{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jangan salahkan Najib

Posted: 13 May 2014 10:54 PM PDT

KUALA LUMPUR 14 Mei - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak wajar menyalahkan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya Perdana Menteri tidak memberi pertimbangan berhubung permintaannya untuk meletakkan jawatan selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkenaan sebenarnya telah pun melangsungkan kenduri anak perempuannya itu pada 10 Mei lalu di Kuala Terengganu yang dihadiri oleh ramai orang kenamaan termasuk beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sehubungan itu jelas Ahmad, kenduri pada 17 Mei yang bakal dilangsungkan di kampung halaman bekas Menteri Besar Terengganu itu bukanlah kenduri pertama seperti didakwa sesetengah pihak.

"Lebih-lebih lagi, soal peletakan jawatan ini sudah lama diketahui Ahmad dan beliau mempunyai kesemua ruang untuk mengubah tarikh kenduri berkenaan. Kini mulalah timbul spekulasi kenapa tarikh ini dipilih Pusat untuk beliau meletakkan jawatan, padahal Ahmad sememangnya sudah tahu tarikh sebenar untuk mengundurkan diri," katanya kepada pemberita selepas Sesi Penerangan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Kementerian Kewangan di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Rakyat Terengganu diminta bertenang

Posted: 13 May 2014 11:56 AM PDT

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Terengganu bertenang dan bersabar dengan perkembangan politik terbaharu di negeri itu ekoran tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said serta dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar daripada UMNO.

Melalui laman Twitternya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut memberi jaminan parti akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut berkenaan.

Saya berharap rakyat Terengganu dapat bertenang dan bersabar. Insya-Allah kita akan dapat jalan yang terbaik untuk selesaikan kemelut ini," katanya.

Susulan peralihan teraju kepemimpinan negeri menerusi pelantikan ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman, 49, Ahmad turut menyebabkan dua lagi ADUN mengisytiharkan keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ahmad menyandang jawatan Menteri Besar pada 2008 setelah mengambil alih teraju kepemimpinan negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh, juga dalam keadaan penuh kontroversi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat