{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


4,123 pengundi baharu didaftar

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron (kiri) mengangkat tangan selepas memotong kek sempena menyambut harijadinya ke-48 serentak dengan Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-68 di Ayer Keroh, Melaka, malam semalam.

MELAKA 21 Mei - Badan Perhubungan UMNO negeri telah berjaya mendaftarkan sebanyak 4,123 pengundi baharu di seluruh negeri dalam suku pertama tahun ini.

Pengerusinya yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, angka tersebut jelas menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 29 pengundi baharu didaftarkan di negeri ini selepas enam bulan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Menurutnya, Melaka juga mencatatkan peratusan paling tinggi bagi pengundi baharu berbanding Selangor dan Johor walaupun kedua-dua negeri berkenaan masing-masing mencatatkan pendaftaran hampir 5,000 pengundi.

"Peningkatan jumlah tersebut merupakan petanda baik dan diharap boleh dijadikan panduan kepada negeri lain untuk mempergiat usaha mendaftarkan pengundi baharu yang layak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Hari UMNO Ke-68 peringkat negeri di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini malam tadi.

Yang hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan; Setiausahanya, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin.

Jelas Idris, parti pembangkang terutamanya DAP turut melakukan perkara itu dan bekerja kuat mendaftarkan pengundi baharu, malah jumlah yang diperoleh mereka juga tinggi.

Ujar beliau, Melaka mempunyai enam bahagian dan 415 cawangan dengan jumlah sebanyak 137,037 ahli sehingga kini daripada keseluruhan 850,000 penduduk negeri ini.

"Malangnya, peratusan pengundi Melayu adalah jauh berbeza daripada peratusan kedudukan Melayu di negeri ini. Pada ketika ini, pengundi Melayu sepatutnya berada pada tahap 63 peratus berbanding jumlah semasa 48 peratus.

"Kita mempunyai 15 peratus mereka yang layak mengundi tetapi tidak didaftarkan sebagai pengundi dan akan merasa rugi masa memilih nanti," tegasnya.

Tambah beliau, UMNO negeri perlu bertindak drastik dengan meningkatkan jumlah pengundi secara objektif serta mengharapkan semangat perubahan transformasi kepada Badan Perhubungan UMNO negeri.

"Kita turut menyasarkan untuk merampas semula Parlimen Bukit Katil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru dan Bacang daripada pembangkang, selain mahu meningkatkan majoriti di lima DUN berbahaya termasuk Telok Mas, Durian Tunggal, Machap, Paya Rumput, Bemban dan Rim dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Hina azan: Wira Perkasa Jempol buat laporan polis

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

JEMPOL 21 Mei - Wira Perkasa Parlimen Jempol semalam membuat laporan polis bagi mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat akaun Facebook milik Toowen Long yang didakwa mempersendakan azan.

Ketua Wira Perkasa Jempol, Mohd. Zaidy Abdul Kadir berkata, tindakan individu tersebut jelas telah mempermainkan azan dan menghiris hati seluruh umat Islam.

"Ia kalimah yang mulia dan alunan azan mempunyai maksud mendalam dan lambang agama Islam. Perbuatan mempersendakan seruan azan sememangnya tidak boleh diterima oleh umat Islam dan saya menggesa pihak berwajib terutamanya SKMM mengambil tindakan tegas ke atas pemilik akaun lama sosial tersebut.

"Saya mewakili Wira Perkasa Jempol amat terkejut dengan tindakan berani pihak tersebut yang telah mengubah dan mencampuradukkan azan dengan nama-nama pemimpin pakatan pembangkang," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bahau, dekat sini semalam.

Menurut Mohd. Zaidy, sekiranya tindakan tegas tidak diambil, beliau bimbang pihak lain akan turut mengikuti jejak langkah individu tersebut.

"Kita mahu pelaku itu dibawa ke muka pengadilan dan dia seharusnya menerima hukuman setimpal di atas perbuatannya yang secara terang-terangan mempersendakan seruan azan dan agama Islam.

"Negara ini ada undang-undang dan masyarakat berbilang kaum. Sikap individu tersebut boleh mencetuskan masalah lebih besar terutamanya kerana dia memainkan isu agama," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Zaidy berkata, Wira Perkasa Jempol yang baru ditubuhkan pada 12 Mei lalu dan akan bergiat aktif dalam menyatu padukan orang Melayu.

"Sehingga kini kami mempunyai 40 orang ahli dan mensasarkan 200 orang ahli baharu tahun ini. Kita akan mengadakan pelbagai program keagamaan dan sukan untuk menarik lebih ramai belia menyertai Wira Perkasa," ujarnya.

Penyeleweng diesel dalam radar pihak berkuasa

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

SEREMBAN 21 Mei - Kegiatan menyeleweng diesel bersubsidi di negeri ini yang dibongkar oleh bahagian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sejak Khamis lalu membuktikan aktiviti berkenaan sebenarnya dalam radar pihak berkuasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemudahan Awam, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Abu Ubaidah Redza memberitahu, beberapa lokasi seperti yang didedahkan pihak berkuasa akan digempur bagi memastikan ketirisan minyak bersubsidi dapat dibanteras.

"Kita akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dan apa yang kita lihat sudah beberapa KPDNKK telah melakukan banyak operasi sejak beberapa hari lalu sehingga semalam menunjukkan ketegasan mereka dalam menguatkuasakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar ini mengenai operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa dalam membanteras penyelewengan minyak bersubsidi di beberapa kawasan di negeri ini semalam.

Operasi yang dijalankan di enam lokasi sekitar bandar ini dan Port Dickson menyaksikan beberapa stor dan pusat pengumpulan dijadikan sebagai markas bagi menjalankan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi.

Justeru Abu Ubaidah menjelaskan, sewajarnya mereka yang terlibat dalam kes ini diberi pengajaran dan dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan ini sebenarnya adalah satu pengkhianatan kepada pengguna yang benar-benar memerlukannya.

"Kita menyokong usaha penguatkuasaan ini dalam mengenakan tindakan tegas kepada penyeleweng ini.

"Usaha membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan ini tidak akan terhenti setakat ini dan operasi seumpama ini akan dilakukan secara berterusan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat