{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Sukan


Selangor rampas takhta liga

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

PENYERANG Pahang, Dickson Nwakaeme (tengah) dihalang oleh dua pertahanan Selangor, Mohd. Rizal Fahmi (kanan) dan Stilianos Pantelidis (kiri) daripada membuat percubaan dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi. Selangor menang 1-0. - MINGGUANMAHATHIR ALI

KUALA LUMPUR - Jaringan penyerang dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 memusnahkan rekod tanpa kalah Pahang di Stadium Darul Makmur, sekali gus membantu Selangor merampas kedudukan teratas Liga Super daripada skuad Tok Gajah dengan kemenangan 1-0 malam tadi.

Selangor, yang sebelum perlawanan menghuni tempat kedua, hanya ketinggalan kepada Pahang berdasarkan jumlah gol, kini mengumpul 31 mata manakala Pahang di anak tangga kedua dengan 28 mata.

Biarpun mendominasi perlawanan seawal perlawanan bermula, namun pasukan bimbingan jurulatih, Zainal Abidin Hassan itu gagal memanfaatkan peluang untuk sekurang-kurangnya mendapat gol penyamaan biarpun memiliki banyak peluang.

Selangor pula harus berterima kasih kepada penjaring terbanyaknya, Paulo Rangel, yang walaupun tidak menemui gawang namun masih mampu menyumbang gerakan untuk menghasilkan gol 19 minit selepas babak kedua berlangsung.

Dikelilingi pertahanan lawan di luar kotak penalti, penyerang dari Brazil itu menyepak leret kepada Andik yang membuat larian untuk menewaskan pertahanan tuan rumah, disusuli dengan rembatan yang menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd. Nasril Nourdin yang menggantikan Mohd. Khairul Azhan Khalid yang mengalami kecederaan.

Sementara itu di Stadium Shah Alam, Kelantan menewaskan PKNS 2-0 hasil jaringan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria pada minit ke-43 dan Francis Forkey Doe dua minit sebelum perlawanan tamat.

Keputusan perlawanan mungkin berbeza jika penjaga gol pelawat, Khairul Fahmi Che Mat gagal menyelamatkan sepakan penalti Karlo Primorac pada minit ke-38.

Pengadil perlawanan, Teo Hee Lon memberikan sepakan penalti kepada PKNS selepas tonggak import mereka, Kim Dong Chen dijatuhkan Zairul Fitree Ishak dalam kotak penalti.

Khairul Fahmi bagaimanapun berjaya membaca gerakan sepakan penalti pemain dari Croatia itu untuk menepis bola di kiri gawang.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Sime Darby meraih mata penuh apabila mengejutkan Sarawak menerusi kemenangan 3-2, apabila pemain import mereka Dilshod Sharofetdinov menyumbang dua gol pada minit ke-30 dan masa kecederaan separuh masa pertama.

Sarawak terlebih dahulu berada di depan dengan memperoleh jaringan seawal minit kelapan melalui S. Chanturu dan mereka menggandakan gol melalui pemain import Ryan Griffiths pada minit ke-22.

Gol kemenangan Sime Darby hadir enam minit sebelum perlawanan tamat menerusi jaringan Mohd. Syukur Saidin.

Fatehah tempah slot akhir pecut

Posted: 10 May 2014 12:43 PM PDT

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR
sukan@utusan.com.my

FATEHAH Mustapa (depan) memecut sambil cuba dikejar oleh Sandie Claire pada separuh akhir acara acara pecut Grand Prix Pertama Asia Tenggara 2014 di Velodrom Cheras, Kuala Lumpur semalam. - MINGGUAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR - Pelumba wanita negara, Fatehah Mustapa mara ke pusingan akhir acara pecut Grand Prix Pertama Asia Tenggara 2014 yang berlangsung di Velodrom Kuala Lumpur, Cheras semalam.

Pelumba yang mewakili Yayasan Sime Darby (YSD) Track Team itu ke pusingan akhir selepas mengetepikan cabaran pelumba kelahiran Perancis dari pasukan US Cretel, Sandie Clair pada pusingan separuh akhir.

Fatehah akan bertemu Virginie Cueff yang mewakili pasukan Ireland, selepas pelumba dari Perancis itu menewaskan rakan senegara yang beraksi untuk pasukan Mainvilliers, Melissandre Pain.

Fatehah mengakui terkejut apabila berjaya ke pusingan akhir kerana sewaktu ujian masa dia sekadar menduduki tangga ketiga di belakang Claire dan Cueff.

Saya memang sangat terkejut dan tidak menjangka ke pusingan akhir kerana Claire lebih pantas daripada saya dan dia merupakan pelumba kedua terpantas ketika sesi ujian masa berlangsung.

Menjadi satu cabaran buat saya untuk mencipta kemenangan pada pusingan akhir kerana cabaran saya esok (hari ini) adalah Cueff yang merupakan pelumba terpantas ketika sesi ujian masa," katanya yang akan menyertai Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2014 di Astana, Kazakhstan hujung bulan ini.

Perlumbaan akhir yang sepatutnya turut berlangsung semalam ditunda ke hari ini akibat hujan lebat.

Mengulas mengenai pusingan akhir, Fatehah berkata dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk meraih kejayaan bagi acara pecut kerana lebih tertumpu kepada acara Keirin yang juga akan berlangsung hari ini.

Sementara itu, pentas akhir acara pecut lelaki akan menyaksikan pertembungan dua pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus Shahrom dan Muhammad Edrus Md. Yunos selepas masing-masing melakar kejayaan pada peringkat separuh akhir acara itu.

Muhammad Shah Firdaus menewaskan pelumba veteran negara, Josiah Ng manakala Muhammad Edrus mencatatkan kemenangan ke atas pelumba Perancis dari pasukan Racing Colombo, Quentin Lafargue.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat