Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
| Posted: 10 May 2014 06:34 AM PDT Rawatan rambut Bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut berminyak, boleh mencuba petua ini. Ambil satu sudu soda bikarbonat dan campurkan ke dalam botol syampu kamu. Kamu juga boleh menaburkan sedikit serbuk itu pada rambut kering bagi mempertahankan kemilau rambut. Serbuk putih itu juga membantu menghilangkan klorin pada rambut, selain menghilangkan pigmentasi yang disebabkan oleh kandungan klorin di dalam air. Pemutih gigi Untuk mendapatkan gigi putih tanpa perlu membelanjakan sejumlah wang yang besar, kamu boleh mencampurkan satu sudu kecil soda bikarbonat bersama sedikit garam dan air, kemudian gaulkan sehingga menjadi seperti pes gigi. Pes ini boleh disimpan selama beberapa hari. Selain digunakan untuk memutihkan gigi, ia juga berkesan untuk menyingkirkan bau mulut. Deodoran Soda bikarbonat juga berfungsi sebagai bahan antiseptik. Bagi kamu yang mengalami masalah berpeluh serta bau badan yang tidak menyenangkan, bahan ini memberikan rasa kering sepanjang hari. Pastikan bawah lengan kamu dalam keadaan kering, kemudian sapukan soda bikarbonat dengan menggunakan kapas muka lembab. Lap perlahan-lahan pada satu arah sehingga kering. Akhir sekali, pakai pakaian anda seperti biasa tanpa perlu membilas soda bikarbonat itu. Rawatan kaki Kaki yang kering dan kusam ditambah lagi dengan tumit kaki pecah membuatkan kamu berasa tidak selesa, lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Oleh itu, untuk mendapatkan kaki yang cantik, rendamkan kaki kamu di dalam air suam yang dicampur dengan soda bikarbonat. Rawatan ini membantu mengurangkan tumit retak dan kegatalan pada kaki. Soda bikarbonat merupakan salah satu ramuan yang digunakan untuk membuat kek dan kuih muih. Selain menjadi salah satu ramuan dalam masakan, serbuk berwarna putih itu juga mempunyai pelbagai kebaikan lain khusus untuk kecantikan. Tambahan pula, soda bikarbonat mudah didapati di pasar raya, selain dijual pada harga yang murah. Mari kita lihat beberapa petua yang boleh dicetuskan oleh salah satu ramuan penting bagi membuat kek ini. - FATIEHAH |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


