Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Dua penyokong Mursi maut dalam pertempuran dengan polis Posted: 23 May 2014 12:51 PM PDT KAHERAH 24 Mei - Sekurang-kurangnya dua orang terkorban dan tiga lagi cedera, selepas berlaku pertempuran di antara penyokong bekas Presiden Mohammed Mursi dengan polis semalam, ketika berlangsungnya tiga perarakan pro-Mursi di Fayoum, kira-kira 85 kilometer dari Kaherah. Agensi berita Xinhua melaporkan, dalam perarakan itu penyokong Mursi turut bertindak menyerang sebuah pejabat pos sehingga tercetusnya konfrontasi dengan anggota polis dengan penduduk setempat. Kejadian tersebut berlaku menjelang pilihan raya Presiden Mesir, yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini, antara bekas ketua tentera, Abdel Fattah al-Sisi dengan pemimpin berhaluan kiri, Hamdeen Sabahy. - Agensi |
21 terkorban, di bom penentang kerajaan. Posted: 23 May 2014 12:50 PM PDT DAMSYIK 24 Mei - Tindakan kumpulan penentang kerajaan melancarkan serangan bom mortar ke atas penyokong Presiden Bashar al-Assad, yang sedang berkempen untuk Presiden itu menjelang pilihan raya, mengakibatkan 21 orang terkorban, semalam. Kumpulan pemantau hak asasi manausia Syria berkata, serangan tersebut berlaku di bandar Daraa, selatan negara ini, yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang tercedera. "Kanak-kanak merupakan antara mereka yang menjadi mangsa dalam serangan yang kali pertama dilancarkan terhadap penyokong Bashar, semenjak kempen pilihan raya bermula bulan ini," jelas kumpulan itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |