{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


PCM failkan petisyen pilihan raya

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh Azeli Ali
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 27 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang mewakili Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan akan memfailkan petisyen pilihan raya untuk membatalkan kemenangan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo.

Petisyen itu akan difailkan selepas sebulan keputusan PRK berkenaan diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kata Cheng Guan, DAP didapati melanggar peraturan sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya memiliki beberapa bukti yang mengaitkan DAP dengan pelanggaran peraturan itu yang akan diserahkan kepada SPR.

"Antara kesalahan yang dibuat ialah bahan kempen DAP berada kurang 50 meter dari pusat pengundian serta beberapa petugas parti itu berada terlalu hampir dengan kawasan mengundi.

"Saya ada bukti bergambar dan video berkaitan perkara itu dan akan failkan petisyen di mahkamah pilihan raya selepas keputusan itu diwartakan nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pertandingan empat penjuru PRK itu Ahad lalu, Ramkarpal menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh 41,242 undi.

Tiga lagi calon iaitu Cheng Guan yang juga Naib Presiden PCM hanya memperoleh 3,583 undi manakala dua calon Bebas iaitu ahli Pas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (799) dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan (225).

PRK itu diadakan berikutan kematian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya di Kampar, Perak pada 17 April lalu.

Tindakan Hadi kerana desakan politik

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

NUSAJAYA 27 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang menyokong kempen Dyana Sofya Mohd. Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan biarpun calon DAP itu menentang hukum hudud dibuat atas dasar desakan politik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Abdul Hadi itu sememangnya bukan sesuatu yang menghairankan kerana biarpun sebelum berlangsung PRK tersebut pembangkang telah bercanggah pendapat, namun disebabkan kepentingan politik, soal prinsip bukan lagi keutamaan mereka.

"Tindakan itu ialah kerana desakan politik dia (Abdul Hadi). Walaupun sebelum ini parti dalam pembangkang banyak percanggahan bukan hanya dari segi hukum, tapi dasar-dasar lain juga. Itu macam 'uneasy partnership' sebab ada kepentingan politik, bagi saya ia tidak menghairankan.

"Walaupun calon tu menentang hudud, Hadi kata tak apalah kita sokong juga. Jadi, soal prinsip itu tidak lagi menjadi pegangan utama," katanya ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hadi yang tetap menyokong kempen Dyana Sofya biarpun di sebalik tentangannya terhadap perlaksanaan hukum hudud dan bantahan Pas terhadap pendirian calon DAP itu.

Muhyidin yang ditemani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman ditemui selepas menghadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Johor oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Kota Iskandar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat