Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Singapura: Kontraktor warga India dipenjara 30 bulan dengan tiga sebatan Posted: 08 May 2014 10:51 AM PDT SINGAPURA 9 Mei - Seorang pekerja kontraktor India telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan dan tiga sebatan semalam kerana peranannya dalam rusuhan yang jarang berlaku di Singapura pada tahun lalu. Ramalingam Sakthivel, 33, merupakan orang pertama yang disabitkan dengan kesalahan melakukan rusuhan di kalangan pekerja yang terlibat dalam keganasan yang disebabkan oleh satu insiden kemalangan maut pada 8 Disember 2013, di Little India. Kejadian itu merupakan satu-satunya rusuhan yang jarang berlaku di Singapura sejak 1965. Rusuhan di Little India itu membabitkan sebahagian dari 300,000 pekerja asing dari Asia Selatan dan menyebabkan 39 pegawai cedera dan 25 kenderaan kecemasan rosak. - Agensi |
Beratus tahanan Palestin mogok lapar Posted: 08 May 2014 10:48 AM PDT BAITULMUQADDIS 9 Mei - Beratus-ratus tahanan Palestin di Israel mengadakan mogok lapar selama sehari semalam sebagai sokongan terhadap rakan-rakan mereka yang telah berpuasa selama dua minggu bagi membantah tindakan rejim Zionis memenjarakan mereka tanpa perbicaraan. "Sekurang-kurangnya seramai 90 orang telah berpuasa sejak dua minggu lalu. Hari ini beratus-ratus tahanan lain telah menyertai mogok itu selama sehari," kata jurucakap wanita Perkhidmatan Penjara Israel, Sivan Weizman. Menteri Penjara Palestin, Issa Qaraqe berkata, sekitar 120 tahanan pentadbiran mengadakan mogok lapar tersebut sehingga permohonan mereka untuk mendapatkan hak untuk dibicarakan dipatuhi. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |