Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Pasport blogger kontroversi diserah sementara Posted: 12 May 2014 12:42 PM PDT Alvin Tan (depan) dan Vivian Lee (belakang) keluar dari Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, semalam selepas dibenarkan untuk mendapatkan pasport antarabangsa mereka. - Utusan/ AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN KUALA LUMPUR 12 Mei - Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan permohonan pasangan penulis blog kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee untuk mendapatkan pasport dari mahkamah bagi membolehkan mereka menjalani satu penggambaran dokumentari di Singapura. Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 26, dan Vivian atau Lee May Ling, 25, yang diwakili peguam Chong Joo Tian supaya pasport tersebut diserahkan sementara kepada kedua-dua mereka antara 18 Mei dan 3 Jun ini. Joo Tian memberitahu, pasangan tersebut mendapat tawaran daripada syarikat Xtreme Media Pte. Ltd. di Singapura dan akan terlibat dalam penggambaran yang mengisahkan kehidupan mereka di negara itu. Sebelum ini, kedua-dua anak guam saya tidak pernah melanggar syarat-syarat jaminan yang ditetapkan mahkamah," katanya. Beliau juga memohon perintah supaya kedua-dua anak guamnya dikecualikan daripada melaporkan diri di balai polis berhampiran pada 1 Jun ini, yang merupakan sebahagian daripada syarat yang ditetapkan mahkamah sebelum ini. Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin tidak membantah permohonan pihak pembelaan supaya pasport diserahkan sementara kepada kedua-dua tertuduh, tetapi memohon mahkamah agar mengenakan syarat supaya mereka tidak memberi sebarang kenyataan berhubung perjalanan kes itu kepada pihak media di Singapura. Menjawab hal itu, Joo Tian berkata, penggambaran itu mengisahkan sepenuhnya kehidupan pasangan itu di Singapura dan tiada kena mengena dengan kehidupan mereka di Malaysia. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kedua-dua tertuduh dilarang memberi sebarang kenyataan berhubung perjalanan kes yang dihadapi mereka kepada pihak media di Singapura. Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 13 Jun ini untuk sebutan semula kes itu selepas pihak pendakwaan memohon satu tarikh lain berikutan notis rayuan yang telah difailkan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 21 April lalu, yang menggugurkan satu daripada tiga pertuduhan yang dihadapi pasangan itu. Pertuduhan itu ialah di bawah Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan iaitu memuat naik di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers, satu kandungan gambar dan komen di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013. Bagi pertuduhan pertama, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook Alvin and Vivian- Alvivi di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu satu kandungan gambar dan komen yang sama yang mengandungi logo halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut. |
Bicara kes pecah amanah 23 Jun Posted: 12 May 2014 12:42 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Mei - Mahkamah Sesyen di sini menetapkan tiga hari mulai 23 Jun ini perbicaraan terhadap Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail yang didakwa atas dua pertuduhan pecah amanah berjumlah RM49.7 juta lima tahun lalu. Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu hari ini selepas Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan, Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Mei lalu telah menolak permohonan Mohamad Salleh untuk menggantung prosiding perbicaraan. Saya bersetuju dengan pihak pendakwaan dan memerintah kes ini dibicarakan dengan segera. Kes ini dihadapkan ke mahkamah pada 2012 dan sehingga hari ini tiada sebarang perkembangan. Buang masa saja," katanya. Terdahulu, Awang Armadajaya memohon supaya mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu pada Jun ini memandangkan kes terhadap Mohamad Salleh telah lama tertangguh. Beliau juga memaklumkan, 70 saksi pendakwaan akan dipanggil serta melibatkan 1,200 dokumen. Mahkamah turut menetapkan 26 Mei ini untuk rundingan pra bicara bagi kedua-dua pihak memperlengkapkan dokumen berkaitan kes, manakala pengurusan kes ditetapkan pada 13 Jun ini. Terdahulu, peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menetapkan perbicaraan kes itu pada November ini kerana sesuai bagi masa kehadiran Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang merupakan peguam utama pihak pembelaan. Mengikut pertuduhan pertama, Mohamad Salleh, 66, didakwa menyalahgunakan RM9,758,140 milik NFCorp melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian daripada harga pembelian dua unit kondominium One Menerung, Parcel B1-1 dan B1-2, Blok B, Bangsar di sini antara 1 dan 4 Disember 2009. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |