{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Luar Negara

Posted by Admin

Utusan Online - Luar Negara


Pakistan bebaskan 151 tahanan India

Posted: 25 May 2014 10:09 AM PDT

ISLAMABAD 25 Mei - Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif semalam mengarahkan pembebasan 151 tahanan penjara India berikutan lawatan bersejarah beliau ke New Delhi untuk menghadiri majlis angkat sumpah Narendra Modi sebagai Perdana Menteri India.

Tindakan Islamabad membebaskan tahanan penjara yang kebanyakannya nelayan yang didakwa memasuki kawasan perairan Pakistan secara haram itu disambut baik oleh India yang disifatkan sebagai langkah diplomatik sehari sebelum majlis berkenaan.

Jemputan Modi kepada Nawaz untuk menghadiri majlis angkat sumpah itu turut disifatkan sebagai kenyataan diplomatik berani dalam usaha mengendurkan hubungan tegang antara kedua-dua negara tersebut.

Kementerian Luar India menjelaskan, Pakistan telah memaklumkan niat membebaskan tahanan itu sebagai tanda muhibah sempena pelantikan jawatan Modi. - AFP

10 maut dalam letupan bom kereta di Syria

Posted: 25 May 2014 10:07 AM PDT

HOMS 26 Mei - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dalam letupan bom kereta semalam yang menyasarkan kawasan penyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad, di sini.

"Seramai 10 orang maut dan 22 orang lagi cedera dalam serangan bom kereta di sebuah perhentian teksi di Zahraa," menurut gabenor wilayah, Talal al-Barazi, manakala Pemerhati Hak Asasi Syria melaporkan seramai 12 orang terbunuh.

Sementara itu, bom kedua meletup di daerah berlainan dan mencederakan tiga orang, namun tiada mangsa terbunuh, kata Talal. - AFP

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar