskandar Malaysia serta minyak dan gas, namun saya suka beri penekanan bahawa pertanian juga akan diberi perhatian seiring dengan pembangunan sektor lain.

Justeru, kita bersedia bekerjasama dengan kementerian bagi menjayakan usaha itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah pusat pengumpulan dan pemprosesan kupang di Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.

Pusat tersebut yang dibina dengan kos RM410,000 dijangka dapat memproses sebanyak 1,716 tan kupang setahun sekali gus diharap mempertingkatkan pendapatan penduduk setempat.

Mohamed Khaled berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat itu, kerajaan negeri bersedia menjadikan Segamat sebagai daerah yang asas pembangunannya berlandaskan kepada industri asas tani dan usaha itu sedang digiatkan

Tambahnya, tiga pihak iaitu kementerian, Johor Corporation (JCorp) dan Johor Biotechnology & Biodiversity Corporation (J-BioTech) sedang menjalankan kajian bagi menterjemahkan usaha yang ingin dilaksanakan kerajaan negeri di Segamat.

J-Biotech juga sedang jalankan kajian bidang apa yang boleh dijayakan menerusi industri bioteknologi, saya yakin mereka akan dapat merancang sesuatu dalam masa terdekat," ujarnya.

Ubah sikap tidak ambil tahu harga barang

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

HALIMAH Mohamed Sadique bersalaman dengan pemimpin masyarakat pada Program Taklimat GST Parlimen Tenggara di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini.

KOTA TINGGI 11 Mei - Budaya tidak mahu ambil tahu tentang harga barang dalam kalangan masyarakat perlu dikikis menjelang pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, hal demikian kerana kebanyakan daripada masyarakat sekadar membayar tanpa mengambil tahu nilai atau harga barangan yang dibeli.

Apabila seseorang itu maklum tentang perkara tersebut maka secara tidak langsung mereka juga akan tahu berapa banyak cukai yang telah dibayar. GST bukan cukai tambahan sebaliknya satu struktur baharu cukai yang menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan.

Kadar pelaksanaan GST mulai tahun 2015 adalah pada enam peratus dan merupakan yang terendah di Asia Tenggara berbanding Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina yang mengenakan kadar GST sebanyak 10 peratus manakala di Singapura dan Thailand pada kadar tujuh peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Taklimat GST Parlimen Tenggara anjuran Pejabat Daerah Kota Tinggi dengan kerjasama Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) dan Jabatan Penerangan Daerah Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman; Yang Dipertua MDKT, Hasrin Kamal Hashim; Pegawai Penerangan Daerah Kota Tinggi, Ishak Hassan dan Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Jamaludin A Hamid.

Sementara itu, Noorazam yang ditemui berkata program tersebut akan dikembangkan di peringkat akar umbi supaya dapat menjadi satu sistem dan gaya hidup masyarakat.

Mungkin ada yang rasa taklimat ini tidak penting kerana bersifat taklimat jabatan dan belum sampai masanya untuk ambil tahu. Tanggapan tersebut perlu dibuang kerana sebagai rakyat kita perlu ambil berat dan ambil tahu berkenaan GST.

Melalui taklimat seperti inilah dapat memberi persediaan kepada kita dalam berdepan dengan keputusan yang dibuat kerajaan," katanya.

Jeti Sungai Rambah akan punyai pusat jualan ikan segar

Posted: 11 May 2014 12:25 PM PDT

PONTIAN 11 Mei - Jeti Sungai Rambah dekat ini yang sinonim dengan keenakan mi udang akan mempunyai tarikan tambahan dengan cadangan membina pusat jualan ikan segar yang diusulkan kerana mengambil kira kedatangan orang ramai yang ingin mendapatkan bekalannya pada setiap hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Suhaimi Salleh berkata, walaupun Persatuan Nelayan Rambah menyediakan ruang untuk nelayan melakukan urusan jual beli, namun ia perlu dinaik taraf dari segi kemudahan serta ruang yang lebih besar.

Dengan kedudukan di laluan utama pelancongan Pontian, pusat jualan segar boleh menarik pelawat yang datang ke Pontian termasuk warga Singapura terutama pada hujung minggu. Kami akan memajukan cadangan ini kepada pihak berkenaan bagi membangunkan sebuah pusat jualan ikan segar termasuk hasil laut lain.

Turut disediakan ialah kemudahan menyimpan ikan selain menawarkan perkhidmatan pembungkusan bagi hasil-hasil laut supaya ia sentiasa segar bagi perjalanan yang jauh," katanya kepada pemberita selepas melawat sebahagian jeti yang runtuh di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Nelayan Rambah, Mohamad Marto; Ketua Kampung Kawasan (4) Mukim Rimba Terjun, Sanusi Parto dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tanjung Piai, Zarina Mohd. Bain.

Menurut Suhaimi, pembangunan secara bersepadu kelak mampu memberikan nilai tambah kepada kawasan Sungai Rambah yang turut mempunyai tarikan Muzium Bugis manakala kawasan pantainya sering dikunjungi bagi melihat matahari terbenam.

Pihak persatuan perlu mengenal pasti ahli-ahli untuk menyertai pusat jualan ikan segar bagi membantu mereka menjual terus hasil tangkapan. Bagi mereka yang bergantung kepada peranan orang tengah disebabkan masalah hutang, usaha perlu dilakukan dengan bantuan dari agensi seperti Tekun, Bank Agro dan sebagainya," ujarnya.

Menyentuh mengenai jeti yang runtuh itu, Suhaimi memberi jaminan untuk membaikinya dalam tempoh sebulan menggunakan peruntukan di bawah projek kecil pembangunan Pejabat Daerah Pontian.

Oleh itu katanya, beliau akan berbincang dengan Pegawai Daerah Pontian bagi membolehkan satu peruntukkan khas disalurkan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan jeti tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat