Utusan Online - Pahang
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pahang |
Muip-Felcra teruskan kerjasama Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT ADNAN Yaakob (dua dari kiri) melihat dokumen perjanjian kerjasama antara Muip dengan Felcra sambil diperhatikan oleh Wan Abdul Wahid Wan Hassan (kiri), Hazrinor Hisham Harun (dua dari kanan) dan Muis Damori dalam Majlis Penyerahan Rasmi Projek Pembangunan Ladang Muip di Kuantan, kelmarin. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI KUANTAN 10 Mei - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) akan meneruskan kerjasama dengan Felcra Berhad dalam membangunkan ladang kelapa sawit yang telah dimulakan sejak 2001. Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, ini susulan kejayaan pembangunan ladang yang dimeterai oleh kedua-dua pihak sebelum ini melibatkan kawasan seluas 640 hektar. Felcra Berhad berjaya menguruskan dengan baik. Ini dapat dilihat melalui kos keseluruhan pembangunan ladang berjumlah RM9.4 juta berbanding siling peruntukan yang dipohon berjumlah RM11 juta. Muip juga memperoleh hasil tuaian buah sawit berjumlah 24.8 tan metrik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Rasmi Projek Pembangunan Ladang Muip di Mukim Penyor, Pekan oleh Felcra Berhad di sini semalam. Majlis itu disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad, Muis Damori dan Pengurus Besar Felcra Berhad Wilayah Pahang, Datuk Hazrinor Hisham Harun. Menurut Wan Abdul Wahid, kerjasama itu tidak bermotifkan keuntungan tetapi menjurus kepada khidmat sosial kepada agensi kerajaan untuk membantu meningkatkan ekonomi, menawarkan peluang pekerjaan dan perpindahan teknologi kepada Muip. Ladang ini juga bakal memberi pendapatan tetap kepada Muip dalam tempoh 25 tahun akan datang dan akan digunakan semula bagi membantu menambah kemudahan infrastruktur dan bantuan kepada umat Islam di negeri ini. Muip menubuhkan anak syarikat yang dikenali sebagai Muip Plantations Sdn. Bhd. bagi pengurusan ladang yang lebih tersusun," katanya. |
Paparkan bahan sejarah secara kreatif Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT KUALA LIPIS 10 Mei - Golongan sejarawan negeri ini diminta memaparkan bahan secara kreatif mengenai pergolakan yang berlaku dalam kalangan masyarakat lampau mengenai bidang pembangunan ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya menerusi persepsi baharu yang lebih segar. Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak berkata, kesanggupan mereka menggunakan pemikiran dan pengalaman masing-masing itu dapat menangkis serangan pihak tertentu yang cuba memperlekehkan sejarah negara ini. Tambahnya, langkah tersebut akan dapat membantu kerajaan mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap dasar politik dan pembangunan ketika ini. "Kerajaan negeri berharap sejarah Kesultanan Melayu, warisan, tokoh atau negarawan perlu dipulihara dalam bentuk pendidikan dan bukan hanya untuk pameran berkala semata-mata," katanya demikian selepas melancarkan Karnival Warisan Sejarah dan Budaya di Kampung Budu Benta, di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Pegawai Daerah Lipis, Datuk Ahmad Daud; Pengarah Kolej Komuniti Lipis, Drs. Anuar Ralib dan Pengasas Pusat Pembangunan Modal Insan, Roslizan Ahmad Mahidin. Mohd. Soffi berkata, sejak kebelakangan ini, terdapat segelintir golongan muda yang tegar dengan dakyah pihak tertentu dan perlu disedarkan semula dalam bentuk motivasi membabitkan pendekatan pemimpin setempat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |