{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Megabait

Posted by Admin

Utusan Online - Megabait


Versatil kamera kompak

Posted: 25 May 2014 11:27 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
sains@utusan.com.my

NX300 menggabungkan beberapa kemampuan prestasi menakjubkan seperti kelajuan rakaman.

Biarpun dunia masa kini dilambakkan dengan pelbagai gajet pintar yang boleh merakam gambar, namun penggunaan kamera tidak boleh dilupakan.

Antaranya adalah kamera kompak yang kini menawarkan pelbagai aplikasi canggih seperti sambungan wayarles untuk memindahkan imej, rakaman boleh dilakukan menerusi telefon pintar dan pelbagai lagi.

Persaingan sengit yang berlaku dalam dunia teknologi masa kini terutamanya fungsi sesuatu gajet itu untuk merakam imej tidak sedikit pun menjejaskan peranan kamera kompak sebagai peranti khas yang digunakan untuk mengambil gambar.

Apa yang pasti, kualiti imej yang dirakam menggunakan gajet pintar seperti telefon dan tablet tidak sebaik apa yang dirakam oleh kamera.

Segmen kamera kompak merupakan antara pilihan terbaik buat mereka yang menggilai seni fotografi namun memiliki kekangan kewangan untuk mendapatkan peranti high-end seperti kamera digital lensa tunggal (DSLR) bersama aksesorinya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Untuk mengimbangi kecanggihan dunia teknologi kini, syarikat-syarikat pengeluar kamera juga turut merubah rentak dan bersaing dalam menghasilkan barisan kamera kompak bersama pelbagai aplikasi serta teknologi yang lebih canggih.

Bermula dengan Canon Powershot G1 X Mark II, pengeluar dengan jenama ini sememangnya tidak lagi dinafikan telah mengeluarkan ratusan siri kamera kompak yang menawarkan teknologi merakam imej berkualiti tinggi.

Powershot G1 X Mark II merupakan antara barisan kamera kompak baharu yang menawarkan penderia 4.5 kali lebih besar daripada penderia satu atau 1.7 inci yang boleh kita temui di dalam kamera profesional hala dan rakam (poin-and-shoot).

Kamera itu direka lebih kecil sedikit berbanding siri sebelumnya, dilengkapi bersama lensa 24-120 milimeter (mm), F2.0 hingga 3.9 yang lebih pantas dan poin pemfokusan automatik (AF) menjadikannya amat berkuasa dalam merakamkan imej dengan kualiti yang tinggi.

Selain itu, Powershot G1 X Mark II turut menawarkan kelebihan skrin sesentuh boleh putar sehingga 180 darjah, sambungan Wi-Fi bersama Near Field Communicator (NFC).

Seterusnya, Panasonic memperkenal-kan Lumix TZ60 bersama kelebihan pencari pandangan elektronik (EVF) dan kadar pemfokusan 30 kali ganda bagi menggantikan kadar pemfokusan 20 kali ganda pada siri sebelumnya, TZ40 dan ZS30.

Lumix TZ60 juga turut memiliki kelebihan cecincin kawalan pada lensa dan kebolehan untuk merakamkan imej pada format RAW serta telah menambah baik penstabil imej dan kelajuan AF.

Biarpun TZ60 masih mengunakan optik Leica DC VARIO-ELMAR sama seperti siri sebelumnya, namun jarak panjang fokal telah ditambah baik kepada 4.3 hingga 129 mm menjadikan penggunaan pada kadar 35 mm setanding dengan 24-720mm.

Sementara itu, kadar maksimum bukaan adalah sekitar f3 hingga f3.8 dan lensa baharu kamera itu dibina menggunakan 12 kanta optikal daripada sembilan kumpulan dan boleh dioperasikan sehingga enam kumpulan ketika diperlukan.

Sebuah lagi pengeluar kamera, Fujifilm FinePix XP70 menawarkan siri kamera yang sedikit berbeza sesuai bagi mereka yang sering melakukan aktiviti lasak.

FinePix XP70 merupakan kamera kompak yang rugged, kalis air sehingga kedalaman 10 meter (33 kaki), kalis hentakan apabila terjatuh dari ketinggian dua meter dan juga kalis habuk.

Antara ciri-ciri lain adalah penderia CMOS dengan kadar 16 megapiksel, lima kali kadar pemfokusan dengan lensa 28-140mm, sambungan Wi-Fi untuk aplikasi pindahan data menerusi satu sentuhan kepada telefon pintar dan tablet, rakaman HD penuh dan juga bawah air.

Dalam pada itu Samsung pernah memperkenalkan kamera kompak yang dikenali sebagai NX300.

NX300 menggabungkan beberapa kemampuan prestasi menakjubkan seperti kelajuan rakaman.

Model berkenaan memberi tumpuan kepada teknologi lensanya yang telah dinaik taraf untuk merakamkan imej pegun mahupun video dengan format 2D dan 3D.

Lensa tersebut, NX 45mm F1.8 2D/3D merupakan lensa pertama di dunia yang dicipta untuk merakamkan imej dan video dengan format HD penuh dengan kualiti 3D yang sempurna.

Kualiti kamera kompak

Posted: 25 May 2014 11:27 PM PDT

Keanggunan Nikon 1 S2 dengan pilihan warna merah.

Ringkas dan mudah dioperasikan selain lebih ringan menjadikan Nikon 1 S2 memiliki kelebihan tersendiri.

Merupakan model baharu bagi siri S, Nikon 1 S2 mempertaruhkan kamera kompak berteknologi terkini bagi memudahkan peminat seni fotografi menghasilkan imej yang lebih berkualiti.

Biarpun bersifat kompak, namun Nikon menawarkan kelebihan lensa boleh tukar (interchangeable) bagi memudahkan pemiliknya berkarya dalam seni fotografi.

Dibina khas buat mereka yang baru mula berjinak dengan kamera lensa boleh tukar berteknologi tinggi, Nikon 1 S2 juga merupakan peneman yang terbaik buat mereka yang gemar mengembara.

Mampu menyaingi kamera digital lensa tunggal (DSLR) menerusi kelebihan pengoperasian yang ringkas serta prestasi tinggi ketika mengesan objek bergerak menjadikan Nikon 1 S2 amat berbaloi dimiliki.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran Antarabangsa dan Kumpulan Imej, Nikon Singapore Pte. Ltd., Uemura Kimito, Nikon 1 S2 merupakan gabungan gaya versatil serta kelajuan rakaman berprestasi tinggi menjadikan kamera tersebut pilihan yang tepat untuk merakamkan imej-imej yang mengagumkan.

Selain ringan dan nipis, Nikon 1 S2 juga turut datang dengan pelbagai pilihan warna yang menarik mengikut citarasa pengguna," katanya.

Dalam pada itu, Nikon 1 S2 turut dilengkapi bersama 135 poin fokus dan Nikon mendakwa kamera tersebut antara yang terpantas iaitu 20 rangka sesaat (fps) bersama kelebihan pengesan auto fokus (AF).

Aplikasi tersebut memudahkan kamera untuk merakamkan subjek yang sedang pantas bergerak dengan lebih baik dan tepat.

Malah, dengan kiraan piksel sebanyak 14.2 juta serta penderia AF CMOS kelajuan tinggi dan pemproses imej terbaharu, EXPEED 4A, Nikon 1 S2 mampu merakam imej dengan kadar cahaya yang amat minimum, terang dan jelas.

Kamera itu juga turut menyokong fungsi rakaman video dengan kadar format 1920 1080/60p HD penuh dan aplikasi rakaman imej pegun secara automatik semasa video sedang dirakam.

Antara aplikasi tersebut adalah Auto Image Capture, Fast Motion, Jump Cut dan 4-second Movie.

Model berikutnya, Nikon Coolpix P520 yang menawarkan kadar resolusi setinggi 18.1 megapiksel berserta kadar pemfokusan sebanyak 42 kali ganda membolehkan anda merakam apa juga imej bermula daripada jarak dekat (close up) kepada imej panorama dengan begitu baik.

Bagi mengelakkan imej kabur, Nikon Coolpix P520 juga memiliki pengurangan gegaran (VR) binaan dalam yang memberikan imej yang begitu terang dan jelas biarpun terdapat gangguan tersebut ketika butang rakaman ditekan.

Kadar pemfokusan yang begitu banyak pada kamera itu juga hasil penggunaan lensa yang memiliki panjang fokal bermula dari sudut luas, 24 milimeter (mm) hingga kepada super-telefoto iaitu 1,000 mm (bersama format 35 mm).

Kelebihan lensa tersebut membolehkan pelbagai sudut rakaman diambil bermula panorama sudut luas, rakaman jarak dekat yang lebih ekstrem serta rakaman makro sedekat satu sentimeter (cm).

Sony pula mempertaruhkan kamera kompak Sony ILCE-6000L yang didakwa antara pemfokusan auto terpantas dunia (0.06 saat) bersama penderia 24.3MP Exmor APS HD CMOS dengan tambahan BIONZ X.

Selain itu, Sony ILCE-6000L memiliki kaedah pengoperasian yang menyerupai kamera DSLR iaitu lensa boleh ditukar bertukar bagi mendapatkan sudut serta kualiti imej yang terbaik bagi menarik perhatian peminat fotografi.

Kamera itu juga turut dilengkapi sambungan Wi-Fi, Near Field Communicator (NFC) serta aplikasi PlayMemories Camera Apps*2.

Tidak ketinggalan Olympus, menawarkan Stylus 1 dengan kelebihan lensa 10.7 kali kadar pemfokusan dan bukaan (aperture) f2.8 untuk memudahkan merakam imej dalam keadaan kurang cahaya.

Memiliki reka bentuk serta butang kawalan berupa potongan daripada besi yang kemas, pengoperasiannya terasa amat menyakinkan di samping kualiti imej yang tidak dikrompomi.

Olympus turut mempertaruhkan teknologi iHS terbaharu menggunakan penderia CMOS 1/1.7 bagi menampung kadar resolusi yang tinggi serta kelebihan Cecincin kawalan (Control Ring) yang menjadikan kamera tersebut terasa lebih premium dan kelihatan mewah.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar