Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Posted: 02 May 2014 11:24 PM PDT KUALA LUMPUR 3 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan MCA supaya menyediakan calon terbaik dari sekarang untuk membawa 'semangat' parti berdepan pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga mahu MCA terus menjadi suara masyarakat Cina supaya relevan dalam BN dan politik tanah air. Malah beliau mahu melihat MCA lebih kuat dan berjaya selain menjadi rakan kongsi setia kepada UMNO dan BN. "Saya tak mahu anda (MCA) sekadar bercakap memiliki sejuta ahli atau sebagainya. Sama juga UMNO, kita tak mahu sekadar dakwa punyai jutaan ahli, tapi saya mahu tahu kekuatan anda. "Tengok keahlian dan tanya setiap ahli sama ada mereka masih komited kepada perjuangan MCA supaya kita tahu kekuatan parti,"katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran kempen Teguh Bersama anjuran MCA di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 02 May 2014 11:27 AM PDT Kiri Teresa Kok, Mohd. Amar KOTA BHARU 2 Mei - Kerajaan Pas Kelantan membidas Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok kerana membuat kenyataan kononnya pelaksanaan hukum hudud di negeri ini hanya untuk menarik sokongan orang Melayu. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam itu adalah perjuangan Pas sejak dahulu malah perkara itu terkandung dalam manifesto pilihan raya. Beliau berkata, pihaknya wajib melaksanakan hukum Allah itu tambahan pula rakyat telah memberikan kepercayaan sejak 20 tahun lalu kepada Pas untuk memerintah negeri ini. Dia kata kita hendak tarik undi orang Melayu, dia pula tidak sokong hudud sebab takut undi Cina hilang. Soalnya, Pas berjuang untuk menegakkan Islam dan berusaha melaksanakan undang-undang jenayah Islam sejak dahulu lagi malah terkandung dalam manifesto pilihan raya kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Selasa lalu, selepas mengadakan pertemuan dengan Mohd. Amar, Teresa mengeluarkan kenyataan bahawa Pas ingin melaksanakan undang-undang Islam itu bagi mengelakkan kehilangan sokongan Melayu. Ekoran daripada itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan keikhlasan Pas dalam melaksanakan hukum hudud di Kelantan sama ada benar-benar berlandaskan Islam atau sekadar meraih sokongan politik. Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan berkata, rakyat pasti akan tertanya-tanya kenapa pihaknya tidak melaksanakan hudud selepas UMNO telah memberikan ruang. Rakyat memberi kepercayaan kerana janji kita untuk melaksanakan hudud, kalau kita berusaha dan dalam keadaan UMNO memberi ruang tentu rakyat akan menilai kembali sokongan yang diberikan kepada kita. Mereka akan kata kami sokong Pas beberapa penggal tiba-tiba tidak buat hudud, selama ini kita kata UMNO halang tetapi UMNO sudah buka pintu, maka rakyat pasti tertanya-tanya," katanya. Katanya, tidak timbul isu keikhlasan kerana hudud adalah hukum Allah yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Sementara itu, ketika ditanya adakah Kerajaan Pas Kelantan akan terus memberikan penerangan berkaitan hudud kepada sekutu pembangkang, Mohd. Amar berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa. Itu bergantung kalau DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu. Pertemuan baru-baru ini adalah inisiatif Pas pusat dan kita tidak ada masalah, bersedia untuk memberikan penjelasan," katanya. Tambahnya, persedian untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini pada tahun depan berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Malah katanya, Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sebuah jawatankuasa teknikal pelaksanaan hudud ditubuhkan di peringkat kebangsaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |