{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


30 veteran tentera terima PJM

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Wan Rosdy Wan Ismail (duduk, tujuh dari kiri) dan Mohd. Razali Abdul Rahman (duduk, empat dari kanan) bersama 30 veteran tentera menerima Pingat Jasa Malaysia di Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 27 Mei - Seramai 30 veteran tentera yang pernah bertugas semasa operasi menentang komunis dahulu diberikan penghargaan dengan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh kerajaan di Felda Sungai Koyan 3 di sini kelmarin.

Majlis penyampaian pingat kepada veteran dalam kalangan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Koyan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM) negeri, Mejar Mohd. Razali Abdul Rahman.

Mohd. Razali berkata, anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa veteran tentera yang pernah terlibat operasi menentang komunis dari 1969 hingga 1990.

"Anugerah ini memberi impak bahawa sumbangan veteran tentera supaya diteladani oleh anggota tentera hari ini dengan bersiap siaga sepanjang masa memikul amanah dan integriti secara profesional untuk mempertahankan kedaulatan negara serta mengekalkan keselamatan.

"Saya bangga melihat veteran tentera menunjukkan semangat tinggi pada hari ini, sekali gus mengembalikan nostalgia semasa mereka berkhidmat dahulu," katanya di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Cawangan PBTM Sungai Koyan Tiga, Abdul Rahim Said.

Menurut Mohd. Razali, jabatan itu yang ditubuhkan pada 2001 berfungsi menangani semua masalah kebajikan veteran tentera, balu dan anak masing-masing supaya jaminan kehidupan mereka lebih selesa menerusi kemudahan bantuan tertentu.

Katanya, anugerah berkenaan amat signifikan kerana ramai daripada veteran tentera masih menyambung khidmat bakti mereka kepada masyarakat sebagai ketua kampung, imam masjid dan pimpinan masyarakat.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memuji usaha JHEVATM dan PBTM kerana menjaga kebajikan veteran tentera negeri ini sejajar dengan manifestasi menghargai sumbangan golongan itu yang bergerak di garisan depan.

"Selain pelbagai bantuan kebajikan, penganugerahan PJM juga sebagai tanda kerajaan mengiktiraf perjuangan mereka sebelum dan pasca merdeka.

"Saya berharap PBTM perlu mengesan veteran (bekas) tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat dan konfrantasi untuk diberi bantuan kebajikan termasuk anugerah pingat berkenaan," katanya.

Fatimah dikenang sebagai 'ibu' SMK Seri Jengka

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Fatimah Kassim (depan, enam dari kanan) dan Ismail Abdul Muttalib (depan, tiga dari kiri) bersama pengetua sekolah menengah daerah Maran pada majlis persaraannya di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maran, baru-baru ini. - Utusan/SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 27 Mei - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di sini kehilangan seorang pengetua yang dianggap ibu kepada mereka apabila Datin Seri Fatimah Kassim bersara daripada kerjaya itu awal bulan ini.

Beliau yang memilih bersara pilihan pada usia 58 tahun itu telah berusaha membawa sekolah berkenaan menjadi sebuah sekolah elit di negara ini.

Pada majlis perpisahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut, Fatimah dalam ucapannya berkata, tugas pendidik bukan merupakan satu tanggungjawab mudah kerana mereka perlu mengajar serta melahirkan pelajar cemerlang.

Beliau yang juga isteri kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib turut memberi nasihat kepada warga pendidik supaya menyelesaikan masalah pendidikan secara berhemah dan rasional.

"Tanggungjawab warga pendidik hari ini untuk membentuk generasi pewaris yang maju dan berpendidikan sejajar dengan kemajuan teknologi.

"Bentuk dan corak pembentukan negara pada masa akan datang sangat dipengaruhi kualiti pendidikan yang diterima mereka pada hari ini," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini baru-baru ini.

Katanya, guru kini memainkan peranan sebagai pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang menjadi penentu kepada usaha murni dalam melihat pendidikan sebagai akses kepada kemajuan serta kemakmuran negara.

Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Jengka, Ismail Abas berkata, beliau menyifatkan bekas pengetua itu sebagai 'ibu' kepada pelajar sekolah ini kerana sifat kepimpinan serta keibuannya sehingga meletakkan sekolah tersebut setanding dengan sekolah terbaik di negara ini.

"Jasa beliau sangat besar terhadap kemajuan sekolah ini sejak dilantik menjadi pengetua dan paling diingati adalah kejayaan SMK Seri Jengka diiktiraf sebagai sekolah kluster pada 2009," katanya.

Belia disaran ceburi perniagaan

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

ROMPIN 27 Mei - Golongan belia di negeri ini disaran tidak menunggu peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan sebaliknya terlibat dalam bidang keusahawanan serta peka dengan setiap program latihan keusahawanan yang ditawarkan agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain berkata, sudah tiba masanya mereka mencari alternatif dengan melibatkan diri dalam bidang berkenaan yang banyak memberi peluang untuk memajukan diri ke tahap lebih baik.

"Kita perlu ubah corak supaya mereka tidak hanya tunggu peluang kerja kerajaan dan tidak pula berusaha menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan.

"Persepsi ini harus diubah memandangkan kini subjek keusahawanan antara terpenting di setiap institusi pengajian tinggi dan perlu diketengah," katanya di sini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat