{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Meninggal bukan disebabkan MERS-CoV

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

KUALA LUMPUR 18 Mei - Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian seorang jemaah umrah Malaysia dalam pesawat pe-nerbangan dari Jeddah pada Jumaat lalu bukan disebabkan oleh jangkitan Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan awal hasil bedah siasat mendapati jemaah itu menghidap penyakit jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

"Jenazahnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan sampel telah dihantar ke makmal Hospital Sungai Buloh untuk menentukan punca kematian. Memandangkan jemaah itu baru pulang mengerjakan umrah, sampel juga telah diambil untuk ujian saringan bagi jangkitan MERS-CoV dan keputusannya didapati negatif.

"Keputusan awal mendapati jemaah ini menghidap pneumonia dan kini pihak kementerian sedang menunggu laporan akhir bedah siasat bagi menge-tahui punca sebenar kematiannya," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada Jumaat lalu, seorang wanita berusia 89 tahun telah mengalami kesukaran bernafas sebelum meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas mengerjakan umrah bersama tiga ahli keluarganya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, kementerian telah melaksanakan aktiviti pencegahan serta kawalan mengikut pelan tindakan yang ditetapkan ketika kejadian.

"Disinfeksi pesawat telah dijalankan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan dan saringan demam telah dilakukan ke atas semua 107 penumpang dan 12 anak kapal yang menaiki pesawat sama," katanya.

4 pelatih PLKN positif H1N1

Posted: 18 May 2014 12:36 PM PDT

Oleh MOHD RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

ALOR SETAR 18 Mei - Empat pelatih yang menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Dusun Minda Resort di Kuala Nerang dekat sini disahkan positif H1N1.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, perkara itu disahkan oleh pegawai kesihatan Daerah Padang Terap yang melakukan pemeriksaan ke atas 54 pelatih yang mengalami demam sejak dua hari lalu.

"Atas nasihat pegawai kesihatan itu, keempat-empat pelatih itu kini dikuarantin di kem berkenaan.

"Selain mereka, terdapat 50 lagi pelajar yang menjalani kuarantin akibat demam biasa dan kesihatan mereka sentiasa dipantau dari semasa ke semasa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ini terdapat lebih 320 pelatih yang sedang mengikuti program tersebut di kem berkenaan.

Selain 54 pelatih itu, kesemua pelatih yang tidak terlivat masih menjalani latihan seperti biasa.

Mengulas lanjut katanya, sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua pelatih dan jurulatih dibekalkan dengan topeng muka untuk dipakai sepanjang masa.

"Saya diberitahu esok akan ada pegawai kesihatan negeri yang turun ke kem berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut ke atas pelatih-pelatih terlibat serta menentukan tindakan seterusnya yang perlu diambil termasuk sama ada mereka perlu dibawa ke hospital atau tidak.

"Buat masa ini saya nasihatkan agar waris tidak datang melawat kerana dibimbangi turut dijangkiti. Bagaimanapun jika ada yang mahu berbuat demikian, kami tidak akan menghalang," katanya.

Difahamkan terdapat kira-kira lapan pegawai perubatan yang bertugas di kem berkenan selain dibantu pegawai kesihatan daerah Padang Terap untuk membuat pemantauan berterusan.

Sementara itu salah seorang pelatih yang hanya mahu dikenali sebagai Tan memberitahu para pelatih dimaklumkan mengenai situasi di kem itu dalam satu perhimpunan yang diadakan kira-kira pukul 5 petang.

"Kami dilarang meninggalkan kem kecuali mendapat kebenaran serta diminta agar menjaga kebersihan," katanya yang turut dimaklumkan bahawa semua aktiviti akan diteruskan sehingga diberitahu kelak.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat