{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Admin

Utusan Online - Mahkamah


Suami tidak setuju tuntutan fasakh Zahnita

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

Zahnita Wilson keluar dari mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam, Selangor, semalam. - UTUSAN/Mohd. Riduan Rizal Ahmad

SHAH ALAM 26 Mei - Suami model dan pelakon, Zahnita Wilson, hari ini memaklumkan kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini bahawa dia tidak bersetuju dengan tuntutan fasakh yang difailkan isterinya itu pada November tahun lalu.

Ahli perniagaan, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor, 35, yang pertama kali muncul di mahkamah turut memberitahu Hakim Syarie, Azmi Aziz, dia tidak pernah menerima notis saman berkaitan kes itu yang memintanya hadir ke mahkamah.

Bagaimanapun peguam syarie, Datuk Amli Embong yang mewakili Zahnita, 28, atau nama penuhnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson membantah dan memaklumkan telah menyampaikan notis tersebut kepada Abdul Zackery melalui penghantar saman pada 5 Disember 2013 tetapi dia enggan menerimanya.

Kata Amli, sehingga hari ini pihaknya belum menerima salinan afidavit pembelaan daripada Abdul Zackery.

Azmi kemudian bertanya kepada Abdul Zackery sama ada bersetuju atau tidak dengan tuntutan isterinya.

Ahli perniagaan itu dengan pantas menjawab tidak bersetuju, justeru Azmi menasihatkannya supaya melantik peguam bagi melancarkan prosiding kes.

Sebaliknya, Abdul Zackery berkata, tiada sebab untuknya melantik peguam selain terkejut dengan keadaan tersebut namun akan menjawab sendiri tuntutan itu.

Sehubungan itu, perbicaraan dengan keterangan Zahnita yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan pada 3 Julai ini untuk Abdul Zackery memfailkan afidavit pembelaan secara bertulis.

Pada 18 November 2013, Zahnita yang pernah membintangi filem Kuliah Cinta dan Gila-Gila Pengantin Remaja, memfailkan tuntutan fasakh terhadap Abdul Zackery selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu yang bernikah pada 3 Jun 2005 di Masjid Bandar Sri Damansara dikurniakan dua anak perempuan, Zahrafeena, 6, dan Zasharayna, 1.

Mediasi kes saman ke atas UMMB 2 Julai

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 Mei - Proses mediasi kes saman fitnah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar terhadap syarikat akhbar Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) berhubung kenyataan beliau mengenai kebebasan beragama akan diadakan di Mahkamah Tinggi di sini pada 2 Julai ini.

Peguam Azhana Mohd. Khairuddin yang mewakili Nurul Izzah memberitahu pemberita, mediasi tersebut akan dibuat di hadapan Hakim Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Jika proses mediasi itu menemui kegagalan, katanya, perbicaraan kes akan didengar selama dua hari di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng bermula 21 Ogos ini.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili UMMB selepas menghadiri pengurusan kes saman itu di kamar Hakim Siew Kheng, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu memfailkan saman tersebut pada 23 November 2012 kerana mendakwa empat artikel yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia antara 5 dan 7 November tahun yang sama sebagai memfitnah beliau.

Artikel itu disiarkan ekoran kenyataan kontroversi Nurul Izzah sewaktu menjawab soalan seorang ahli Majlis Peguam, Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? di Subang Jaya pada 3 November 2012.

Nurul Izzah selaku pihak plaintif menamakan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan UMMB sebagai defendan pertama dan kedua.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar