{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


DAP, PKR digesa halang Pas laksana hudud terlebih dahulu

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Mei - DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa bertindak menghalang Pas daripada membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (gambar) berkata, kedua-dua parti itu perlu tampil bertindak terlebih dahulu berbanding pihak lain kerana mereka berada dalam komponen pakatan pembangkang.

Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, kedua-dua parti itu telah menyatakan sokongan kepada Pas. Kini Pas bercadang melaksanakan hudud, jadi terserah kepada DAP dan PKR untuk bercakap dengan Pas.

Malah, kedua-dua parti itu dilihat mempunyai kuasa untuk menghalang pelaksanaan undang-undang itu, jadi mereka wajar mengambil tanggungjawab itu berbanding orang lain," katanya selepas merasmikan program Dharma Walk 2014 anjuran Persatuan Belia Buddhist Malaysia (YBAM), di sini hari ini.

Baru-baru ini, Kerajaan Pas Kelantan membuat keputusan akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat yang dijangka seawal-awalnya Jun ini atau selewat-lewatnya Disember 2014 bagi melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan pada tahun hadapan.

Jelas Tiong Lai, pelaksanaan hukum hudud di negara ini bercanggah dengan prinsip-prinsip dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, hukum hudud tidak praktikal untuk dilaksanakan dan dikhuatiri boleh menimbulkan kekeliruan serta huru-hara kepada rakyat kerana akan ada dua sistem perundangan jenayah berbeza di negara ini.

Sehubungan itu, kami menggesa DAP dan PKR untuk berbincang dengan Pas untuk menyelesaikan perkara ini secepat mungkin. Pendirian MCA adalah sangat jelas dan semua orang tahu bahawa kami akan tetap menghalang pelaksanaan hukum hudud," katanya.

Tambah beliau, pihaknya pada masa ini sedang berunding dengan pakar undang-undang bagi tindakan susulan.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai jawatan Kabinet selepas MCA memutuskan untuk menyertainya semula, Tiong Lai berkata, pihaknya sedang menunggu kata putus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Perkara itu di bawah bidang kuasa Perdana Menteri dan ia tidak boleh dibincangkan dengan media, namun kami mengesahkan MCA akan menyertai Exco kerajaan negeri Perak manakala kedudukan di negeri lain masih dalam perbincangan dan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

500 masyarakat Cina Temerloh sertai demonstrasi aman protes hudud

Posted: 04 May 2014 11:23 AM PDT

LAI Thin Watt (lima dari kanan) dan Wong Tat Chee (enam dari kanan) bersama sebahagian daripada masyarakat Cina yang menyertai demonstrasi aman bagi membantah hudud Pas di Temerloh, Pahang, semalam.

TEMERLOH 4 Mei - Sebanyak 500 anggota masyarakat Cina daerah ini menyertai demonstrasi aman bagi menolak pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dijadual dibentang di Parlimen tidak lama lagi.

Demonstrasi aman itu diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Temerloh, Datuk Lai Thin Watt dan Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee.

Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 11.15 pagi apabila para peserta yang membawa sepanduk bertulis Say No to Pas Hudud berarak ke Pusat Komuniti Parlimen Temerloh sambil melaungkan Tolak Hudud Pas.

Bagaimanapun para peserta yang tiba di Pusat Komuniti Parlimen Temerloh 20 minit kemudian gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan kerana pejabat berkenaan ditutup.

Thin Watt berkata, lebih 30 persatuan Cina di daerah ini sepakat mengadakan bantahan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, masyarakat Cina di daerah ini juga tidak berpuas hati apabila Ahli Parlimen Temerloh daripada Pas itu gagal mendengar luahan hati masyarakat Cina yang menolak pelaksanaan hukum hudud parti tersebut.

Kita maklum bahawa kemenangan Nasruddin dalam pilihan raya umum lalu adalah hasil sokongan padu masyarakat Cina di daerah ini yang mahukan perubahan dan pembelaan.

Sebab itu kita minta beliau mendengar luahan kita dan tidak menyokong pelaksanaan hukum ini di Malaysia," katanya di sini hari ini.

Katanya, perhimpunan yang kebanyakannya disertai ahli persatuan Cina itu tidak sesekali bertujuan menolak agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini sebaliknya hanya untuk menolak hukum hudud yang dibawa Pas.

MCA Bahagian Temerloh bersama gabungan Persatuan Cina Temerloh berpegang kuat dengan falsafah saling hormat menghormati antara satu sama lain dan menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas.

Kami tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam negara kita. Kami amat bimbang hukum hudud yang dicadangkan Pas akan menimbulkan syak wasangka dan salah faham antara kaum," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat