{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


TPM bersyukur kemelut selesai

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh Sharaimei shaik Ahmedullah
pengarang@utusan.com.my

MUHYIDDIN Yassin melihat lakaran reka bentuk grafik Pavilion Malaysia 2015 pada majlis prapelancaran penyertaan Malaysia dalam Ekspo Pavilion Milano 2015 di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut hadir, Mustapa Mohamed (kiri) dan Pengarah Hijjas Architect Planner (Hijjas Kasturi Associates), Serina Hijjas (kanan). - BERNAMA

PUTRAJAYA 15 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muh-yiddin Yassin melahirkan rasa gembira dan syukur apabila kemelut politik yang berlaku di Terengganu ekoran tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib keluar UMNO kelmarin dapat diselesaikan dalam tempoh singkat.

Beliau berkata, paling penting kemelut politik tersebut telah ber-akhir dan semua ADUN parti itu di Terengganu kembali bersatu.

Alhamdulillah sudah selesai, yang mustahak perkara ini dapat diselesaikan dalam tempoh paling cepat kerana kita tidak mahu krisis ini berlanjutan.

Berhubung kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Besar itu yang mengakui terdapat salah faham dan masalah komunikasi antara kedua-duanya kita seharusnya melupakan perkara itu kerana yang penting Barisan Nasional (BN) masih memerintah dan mempunyai mandat untuk tadbir Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar majlis prapelancaran penyertaan Malaysia dalam Ekspo Pavilion Milano 2015 di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau mengulas kemelut politik di Terengganu yang dapat diselesaikan hanya dalam tempoh dua hari selepas Ahmad dan Ghazali menarik balik keputusan keluar daripada UMNO semalam.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut meminta semua pimpinan UMNO yang terdiri daripada Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO bersama-sama menyokong kepimpinan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata, perkembangan baharu itu juga melegakan rakyat yang sedikit bimbang sekiranya krisis tersebut berlanjutan sehingga boleh menjejaskan pentadbiran negeri.

Kita mengajak semua wakil rakyat bersama dan alhamdulillah semua kembali bertaut. Yang pen-ting tugas dan tanggungjawab untuk terus membangunkan Terengganu supaya menjadi sebahagian komponen penting bagi Malaysia.

Kita juga berharap pimpinan politik yang tidak menjadi wakil rakyat seperti Ketua Bahagian, pemimpin Pemuda, Wanita dan Puteri bersama-sama kita," katanya.

Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, Muhyiddin berkata, Ahmad Razif berikrar memberi sokongan penuh kepada kepemimpinan parti selain membawa semua kumpulan bersatu serta bekerja dalam satu kumpulan.

Terima kasih Ahmad Said - Perdana Menteri

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

PUTRAJAYA 15 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kerana mele-takkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya sekali gus menamatkan kemelut politik yang berlaku sejak Isnin lalu.

Perdana Menteri berkata, isu yang timbul itu hanyalah melibatkan masalah komunikasi mengenai keadaan tertentu namun berjaya dileraikan dalam tempoh singkat dan pada masa sama beliau mahu peristiwa itu dijadikan pengajaran serta kesempatan memperkukuhkan lagi kedudukan Barisan Nasio-nal (BN) di Terengganu.

Malah, Perdana Menteri turut berjanji akan hadir pada majlis perkahwinan anak perempuan Ahmad pada Sabtu ini di Telok Kalong, Kemaman.

Alhamdulillah kemelut politik di Terengganu telah dapat kita selesaikan dan saya ucapkan terima kasih kepada Ahmad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) atas semangat yang mereka telah tunjukkan iaitu semangat parti, kepentingan parti mengatasi segala-galanya pada akhirnya.

Saya berharap apa yang telah dilalui ini dijadikan sebagai satu pengajaran serta kesempatan untuk memperkukuhkan lagi barisan kita. Barisan kepemimpinan kita supaya lebih mantap untuk terus berjuang serta memastikan sokongan rakyat kepada BN akan terus meningkat," katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Beliau mengulas berakhirnya kemelut politik di Terengganu apabila Ahmad serta Ghazali membuat keputusan untuk kembali semula kepada UMNO dalam satu sidang akhbar di Kemaman, semalam.

Ahmad dalam sidang akhbar tersebut menegaskan yang beliau bukan pengkhianat kepada UMNO sebaliknya membuktikan kecintaan kepada parti itu dengan kembali semula menyertai parti berkenaan.

Isu itu mula tercetus apabila berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu antara Ahmad dengan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman pada Isnin lalu hingga menyebabkan ADUN Kijal itu bersama Ghazali dan Roslee mengambil keputusan keluar UMNO.

Walau bagaimanapun Roslee menarik balik keputusan itu dalam tempoh kurang 24 jam.

Ketika ditanya mengenai perbualan telefon antara beliau dan Ahmad, Perdana Menteri mengakui itu merupakan turning point kepada selesainya kemelut tersebut.

Memang, sebab tarikh kenduri itu tidak dimaklumkan kepada saya dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kami berdua ingat kendurinya pada 10 Mei lalu, jadi sudah selesailah. Kami tidak diberitahu 17 Mei ada satu lagi majlis.

Jadi itulah yang menjadi punca masalah kurang komunikasi yang tidak jelas tetapi semuanya telah dapat diatasi bila kita sudah dapat penjelasan yang sebenarnya," ujar-nya.

Najib berkata, di dalam perbualan itu Ahmad juga menyatakan yang beliau terlalu cintakan UMNO dan tidak boleh tinggalkan parti itu.

Jadi saya melahirkan penghargaan kepada beliau dan berharap selepas ini kita terus berjuang bersama," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri turut mengucapkan penghargaan kepada semua ADUN BN di Terengganu yang melafazkan sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Ahmad Razif.

Ditanya sama ada Perdana Menteri terkejut dengan tindakan Ahmad itu beliau berkata: Memang mula-mula itu tetapi saya merasakan bahawa pada kesudahannya beliau akan sedar bahawa sebagai anggota parti kita tertakluk kepada disiplin parti dan kita mesti mele-takkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya."

Najib berkata, setiap situasi cabarannya berbeza tetapi yang penting ahli UMNO mesti meme-gang, memelihara dan memperku-kuhkan nilai disiplin dalam parti.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat