Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Tentera Thailand beri amaran kepada pengguna internet Posted: 20 May 2014 10:29 AM PDT BANGKOK 21 Mei - Tentera Thailand semalam memberi amaran kepada komuniti atas talian (online) supaya berhati-hati dengan mesej yang disampaikan dalam laman web sosial sekiranya tidak mahu laman web berkenaan ditutup, tidak lama selepas undang-undang tentera berkuatkuasa di negara ini. Laman web bangkokpost.com melaporkan, ketua tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha meminta pengendali dan pengguna laman web sosial untuk berwaspada terhadap maklumat yang boleh menyebabkan salah faham serta konflik. Pengumuman itu dikeluarkan ekoran bimbang terhadap penyebaran maklumat yang menghasut dan boleh menyebabkan keganasan berlaku. - AGENSI |
100 ditahan dalam bantahan kenaikan yuran pembelajaran Posted: 20 May 2014 10:28 AM PDT NAIROBI 21 Mei - Lebih 100 orang ditahan di sini semalam dalam satu bantahan terhadap kenaikan yuran pembelajaran, menurut laporan polis. Bantahan yang bermula dengan aman bertukar ganas apabila orang ramai yang kebanyakannya pelajar universiti tempatan mengganggu laluan trafik dan merompak beberapa penunggang motosikal sehingga memaksa penjual menutup kedai kerana bimbang barangan mereka dirampas. "Kami telah menahan lebih 100 orang penunjuk perasaan, tetapi sebahagian daripada mereka telah dibebaskan," kata pegawai polis, Paul Wanjama. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |