Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Penuntut Malaysia di Bandung dirogol Posted: 19 May 2014 07:18 PM PDT BANDUNG 20 Mei - Seorang penuntut Malaysia mendakwa diperkosa seorang lelaki tidak dikenali pada Sabtu lalu. Penuntut Universiti Padjadjaran (Unpad) itu mendakwa disapa oleh lelaki itu ketika mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tidak jauh dari rumah sewanya. Jurucakap universiti berkenaan, Soni A. Nulhakim yang dipetik daripada portal berita detik.com memberitahu, lelaki itu memanggil mangsa seolah-olah mengenalinya, tetapi tidak dijawab oleh penuntut itu kerana tidak mengenali lelaki tersebut. "Lelaki itu kemudian bertindak ganas menekup mulut mangsa dan mengheretnya ke kereta. Selepas itu mangsa tidak ingat apa-apa lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE |
Felda sedia hadapi jangkaan permintaan besar Lulu Hypermarket Posted: 19 May 2014 06:43 PM PDT ABU DHABI 20 Mei - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Felda, yakin mampu menyalurkan bekalan yang mencukupi dalam menghadapi permintaan besar Lulu Hypermarket, kata Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Samad. Melalui kerjasama dengan Lulu Group International, pemilik 20 Lulu Hypermarket di Emiriah Arab Bersatu (UAE), membolehkan Felda menjual produk jenama Felda Best di pasar raya tersebut. Selain membekalkan produk kepada pasaran Lulu Hypermarket di UAE, Felda juga bakal membekalkan barangannya dalam negara untuk 10 Lulu Hypermarket, yang akan dibuka di Malaysia seawal 2016. Isa berkata kini terdapat lebih 20,000 pengusaha Felda, yang terdiri daripada kalangan peneroka, terlibat dalam pelbagai aktiviti pengeluaran. "Sebahagian usaha mereka ini akan digabungkan dan diletakkan di bawah satu bumbung bagi menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran. Teknologi moden akan digunakan," katanya kepada media selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan Lulu Group International, di sini pada Isnin. Acara itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Semalam, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Lulu Group akan mengimport barangan dari Malaysia bernilai kira-kira US$34 juta tahun ini dan US$50 juta tahun depan. Isa berkata, pada peringkat awal tujuh produk makanan sejuk beku jenama Felda Best sudah pun mula dijual di Lulu Hypermarket mulai bulan ini. Difahamkan penghantaran stok sudah dilakukan, dan akan berterusan setiap dua bulan dan menyasarkan untuk menghantar 14 kontena sepanjang tahun hadapan. Isa berkata Tapioca Cake (Getuk Ubi) keluaran Felda Best merupakan produk yang mendapat permintaan paling tinggi di Timur Tengah. Namun, produk-produk lain yang memenuhi cita rasa, turut dihantar termasuk Aloo Curry Puff (Karipap Kentang), Aloo Fried Bun (Pau Goreng Kentang), Red Bean Fried Bun (Pau Goreng Kacang Merah), Sweet Potato Cake (Cucur Badak), Sambal Fried Bun (Pau Goreng Sambal) dan Doughnut (Donut). Selain itu katanya, buah-buahan tempatan juga bakal dipasarkan ke UAE melalui Lulu Hypermarket, termasuk Cavendish Banana (Pisang Cavendish), Golden Melon, MD2 Pineapple (Nanas MD2) dan Jackfruit (Nangka). Berpangkalan di UAE, Lulu Group mempunyai 109 pasar raya di sembilan negara dengan purata 600,000 pembeli sehari. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |