{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Bincang rancang pembangunan berkesan

Posted: 13 May 2014 11:56 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

ABD. Latiff Bandi (tiga dari kiri) mendapatkan info semasa melawat salah satu ruang pameran selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perancangan Wilayah dan Bandar di UTM Skudai, Johor, baru-baru ini. - UTUSAN/AMIN FARIJ HASAN

JOHOR BAHRU 13 Mei - Seramai 150 peserta dari pelbagai negara menyertai Persidangan Antarabangsa Perancangan Wilayah dan Bandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pada 9 hingga 11 Mei lalu.

Pengerusi penganjur yang juga Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina UTM, Prof. Amran Hamzah berkata, seminar itu membincangkan pelbagai topik berkaitan perancangan pembangunan yang berkesan.

Menurutnya, persidangan bertemakan Perancangan Dalam Dunia Penuh Ketidakpastian dengan sebanyak 78 kertas kerja dibentangkan antaranya penyelidik dan pakar itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Perancang Malaysia.

Menyedari kita sekarang hidup dalam dunia perbandaran yang semakin pesat mengikut proses perbandaran, kita mengambil langkah menganjurkan persidangan ini untuk menjadi platform mereka yang terlibat membincangkan perkara berkaitan.

Kita menghimpunkan mereka ini bagi menyediakan satu ruang untuk sesama kita membincangkan perkara berkenaan secara kritis," katanya ketika berucap pada majlis perasmian seminar itu yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi.

Antara speaker yang ditampilkan pada persidangan melibatkan peserta dari Nigeria, Australia, India dan Indonesia itu ialah Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Datuk Ismail Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Dr. Dahlia Rosly.

Beliau berkata, persidangan itu memfokuskan kepada beberapa aspek antaranya bandar yang menghadapi risiko, jurang antara bandar dan desa, pertumbuhan metropolitan yang inklusif dan potensi teknologi maklumat dalam perancangan inovatif.

Penganjuran persidangan ini juga adalah tepat pada waktu dan strategik kepada UTM kerana ia selari dengan usaha konsisten universiti dalam mempertingkatkan kedudukan antarabangsa melalui pelbagai pendekatan dikenalpasti.

Antaranya, melalui kualiti pendidikan, kecemerlangan penyelidikan dan inovasi, sumbangan kepada kemajuan dan pengembangan ilmu, pertalian dengan industri dan penjenamaan ke arah memenuhi keperluan pihak berkepentingan," katanya.

EduCity Iskandar tuan rumah MMA, larian malam Jun ini

Posted: 13 May 2014 11:56 AM PDT

K. Sugumaran (tiga dari kiri) bersama kakitangannya membuat gimik larian pada sidang akhbar Program Educity Sundown Malaysia dan Ultimate Beatdown Fight League di Taman Pelangi, Johor Bahru, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 13 Mei - EduCity Iskandar Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi wacara seni mempertahankan diri campuran (MMA) dan larian waktu malam yang dijangka mampu menarik kira-kira 10,000 penyertaan dan pengunjung termasuk dari negara jiran bulan depan.

Ketua Pegawai Operasi Education@Iskandar Sdn. Bhd., K. Sugumaran berkata, acara pertama ialah Ultimate Beatdown Fight League yang akan diadakan daripada pukul 6 petang hingga 11 malam pada 14 Jun.

Katanya, acara itu yang merupakan kali ke-14 diadakan di negeri ini memberi peluang kepada peminat untuk menyertai dan menonton sendiri seni mempertahankan diri campuran itu yang berlangsung di Kompleks Sukan Educity.

Acara tahun ini bakal menyaksikan 20 perlawanan membabitkan lapan atlet profesional dari negara ini termasuk Amerika Syarikat, Singapura, Filipina, India, England, Iran dan India bertarung dalam kategori flyweight, bantamweight, featherweight, lightweight dan welterweight.

Sudah pastinya para peminat seni mempertahankan diri campuran tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kehebatan Will The Kill" Chope dari Amerika Syarikat, Mostafa White Scorpion" Ashouri (Iran), Trestle JunMinions" Tan (Filipina), Garie Tang dan Nicholas Diaz" Lee dari Singapura," katanya pada sidang akhbar, di sini semalam.

Menurut Sugumaran, harga tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut adalah RM30 untuk biasa dan RM100 bagi VIP dan sebarang maklumat lanjut boleh melayari www.facebook.com/UltimateBeatdownJB.

Sementara itu, Pengurus Pembangunan Perniagaan Hivelocity Events. Sdn. Bhd., C G Lim berkata, bagi acara kedua iaitu EduCity Sundown Malaysia, acara larian pada waktu malam berasal dari Singapura itu akan bermula pukul 8 malam pada 21 Jun.

Yuran pendaftaran untuk kategori Terbuka Lelaki, Junior Lelaki dan Veteran Senior, Terbuka Wanita, Junior Wanita dan Veteran Senior bagi perlumbaan 21 kilometer (km) ialah RM90, manakala yuran penyertaan bagi kategori Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita bagi perlumbaan 12 km ialah RM70.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai larian ini bolehlah melayari www.sundownmalaysia.com," katanya.

Penglibatan IPT bangunkan projek koperasi disambut baik - Md. Jais

Posted: 13 May 2014 11:56 AM PDT

KOTA TINGGI 13 Mei - Penglibatan institusi pengajian tinggi untuk membuat usaha sama dalam membangunkan projek koperasi amat dialu-alukan kerana kerajaan negeri sememangnya memberi tumpuan serius dalam koperasi kerana ia menggalakkan komuniti saling bekerjasama antara satu sama lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, koperasi yang berjaya bukan sahaja akan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan tetapi akan memberi pulangan.

Penglibatan institusi pengajian tinggi dalam bidang koperasi juga adalah sahutan kepada seruan kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai penjana ekonomi negara ketiga selain sektor kerajaan dan swasta.

Oleh itu kita menawarkan kepada pihak universiti untuk melakukan usaha sama tersebut seterusnya menjayakan apa yang dihasratkan," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Pelancaran Program Pembangunan Komuniti Kampung Bukit Lintang anjuran bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr. Adham Baba; Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan dan Pegawai Daerah Kota Tinggi, Mohd Noorazam Osman.

Pada majlis sama beliau turut melancarkan Koperasi Usahasama Kemajuan Kampung Kota Tinggi Berhad serta melancarkan laman blog dan Facebook koperasi tersebut.

Dalam pada itu Md Jais turut menyeru masyarakat supaya mengubah persepsi terhadap koperasi dan tidak dilihat sebagai badan bukan kerajaan (NGO) semata-mata, sebaliknya menganggap ia sebagai sebuah badan perniagaan yang mampu memberi manfaat lumayan kepada ahli dan juga masyarakat sekeliling.

Bukan hanya dari segi perniagaan syarikat sahaja yang mampu menghasilkan keuntungan besar tetapi koperasi juga jika diuruskan dengan baik ia akan memberi pulangan yang baik. Kerajaan negeri kini sedang membangunkan koperasi ternakan ayam di Kota Tinggi yang menggabungkan 10 koperasi," katanya.

Ini adalah berikutan keperluan ayam yang masih tidak mencukupi meskipun telah diusahakan koperasi, kerajaan negeri juga akan melaksanakan projek baharu ternakan ayam dalam daerah ini yang bakal dirasmikan Menteri Besar," katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan negeri juga mahu membawa koperasi terlibat dalam sektor perladangan yang memberi fokus kepada kelapa sawit dengan usaha sama yang dilakukan bersama peladang seluruh negeri dan gabungan 22 koperasi serta keluasan lebih 4,400 hektar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat