{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Satu lawan satu di Teluk Intan

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR
khairul.nuar@utusan.com.my

Muhyiddin Yassin bersama Mah Siew Keong (empat dari kiri) tiba di pusat penamaan calon di Teluk Intan, semalam. Turut kelihatan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan. - BERNAMA

TELUK INTAN 19 Mei - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud yang bertanding atas tiket DAP.

Pengumuman itu dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Ibrahim Ahmad selepas proses penamaan calon diadakan di Dewan Semarak Kasih, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak, dekat sini.

Siew Keong yang juga Presiden Gerakan akan bertanding menentang Dyana Sofya, seorang peguam yang menyertai DAP pada Disember 2011.

Siew Keong yang diiringi kira-kira 50 penyokongnya tiba di pusat penamaan calon untuk menghantar borang pencalonan pada pukul 9.03 pagi diikuti Dyana Sofya, dua minit kemudian.

Pencalonan Siew Keong dicadang oleh Bendahari MCA Perak, Datuk Seri Kuan Peng Soon dan disokong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong, Datuk Mohd. Azhar Jamaluddin.

Sementara itu, Dyana Sofya yang berbaju kurung tiba bersama-sama ibunya, Yammy Samat dan bapanya, Mohd. Daud Ismail, dicalonkan oleh ahli bahagian DAP Teluk Intan, Chang Kok Lim serta disokong ahli parti, Pooi Weng Keong.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng, 58, daripada DAP, pada 1 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Leong Peng mengalahkan Siew Keong dan calon Bebas K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi luar negara layak mengundi pada PRK kali ini dengan pengundian awal pada 27 Mei sementara hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei ini.

Sementara itu, Siew Keong berkata, beliau menerima kepercayaan BN untuk bertanding dalam PRK Parlimen Teluk Intan selepas bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selain menerima banyak desakan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan biarpun terdapat cadangan untuk meletakkan muka baharu, juga daripada Gerakan.

Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Oleh itu, saya telah buat keputusan untuk bertanding walaupun pada mulanya hasrat saya hendak meletakkan orang baharu. Bukan senang untuk bertanding di sini, namun saya harap perjalanan pilihan raya kali ini dapat berjalan dengan licin dan bersih," katanya.

Dyana Sofya ketika ditemui pula berkata, beliau amat berterima kasih dengan kepercayaan yang diberikan oleh warga DAP dan berjanji akan meneruskan legasi perjuangan mendiang Leong Peng di Teluk Intan.

Beliau mengakui, melawan seorang yang berpengalaman dan sangat dihormati seperti Siew Keong bukan mudah, justeru, perkara itu merupakan satu cabaran yang perlu diharunginya dalam PRK Parlimen Teluk Intan kali ini.

BN sudah buat penilaian ikut harapan pengundi

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

TELUK INTAN 19 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin menegaskan, tidak timbul isu calon kitar semula bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan kerana Barisan Nasional (BN) telah melakukan penilaian mendalam mengikut harapan pengundi di sini.

Beliau berkata, pemilihan sesuatu calon BN dibuat mengikut kesesuaian seseorang individu di satu-satu kawasan, justeru, pencalonan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dilihat paling sesuai kerana dikenali ramai, berpengalaman, masih muda serta bertenaga untuk terus berkhidmat kepada rakyat.

Yang penting kita tahu apa harapan pengundi di sini. Di tempat lain, mungkin kita lihat pada calon baharu tetapi di sini, ini calon paling sesuai. Siapa yang tidak kenal beliau, masih bertenaga dan sihat, sebab itu tak ada isu calon kitar semula atau telah berkali-kali bertanding.

Memang dalam keadaan tertentu ada menang dan kalah, tetapi kali ini, kita harap trend akan berubah. Ini kerana kita membuat penilaian secara mendalam, bukan sambil lewa atau semberono sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas penamaan calon PRK Parlimen Teluk Intan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Siew Keong.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengharapkan sokongan lebih 60,000 pengundi di Teluk Intan kerana Siew Keong dipilih atas faktor pengalamannya dalam kerajaan serta parti, selain merupakan anak tempatan yang dikenali dan banyak berjasa di sini.

Muhyiddin berkata, pimpinan parti menyokong penuh Siew Keong untuk menggalas tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan bagi membangunkan Teluk Intan demi manfaat penduduk setempat.

Untuk tempoh berkempen sehingga 31 Mei ini, kita telah gerakkan jentera parti di seluruh peringkat, malah lebih bersedia daripada biasa kerana turut mendapat sokongan daripada luar.

Yang penting, saya maklumkan dalam mana-mana pilihan raya bahawa kita tidak boleh ambil mudah, perlu kerja keras dan mengambil platform ini untuk menjelaskan pelbagai isu yang dibangkitkan oleh pengundi atau mungkin disentuh parti lawan baik dalam soal ekonomi, sosial, keagamaan dan politik," katanya.

Muhyiddin turut menjelaskan bahawa BN mempunyai peluang 50-50 dan yakin trend pengundi akan berubah dalam tempoh beberapa hari mendatang sama ada mereka terpengaruh atau dipengaruh parti yang bertanding.

Bagi saya, sesiapa sahaja yang menentang BN kita anggap sebagai lawan. Yang penting, jentera parti akan bergerak, semua pengundi mesti diyakinkan dengan perjuangan dasar BN kerana kita bukan parti perkauman tetapi untuk semua kaum," katanya.

Ditanya sama ada pencalonan Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai calon DAP mendatangkan risiko buat parti kerana ibunya, Yammy Samat merupakan ahli UMNO, Muhyiddin berkata, BN lebih melihat kepada individu yang bertanding tanpa mengambil kira latar belakangnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat