{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Dyana Sofya calon DAP PRK Parlimen Teluk Intan

Posted: 16 May 2014 10:24 PM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

TELUK INTAN 17 Mei - Setiusaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, diumumkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan perkara itu berkata, Dyana Sofya merupakan pilihan terbaik untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.

"Pemilihan Dyana Sofya bertepatan dengan prinsip parti untuk mengetengahkan calon muda, wanita, profesional tanpa mengira batas perkauman," katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Khalid Ibrahim dimaki ahli PKR Cabang Kuala Selangor

Posted: 16 May 2014 11:46 AM PDT

KHALID IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 Mei - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dimalukan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri apabila beliau dimaki hamun oleh seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon Timbalan Presiden PKR itu sebagai penipu.

Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Abdul Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Khalid Ibrahim penipu, rasuah! Sepatutnya ini tidak berlaku, sila berikan penjelasan," katanya dengan penuh emosi.

Sementara itu, Abdul Khalid yang terkejut apabila dimaki oleh Zulkifli dilihat terpinga-pinga dan terus menuju ke keretanya.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terkejut melihat Abdul Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Zulkifli menegaskan sebagai seorang pemimpin Melayu, Abdul Khalid tidak sepatutnya melakukan perkara yang bercanggah dengan tataetika lembaga disiplin parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Sebagai seorang pemimpin, (dia) harus tampilkan sifat terpuji bukan hampas! Memalukan Kuala Selangor sahaja.

"Beliau tahu sudah kalah, beliau buat strategi membatalkan pemilihan lawannya," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, telah membuat laporan di Balai Polis Jeram terhadap Abdul Khalid berhubung pemilihan di Cabang Kuala Selangor.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat