{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


AMK, Pemuda UMNO perang mulut di hadapan DUN

Posted: 21 May 2014 09:26 PM PDT

PULAU PINANG 22 Mei - Suasana tegang berlaku di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini selepas ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO bertikam lidah.

Kedua-dua pihak berhimpun sejak awal pagi ekoran kontroversi dicetuskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer kelmarin yang menggelar UMNO celaka semasa persidangan Dewan. - UTUSAN ONLINE

Hudud: Pas dipermainkan DAP

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Mei - Pas dilihat sering dipermainkan oleh rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP yang menganggap perjuangan parti itu untuk melaksanakan hukum hudud sebagai satu bahan mainan.

Ahli Pas kawasan Subang, Selangor, Mohd. Saad Yahaya berkata, lebih parah ada dalam kalangan pemimpin Pas sendiri suka dipermainkan apabila sanggup tunduk kepada desakan DAP biarpun membabitkan agenda perjuangan parti.

Jelas beliau, Pas sepatutnya bertanggungjawab memberi penjelasan kepada DAP berhubung pelaksanaan undang-undang Islam itu dan memahami perjuangan Pas itu jika mereka benar-benar menganggap parti itu sebahagian rakan dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu, katanya, Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor merupakan pentas terbaik untuk Pas memberi penerangan kepada kaum Cina di Pulau Pinang berhubung hukum tersebut yang mahu dilaksanakan parti itu.

"Rakyat negeri di bawah kepimpinan DAP itu terutama Ketua Menterinya, Lim Guan Eng wajib memahami agenda perjuangan Pas itu jika mereka benar-benar menganggap parti itu sebahagian rakan dalam pakatan pembangkang.

"Namun, pada saya mereka hanya anggap kita sebagai `rakan mainan'.

"Kita kerap dipermainkan, lebih parah ada dalam kalangan pemimpin kita suka dipermainkan, malah mereka juga tumpang bermain-main dengan perjuangan kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau amat kecewa isu pelaksanaan hukum hudud yang kembali panas gara-gara calon Bebas pada pilihan raya kecil itu, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar mahu memperjuangkan undang-undang Islam itu menjelang 2020, telah `dimatikan' oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Katanya, tindakan Abdul Hadi yang menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian berkenaan pelaksanaan hukum hudud Kelantan di Dewan Rakyat mengecewakan hati ramai ahli akar umbi parti kerana beliau sanggup tunduk kepada desakan DAP yang selama-lamanya tidak pernah setuju dengan Pas dalam soal hudud.

"Kami (ahli) di bawah tidak pernah berubah, namun yang di atas kerap berubah fikiran mengikut arahan yang diatur oleh pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Syabas Mohamed Nabi Bux walaupun keseorangan namun perjuangan anda dihargai. Kepada semua umat Islam di Bukit Gelugor, anda wajib mengundi beliau," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat