Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Pelumba basikal triathlon parah dalam nahas Posted: 27 May 2014 10:56 PM PDT PETALING JAYA 28 Mei - Atlet pelumba basikal triathlon, Kimberly Yap cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Penchala Link di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa dikatakan sedang berbasikal sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna dari arah belakang. Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan serta kaki dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - UTUSAN ONLINE |
Kolam tak siap, acara ditunda sehari Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT M. SARAVANAN (depan) meninjau keadaan pusat akuatik di Kompleks Sukan Negeri, Kangar yang masih belum siap sepenuhnya semalam sehingga menyebabkan acara akuatik yang sepatutnya bermula hari ini terpaksa ditangguhkan sehari. KANGAR - Acara akuatik terpaksa ditangguhkan sehari apabila kolam yang sepatutnya digunakan untuk acara renang dan terjun masih gagal disempurnakan sehingga semalam. Akibat kelewatan yang berlaku, acara terjun dan renang yang dijadual berlangsung hari ini hanya akan dimulakan esok kerana kerja-kerja menyiapkan infrastruktur tambahan bagi tujuan keselamatan sedang dilaksanakan dan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 jam. Penangguhan itu membuatkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan kelihatan begitu kecewa dan menyatakan kekesalannya terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) yang katanya lepas tangan dan gagal memastikan pusat akuatik di Kompleks Sukan Negeri itu siap mengikut jadual. Beliau berkata, penangguhan ini juga menjejaskan imej penganjuran temasya sukan terkemuka negara. Katanya, JKR seharusnya memastikan kelancaran pembinaan pusat akuatik itu dan perlu memantau perkembangan semasa hingga ia siap sepenuhnya dan boleh digunakan. "Ikutkan hati, memang saya nak ambil tindakan ke atas kontraktor yang bertanggungjawab tetapi projek ini bukan di bawah KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sebaliknya di bawah tanggungjawab JKR. "JKR seperti lepas tangan, Saya tidak nampak wakil kontraktor utama di sini dan saya juga tidak nampak wakil JKR untuk memastikan tempat ini benar-benar selamat untuk digunakan. Saya boleh kata selamat tetapi siapa boleh sahkan? Wakil JKR seharusnya ada di sini untuk memastikannya," katanya selepas melawat pusat itu semalam. Saravanan berkata, venue tersebut secara umumnya sudah boleh digunakan tetapi beberapa ciri keselamatan perlu ditambah bagi memastikannya benar-benar selamat dan selesa untuk kegunaan para atlet yang bertanding. "Kalau dilihat, sudah boleh digunakan tetapi ada kerja tambahan infrastruktur sedang dilakukan untuk tujuan keselamatan tambahan kerana venue ini akan digunakan para atlet muda yang kurang berpengalaman, kalau atlet berpengalaman tiada masalah," katanya. Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, keputusan untuk menangguhkan acara itu selama sehari dibuat demi keselamatan atlet. Katanya, penundaan tarikh pertandingan sukan akuatik itu akan menyaksikan perubahan pada jadual pertandingan asal namun tidak akan menjejaskan kualiti mahupun jumlah acara yang dipertandingkan. "Pertandingan sukan akuatik juga hanya dilewatkan sehari tetapi jumlah acara dan pingat yang ditawarkan tidak berubah. Kami akan menjadualkan semula pertandingan sukan akuatik daripada lima hari kepada empat hari," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |