{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


UKSB bawa Dollah Salleh ke PBAKL

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Dollah Salleh (duduk) mengagihkan bola yang ditandatanganinya kepada pengunjung bertuah yang membeli buku Pesta Piala Dunia 2014 di gerai UKSB sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB) mengambil inisiatif membawa bekas bintang bola sepak kebangsaan, Dollah Salleh di gerai jualannya bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2014 yang masuk hari kelapan hari ini.

Pengarang Kanan Unit Majalah Umum UKSB, Zulkarnain Zakaria berkata, pendekatan itu diambil untuk mengajak lebih ramai pengunjung singgah dan membeli buku-buku keluaran UKSB termasuk mempromosikan buku Pesta Piala Dunia 2014.

Ini merupakan salah satu pendekatan yang diambil untuk melariskan jualan buku UKSB khususnya buku Pesta Piala Dunia 2014 yang kini menjadi rebutan orang ramai.

Promosi membeli buku dan menerima hadiah bola menarik ramai pengunjung ke gerai kami, katanya ketika ditemui di gerai UKSB di sini.

Tambah Zulkarnain, kaedah promosi sedemikian juga mampu menerapkan minat pengunjung khususnya golongan belia terhadap sukan bola sepak.

Kami cuba menanamkan sikap suka bersukan khususnya bola sepak kepada semua pengunjung yang hadir baik golongan muda mahupun kanak-kanak, katanya.

Sementara itu, Dollah yang kini merupakan jurulatih PDRM menyifatkan pendekatan UKSB itu mampu mengajak lebih ramai masyarakat untuk meminati sukan bola sepak selain melariskan jualan buku terbitan khas mengenai kejohanan bola sepak terbesar itu.

Saya kira, tindakan UKSB tepat pada masanya kerana Piala Dunia akan berlangsung tidak lama lagi dan buku ini mampu memberikan pengetahuan umum, katanya.

Pelajar tingkatan empat dirogol kekasih

Posted: 03 May 2014 11:25 AM PDT

Oleh UMU HANI ASSAIDAH ABDULLAH
kota@utusan.com.my

SABAK BERNAM 3 Mei - Hasrat seorang pelajar tingkatan empat mahu berseronok dengan teman lelaki hingga sanggup ponteng sekolah bertukar menjadi detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol di sebuah rumah di Sungai Besar di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa yang berusia 16 tahun dipercayai dirogol lelaki tersebut antara pukul 8 hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana keluar bekerja.

Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk menjerat mangsa dengan membawanya ke rumah dan kemudian bertindak merogol mangsa yang baru dikenali kira-kira sebulan lalu.

Perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya selepas seorang rakan mangsa menghubunginya yang memaklumkan remaja berkenaan tidak ke sekolah, katanya di sini hari ini.

Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan, tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.

Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan, ujar Noor Mushar.

Kakak mangsa kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam.

Polis menahan reman suspek yang bekerja sebagai mekanik sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat