Utusan Online - Pahang
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pahang |
- UMNO nafi campuri urusan MPT
- Seminar tingkatkan motivasi pelajar dalam akademik
- Sukan ragbi bentuk disiplin pelajar
Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT Oleh SALEHUDIN MAT RASAD Mohd. Sharkar Shamsuddin (tiga dari kiri) bersama sebahagian penerima bantuan banjir di pekarangan Bangunan UMNO Mentakab, baru-baru ini. - utusan/ salehudin mat rasad TEMERLOH 20 Mei - UMNO Bahagian Temerloh tidak pernah terlibat mencampuri urusan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dalam menolak permohonan pembangkang untuk menggunakan Dewan Seri Mentakab baru-baru ini. Ketua UMNO Bahagian Temerloh, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, sebaliknya beliau menghormati kedudukan MPT sebagai sebuah entiti kerajaan yang terasing dengan parti politik. Tegasnya, lagi pun tiada sebab untuk UMNO berbuat demikian seperti didakwa pembangkang kerana MPT berhak menentukan hala tuju pentadbirannya berdasarkan undang-undang sedia ada. Pembangkang perlu ingat walaupun permohonan dikemukakan secara rasmi tetapi MPT berhak menolaknya atas pelbagai faktor mengikut peraturan yang ada,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir di pekarangan Bangunan UMNO Mentakab di sini baru-baru ini. Beliau mengulas tuduhan Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan yang mendakwa UMNO mempengaruhi MPT supaya tidak membenarkan pembangkang menggunakan Dewan Seri Mentakab untuk menjalankan program baru-baru ini. Mohd. Sharkar berkata, UMNO Bahagian Temerloh amat kesal dengan tuduhan Ahli Parlimen Pas itu yang tidak memahami aspek pentadbiran dan politik walaupun terdapat Ahli Majlis yang terdiri daripada ahli politik. Bagi kerajaan negeri yang diperintah Barisan Nasional (BN), kita berhak untuk melantik Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) sendiri yang terdiri daripada ahli politik ataupun wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO)," jelasnya. Tegasnya, perkara serupa berlaku di negeri diperintah pembangkang seperti di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang penyokong kepada mereka dilantik sebagai Ahli Majlis PBT. Sehubungan itu kata beliau, Ahli Parlimen Temerloh itu perlu memahami kuasa pentadbiran sesebuah agensi dan jangan mudah menuding jari menyalahkan orang lain. Beliau juga menyifatkan pemimpin Pas itu sebagai sengaja menimbulkan isu kerana rakyat sudah mula mempersoal peranannya dalam memaju dan memakmurkan daerah Temerloh berbanding yang dimainkan wakil parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah. |
Seminar tingkatkan motivasi pelajar dalam akademik Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT Mohd. Soffi Abdul Razak (berdiri belakang, sebelas dari kanan) bersama peserta Seminar Motivasi Pendidikan anjuran ECERDC di Kuala Lipis, baru-baru ini. -utusan/HARIS FADILAH AHMAD KUALA LIPIS 20 Mei - Sebagai usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar pada peperiksaan awam tahun ini, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) me- ngadakan Seminar Motivasi Pendidikan peringkat Lipis di sini baru-baru ini. Seramai 120 peserta dari sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) di daerah ini menyertai seminar selama sehari di bawah program latihan Empower Lipis itu. Mereka terdiri daripada pelajar SMK Benta, SMK Chung Hwa Lipis, SMK Setiawangsa, SMK Seri Lipis, SMK Padang Tengku, SMK Clifford dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghazali Shafie, Lipis. Turut menyertai seminar itu murid SJKT Benta, SJKT Lipis, SJKT Ladang Selborne dan SJKT Ladang Budu. Majlis penutup dan penyam- paian sijil penghargaan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar ne- geri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak. Pengurus Modal Insan, Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Mohd. Prasad Hanif berkata, seminar berkenaan bagi membentuk minat yang adalah murid berkenaan terhadap bidang akademik. Bagi peserta dari SJKT, murid- murid ini tinggal di estet atau di pinggir bandar yang berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana, jadi seminar seperti ini dapat meningkatkan kesedaran akademik mereka," katanya. Menurut Mohd. Prasad, selain pengisian dalam bentuk motivasi pelajaran, pihaknya turut menganjurkan kelas tambahan dan bantuan pembelajaran untuk memberi keselesaan kepada pelajar yang terpilih. |
Sukan ragbi bentuk disiplin pelajar Posted: 20 May 2014 12:27 PM PDT JERANTUT 20 Mei - Sukan ragbi merupakan satu permainan unik kerana bukan sahaja lasak malah menjadi medium paling sesuai untuk membentuk di- siplin pelajar sekolah. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, pelajar yang terlibat dengan sukan ragbi adalah mereka yang kuat ketahanan mental dan fizikal. Ragbi adalah sukan lasak yang menggunakan pelbagai teknik seperti rempuhan serta asakan dan disinilah ketahanan mental dan fizikal pemain akan teruji sama ada mereka seorang pemain yang berdisiplin atau tidak. Proses pengajaran dan pem- belajaran sebenarnya berlaku secara tidak langsung dalam sukan ragbi kerana banyak nilai murni yang diterapkan oleh guru kepada pelajar," katanya dalam majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang (MSSP) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Saujana di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Ketua Unit Sukan Jabatan Pendidikan ne- geri, Jalaludin Ismail; Penolong Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut (PPDJ), Firdaus Shuib dan Penyelia Sukan PPDJ, Sofian Kasim. Dalam pertandingan itu, pa- sukan Kuantan muncul juara kategori bawah 18 tahun manakala Temerloh di tempat kedua dan ketiga milik Jerantut. Bagi kategori bawah 12 tahun pula, johan disandang oleh Jerantut A, manakala kedua milik Rompin dan Kuantan di tempat ketiga. Ahmad Nazlan berkata, sukan ragbi mendidik pelajar untuk bekerjasama dalam pasukan dan mengawal emosi mereka supaya tidak mencetuskan pergaduhan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |