Utusan Online - Kota
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kota |
Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR ACARA KL Pagi Bebas Kenderaan yang diadakan pada Ahad pertama setiap bulan di Kuala Lumpur bukan sahaja bertujuan menanamkan gaya hidup sihat, bahkan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN KUALA LUMPUR 2 Mei - Penganjuran kempen KL Pagi Bebas Kenderaan siri kelima anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan berlangsung pada Ahad ini dijangka menarik lebih 10,000 peserta. Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, keyakinan ini dilihat melalui sambutan menggalakkan yang diterima melalui beberapa siri terdahulu. Menurutnya, siri pertama yang diadakan pada 5 Januari lalu ia hanya disertai kira-kira 2,000 peserta, diikuti siri kedua ( 2,500), manakala siri ketiga dan keempat, masing-masing disertai kira-kira 3,000 dan 7,000 peserta. Selain menanamkan gaya hidup sihat, acara bulanan itu bertujuan mengurangkan kadar pelepasan karbon dioksida serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hanya sekali sebulan, rakyat diberi peluang untuk mengurangkan pelepasan karbon dengan beriadah menggunakan kenderaan awam bersama-sama rakan dan ahli keluarga," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau berkata, program ini juga merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pendirian Malaysia untuk mengurangkan pencemaran udara sehingga 40 peratus menjelang 2020. Katanya, acara pada Ahad ini lebih bermakna dengan kehadiran Perdana Menteri. Pelepasan acara tersebut akan bermula di KLCC iaitu di pintu gerbang Bukit Bintang Kuala Lumpur City Centre (BBKLCC) di Jalan P. Ramlee bersebelahan pinggiran KLCC. Selaku penganjur PKBM dan DBKL turut menjemput peserta untuk bersarapan di Menara Satu dan Menara 2 KLCC selepas acara tamat pada pukul 9 pagi," katanya. Beliau menambah bagi menjayakan kempen itu, beberapa jalan ditutup kepada kenderaan bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi. Saya percaya kempen seumpama ini mampu mencetuskan minat kalangan warga kota untuk menggunakan basikal sebagai pengangkutan pilihan utama. Kita akan terus memberi perhatian untuk menggerakkan minat masyarakat daripada kanak-kanak hingga dewasa untuk menyertai acara ini," katanya. |
GST: Ikhlas sedia bantu kerajaan beri penerangan Posted: 02 May 2014 11:28 AM PDT KUALA LUMPUR 2 Mei - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) bersedia membantu kerajaan memberi penerangan mengenai pelaksanaan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada rakyat, terutama peniaga-peniaga sekitar ibu kota bermula bulan ini. Presiden Ikhlas, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, langkah itu perlu bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham rakyat mengenai cukai tersebut yang sebenarnya memberi impak positif kepada ekonomi negara. Menurutnya, pelaksanaan cukai tersebut perlu disokong oleh rakyat namun disebabkan kurangnya pendedahan mengenai tujuan dan kebaikan, ia menjadi sebaliknya. Jika kita kaji terdapat empat kebaikan yang bakal diperoleh melalui pelaksanaan GST iaitu kelancaran sistem pungutan cukai, penambahan jumlah pendapatan negara, pungutan cukai secara menyeluruh dan bayaran berimbang oleh kerajaan. Rakyat sebenarnya tidak tahu tujuan sebenar ia diwujudkan bagi mereka cukai hanya akan membebankan kehidupan mereka. Ini tidak benar kerana apabila wujud GST syarikat-syarikat gergasi tidak akan dapat lari daripada membayar cukai dan cukai inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengenai GST di sini hari ini. Mengulas mengenai perhimpunan membantah GST di ibu negara semalam, Mohd. Ridzuan berkata, tindakan tegas perlu diambil oleh kerajaan terhadap individu yang menyertai perhimpunan tersebut. Katanya, perhimpunan itu bukan sahaja menyebabkan kekacauan bahkan kerugian terpaksa ditanggung peniaga. Sementara itu, wakil peniaga di Jalan Masjid India, Datuk Bashir Mohd. Sardar Husin berkata, perniagaan mereka terjejas teruk sehingga 80 peratus akibat perhimpunan itu. Setiap kali perhimpunan haram diadakan, perniagaan kami terjejas teruk. Kami berharap kerajaan tidak lagi memberi muka kepada golongan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |