Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 11 May 2014 11:36 PM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS Dibina dengan skrin yang luas. PENGELUAR telefon bimbit pintar terkemuka, Samsung Electronics Co. Ltd. baru-baru ini sekali lagi tampil dengan pilihan peranti terbaharu sesuai kepada mereka yang mementingkan aplikasi gambar dan video dengan memperkenalkan gajet dua dalam satu menggabungkan fungsi kamera penuh dengan telefon pintar. Diperkenal sebagai Galaxy K zoom, model baharu ini merupakan telefon bimbit pintar yang diadun bersama teknologi kamera digital untuk menampilkan keupayaan optik sebenar dalam rekaan premium. Di samping mewujudkan kualiti profesional visual yang memberangsangkan, peranti ini turut menawarkan fungsi seperti kamera profesional bagi memastikan pengguna dapat merakam detik indah dengan kejelasan lengkap. Menurut Timbalan Presiden Kanan Perniagaan Komunikasi Mudah Alih Samsung Electronics, Sun Hong Lim, Galaxy K zoom diperhebatkan dengan teknologi lensa 10x optikal zoom yang dibina dalam bentuk fizikal lebih nipis. Ciri-ciri penting lain termasuk sensor ultra 20.7 megapiksel BSI CMOS yang memberikan imej jelas ketika pencahayaan rendah disamping penstabil imej optik (OIS) pula berfungsi bagi mengurangkan masalah kabur disebabkan oleh pergerakan. Sebagai tambahan, teknologi Xenon Flash yang dimiliki pada Galaxy K zoom memberikan cahaya lebih terang daripada LEDs bagi meningkatkan kualiti imej dengan kecemerlangan semula jadi," katanya. Dikuasakan oleh sistem operasi Android 4.4 Kitkat dengan format ISO Auto, Samsung turut memperkenalkan mod selfie yang membolehkan rakaman lebih baik dengan butang shutter mudah dicapai serta fokus pantas. Dibina dengan skrin seluas 4.8 inci HD Super AMOLED, kamera ini turut membenarkan pengguna menukarnya menjadi telefon bimbit pintar dengan rangkaian jalur lebar evolusi jangka panjang (LTE). Rekaannya juga mengintegrasikan kebolehgunaan kamera dengan menampilkan beberapa ciri khas termasuk AF/Pemisahan AE (Auto Fokus / Auto Exposure Separation) untuk pencahayaan tepat dan jelas selain mod Pro Suggest menawarkan lima penetapan turas yang dioptimumkan. Selfie Alarm yang terdapat pada Galaxy K zoom membolehkan pengguna mengambil gambar sendiri dengan mudah menerusi sensor pengesanan objek yang jelas. Di samping itu, ciri User Interface membolehkan mereka merakam gambar dan video dengan kualiti sempurna pada sebarang keadaan Samsung memastikan keperluan pengguna diituruti dengan menyediakan kesemua ciri pada siri Galazy seperti Ultra Power Saving Mode bagi mengurangkan penggunaan hayat bateri, S Health Lite untuk mengukur kesihatan dan gaya hidup serta aplikasi Studio membenarkan mereka menyunting gambar dan video dengan mudah. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai Galaxy K zoom, boleh layari laman web www.samsung.com dan peranti ini akan berada di pasaran bermula bulan ini. |
Logitech tawar aksesori khas iPad Posted: 11 May 2014 11:36 PM PDT Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD Penggunaa n aksesori untuk Airpad Air nampak lebih bergaya. Memiliki sebuah gajet pintar yang berjenama seperti iPad Air pasti membuatkan pemiliknya mahu memastikan gajet tersebut sentiasa dilindungi. Bahkan, tanpa sebarang aksesori juga menjadikan penggunaan gajet tersebut dirasakan tidak lengkap sepenuhnya. Penggunaan aksesori bagi sebarang gajet pintar sebenarnya merupakan satu pilihan. Namun jika sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memperoleh gajet pintar, pastinya anda juga mahukan peralatan tersebut bertahan lama untuk digunakan. Justeru, Logitech membawakan kepada anda perlindungan ultra ringan, ultra nipis dan fungsi baharu yang menarik untuk gajet pintar iPad Air. Tiga aksesori dihasilkan oleh Longitech khas untuk pengguna gajet tersebut bermula daripada The Logitech Ultrathin Keyboard Cover, Logitech Ultrathin Keyboard Folio dan Logitech Folio Protective Case. Menurut Pengarah Rantau Asia Tenggara Logitech, Prasenjit Sarkar, pihaknya mereka bentuk dengan penuh teliti ketiga-tiga aksesori tersebut agar benar-benar padan dan berfungsi denga baik bersama iPad Air. Berdasarkan kemahiran kejuruteraan yang jitu, kami berjaya menghasilkan aksesori yang begitu sempurna untuk digandingkan bersama iPad Air yang memiliki ciri-ciri nipis dan ringan. Bermula daripada pelindung sehinggalah kepada papan kekunci Logitech untuk iPad Air ini, semuanya direka khas dan terperinci bagi menjamin kepuasan pemiliknya," katanya. Malah katanya, ketelitian tersebut turut melibatkan pemilihan warna aksesori yang amat padan dengan warna asal iPad Air keluaran Apple tersebut. Logitech Ultrathin Keyboard merupakan papan kekunci khas yang direka dengan kelebihan sambungan bluetooth namun masih mengekalkan saiz butang kekunci yang sama seperti papan kekunci tradisional. Untuk memastikan proses menaip yang lebih sempurna, papan kekunci tersebut boleh digunakan sama ada iPad Air berada dalam kedudukan menegak mahu pun mendatar mengikut keselesaan penggunanya. Papan kekunci tersebut juga boleh dicas semula menerusi sambungan USB -mikro dan mampu bertahan sehingga tiga bulan jika dicas sepenuhnya. Bagi Logitech Ultrathin Keyboard Folio, menawarkan pengalaman menaip menggunakan papan kekunci ternipis dan teringan selain perlindungan sepenuhnya bagi iPad Air anda. Terakhir adalah Logitech Folio Protective Case merupakan lapisan pelindung tanpa papan kekunci, memiliki kelebihan kalis air, calar dan mampu menyerap hentakan dengan baik di kedua-dua belah muka. Untuk maklumat lanjut berkenaan aksesori iPad Air dari Logitech layari laman web www.facebook.com/LogitechMalaysia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |