Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 04 May 2014 11:24 PM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS HTC Desire 610 PEMIMPIN global dalam inovasi telefon bimbit dan reka bentuk, HTC baru-baru ini menampilkan peranti terbaharu yang mampu memberikan pengalaman visual dan audio menakjubkan. Diperkenalkan sebagai Desire 610, telefon bimbit pintar ini dibina dengan saiz paparan 4.7 inci selain diperhebatkan menerusi teknologi eksklusif HTC seperti BlinkFeed dan BoomSound yang merupakan sebahagian daripada aplikasi pada HTC One. Beroperasi di atas platform Android dengan HTC Senser, model baru ini menawarkan prestasi pantas menggunakan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon 1.2 GHz, sementara ciri Video Highlights yang dipertingkatkan membolehkan pengguna berkreativiti secara maksimum. Menurut Presiden HTC EMEA, Philip Blair, Desire 610 menawarkan gabungan prestasi cemerlang serta hiburan terbaik khusus untuk pengguna sekali gus membuatkannya setanding dengan telefon bimbit pintar lain. Aplikasi BlinkFeed merupakan aliran langsung peribadi pada paparan skrin yang mampu mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini laman sosial, berita dan imej. Aplikasi BoomSound yang diketengahkan dengan binaan pembesar suara stereo di bahagian hadapan beserta amplifier dalam pula memberikan bunyi terbaik kepada pengguna ketika menonton video atau mendengar muzik. Desire 610 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada Mei akan datang dan bagi mereka yang berminta untuk mendapatkan maklumat lanjut layari laman web www.htc.com. |
Posted: 04 May 2014 11:24 PM PDT Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD Powershot sx700 HS Canon sememangnya sebuah nama yang tidak asing lagi bagi peminat dunia fotografi. Lambakan siri kamera digitalnya yang pelbagai menjadikan jenama ini pilihan ramai. Terbaru, Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan lima kamera kompak baharu yang terdiri daripada siri Powershot dan IXUS. Lima kamera kompak tersebut adalah PowerShot G1 X Mark II, PowerShot SX700 HS, PowerShot D30, IXUS 155 dan IXUS 145. PowerShot G1 X Mark II, merupakan siri baharu yang lebih berkuasa dan memiliki kelebihan yang lebih banyak berbanding siri sebelumnya. Kamera itu juga memiliki penderia 1.5 inci CMOS yang 4.5 kali ganda lebih besar berbanding kamera kompak biasa serta memiliki kadar piksel yang tinggi iaitu 12.8 megapiksel (3:2 aspect ratio), sembilan bilah bukaan lensa (f/2.0-3.9) dan lensa pemfokusan lima kali ganda. Kehadiran kamera kompak tersebut menjadikan proses merakam gambar menjadi semakin mudah, berkualiti tinggi malah turut menawarkan kesan-kesan khas seperti 'bokeh' yang sebelum ini hanya diperolehi menerusi kamera digital lensa tunggal (DSLR). Malah, kelebihan autofokus sebanyak 31 poin yang dicipta khas untuk memantapkan prestasi AiAF membolehkan fokus terhadap subjek yang dirakam lebih terang, jelas dan tepat. Reka bentuk PowerShot G1 X Mark II juga tidak kurang hebatnya, lebih inovatif dan mesra pengguna. Antara kelebihan lain adalah dua mod utama, pertama Rakaman Kreatif untuk memudahkan pengguna merakam enam imej yang sama namun berbeza kesan khas yang boleh dipilih daripada 46 jenis termasuk Retro, Monochrome, Special dan Natural. Aplikasi pintar tersebut akan menganalisis rakaman dan menentukan kesan khas mana yang paling sesuai untuk imej tersebut. Kedua, mod Star yang boleh digunakan untuk merakam imej pada waktu malam menerusi pilihan rakaman Star Nightscape. Menerusi mod tersebut, anda boleh merakamkan pemandangan bintang pada waktu malam (Star Trail) dan juga rakaman video pergerakan bintang (Star Time-Lapse). Terakhir kelebihan skrin boleh putar sehingga 180 darjah menjadikan kelebihan tersebut sebagai berita baik bagi mereka yang rajin merakamkan gambar sendiri (selfie). PowerShot G1 X Mark II juga turut dilengkapi bersama kelebihan capaian WiFi dan teknologi NFC membolehkan pengguna berkongsi gambar dengan pantas dengan gajet pintar lain dan bertindak sebagai alat kawalan jauh untuk merakamkan gambar menerusi aplikasi Camera Window. Seterusnya PowerShot SX700 HS yang mempertaruhkan kadar resolusi setinggi 16.1 megapiksel yang amat sesuai buat pengembara. Dua ciri utama yang diketengahkan bagi kamera itu adalah mudah alih dan kadar pemfokusan yang tinggi. Memiliki ketebalan hanya 34.8 milimeter (mm), paling nipis dalam barisan kamera kompak sirinya, PowerShot SX700 HS tidak tetap tidak berkompromi dengan kualiti imej yang dihasilkan. Malah, bahagian penggenggamnya juga diperbaiki bagi memudahkan pengguna merakam imej terutama ketika kadar fokus berada pada takat yang maksimum. Menawarkan pemproses imej Canon DIGIC 6 dan lensa pemfokusan optikal 30 kali ganda, pengguna kini mampu merakamkan imej yang terbaik biarpun daripada jarak yang jauh. Bagi mereka yang mementingkan kelasakan sesebuah kamera, anda juga boleh mencuba PowerShot D30, 12.1 megapiksel. Tanpa perlu menggunakan sebarang sarung khas untuk tujuan rakaman dalam air, PowerShot D30 boleh digunakan terus sehingga kedalaman 25 meter. Selain itu, rekaannya juga mampu menahan hentakan apabila kamera tersebut terjatuh dari ketinggian dua meter dan masih masih boleh beroperasi pada suhu di bawah negatif 10 darjah. Manakala bagi Canon IXUS 155, amat sesuai bagi mereka yang mementingkan gaya santai dan yang mahukan sebuah kamera yang mudah untuk dioperasikan. Memiliki kadar piksel sehingga 20.0 mega dan bersama gabungan pemproses imej DIGIC 4+ dan penderia CCD menjadikan proses rakaman mengunakan kadar ISO yang tinggi dapat dipercepatkan sehingga 60 peratus berbanding kamera kompak biasa. Terakhir, Canon IXUS 145, sebuah kamera kompak yang ideal buat mereka yang baharu berjinak-jinak dalam seni forografi. Menawarkan 16 megapiksel dan pemproses imej DIGIC 4+, Canon IXUS 145 juga berkemampuan merakam video HD pada kadar 720p. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |