{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pahang

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pahang


Umat Islam diseru jaga kesucian masjid

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah berdoa selepas merasmikan Masjid Sungai Isap Fasa 3 sempena Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang di Kuantan, semalam. Berangkat sama Sultanah Kalsom; Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah. Turut hadir Adnan Yaakob. - utusan/MAHATHIR ALI

KUANTAN 9 Mei - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyeru semua umat Islam di negeri ini agar menjaga kesucian masjid sebagai simbol perpaduan ummah.

Titah baginda, dalam usaha menarik perhatian semua pihak sama ada kanak-kanak, generasi muda atau golongan dewasa, pengurusan masjid perlu kreatif menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengimarahkan masjid.

Beberapa tahun lalu, saya telah melancarkan program masjid gemilang bertujuan masjid dapat diurus tadbir dengan sistematik dan Alhamdulillah ia berjalan dengan sempurna.

Fungsi dan peranan yang dimainkan masjid sebagai tonggak utama perpaduan ummah perlu dimanfaatkan agar masyarakat dapat hidup aman dan makmur, bersatu padu dan kasih mengasihi antara satu sama lain," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam majlis Perasmian Masjid Sungai Isap Fasa Tiga sempena memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang di sini semalam.

Masjid Perkampungan Sungai Isap Damai yang dibina dengan peruntukan sebanyak RM4 juta dan siap sepenuhnya 22 Oktober 2012 dinamakan sebagai Masjid Sultan Ahmad Shah.

Turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah, pihak pengurusan masjid perlu sentiasa mengutamakan aspek kebersihan sama ada di dalam atau di luar masjid.

Selain mengimarahkan masjid dengan menyediakan pelbagai prasarana demi kemudahan umat Islam, persekitaran yang bersih dan kondusif harus diberi perhatian sebagai satu keutamaan.

Pengurusan masjid di semua peringkat seharusnya serius dan peka mengenai perkara ini," titah baginda.

210 bakal sertai Kembara Berakit Sungai Pahang 14-17 Mei

Posted: 09 May 2014 12:00 PM PDT

Hasryn Izzuddin

KUANTAN 9 Mei - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri dengan kerjasama kerajaan negeri akan menganjurkan Kembara Berakit Sungai Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 pada 14 hingga 17 Mei ini.

Pengarahnya, Hasryn Izzuddin Mohd. Khairy berkata, penganjuran kali ketiga ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha mempromosikan Sungai Pahang sebagai destinasi pelancongan di samping memberi peluang kepada para peserta menikmati keindahan alam semula jadi dan menyelami seni budaya serta tradisi masyarakat pesisir sungai.

Penganjuran kali ini membabitkan 210 peserta yang terdiri daripada pengunjung tempatan dan antarabangsa bagi mengemudi sebanyak 30 buah rakit tradisi untuk mengharungi arus Sungai Pahang sejauh 69 kilometer.

Ekspedisi akan membabitkan tiga hentian dengan bermula di Dataran Esplanade, Temerloh yang bakal dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob pada hari Khamis pada pukul 10 pagi.

Perjalanan dari Temerloh ke hentian berikutnya iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Guai, Bera dijangka mengambil masa selama enam jam dengan jarak kira-kira 32 kilometer. Hentian terakhir pula di Kampung Baru Bor, Bera menuju ke Jeti Lama, Chenor," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Hasryn, peserta akan diberikan anugerah iaitu sebuah pasukan akan dinobatkan sebagai rakit tercantik manakala juara di setiap hentian juga akan menerima hadiah masing-masing berupa seekor lembu dan sijil penghargaan.

Menariknya penganjuran kali ini, setiap hentian akan memaparkan aktiviti penduduk kampung dengan acara yang disediakan antaranya seperti Pertandingan Memukat dan Menjala, Pengkisahan Malam Unggun Api, Demonstrasi Masakan Pahang dan Pertandingan Masakan Ikan Patin dan Ayam Kampung.

Program kerohanian turut diselitkan dengan ceramah agama oleh Ustaz Mohd. Norhisyam Al-Idrus di SK Guai," jelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat